Terawih & Pengagihan Bubur Lambuk |PERMAI UNIRAZAK Sabah|

Terawih & Pengagihan Bubur Lambuk |PERMAI UNIRAZAK Sabah|




Sempena Bulan Ramadhan,Persatuan Mahasiswa/i Islam UNIRAZAK,Sabah akan menganjurkan solat terawih.Butir-butir berkaitan ::



tempat: Surau UNIRAZAK Sabah.
bermula pada : 31/Julai/2011



...PERMAI juga akan menganjurkan pengagihan bubur lambuk sempena bulan ramadhan ini.Pengagihan bubur lambuk akan dijalankan selepas solat asar di tempat-tempat yang telah ditetapkan.



01 Ogos 2011.
Tempat : UNIRAZAK Sabah.

03 Ogos 2011.
Tempat : Majlis Bandaraya Kota Kinabalu.

05 Ogos 2011.
Tempat : Masjid Pasir Putih,Putatan.
 
07 Ogos 2011.
Tempat : Masjid Negeri Kota Kinabalu.


sesiapa yang berada di kawasan berdekatan,bolehlah berkunjung dan memberi sokongan kepada kami.Pengagihan bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan PERMAI.Tahun lalu,aktiviti ini berlangsung dengan jayanya dibeberapa masjid berdekatan Kota Kinabalu.

Untuk pengetahuan anda semua,bermula 01 Ogos 2011,pelajar-pelajar UNIRAZAK akan menduduki peperiksaan akhir semester June2011.Semoga kami semua akan diberi keberkatan dalam menduduki peperiksaan disamping keberkataan berpuasa.

btw,saya akan mengikuti pengagihan bubur lambuk tersebut kecuali pada 05 Ogos 2011.Sebab masa itu,saya akan menduduki peperiksaan untuk subjek Language & Theatre pada jam03.00-06.00petang.Rugi tak dapat join lah..ishhhhh.tapi takpe,disemua tempat yang telah dinyatakan diatas,saya akan turut serta.Jadi,sila beri sokongan oke.[saya takde pun kamu harus beri sokongan niat murni kami itu].sampai sini je entry kali ini.

#tetiba je I rasa sopan taip entry ini sebab guna kata ganti diri "saya".wakakaka.

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*