dari sudut sisimu





jalinan antara dua
berbeza namun tetap sama
biar kiri jalanmu
biar kemana arahku

kau dari sudut itu
pantas memerhati tingkahku
namun kau tidak menyedari
hadirnya cinta ini

dari sudut sisimu
kau memandangku,kosong.
hanya sepintas angin lalu
menipis mesra pipimu

dari sudut itu
aku kauhakimi
biar pedih hati terguris
aku berdiri
mencari satu sudut sisiku
tentang siapakah aku.

0 comment... add one now

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*