tercipta untukmu

tercipta untukmu



saat aku diciptakan
dari tulang rusuk kirimu
dekat padamu
untukmu melindungiku
malah mengasihiku

saat aku diciptakan
sejak azali tertulis jodoh itu
hanya denganmu
untukmu menyayangiku
hingga ke akhir waktu

saat aku diciptakan
tercipta jua satu episod cinta
antara kau dan aku

namun,
jalan berliku kita lalui
penuh ombak berduri
malah sesekali aku terhempas ketepian
namun genggamanmu
menarik aku kembali.

akhirnya,
aku disisimu
kerana aku
tercipta untukmu.


p/s : ini puisi untuk kamu,yela kamu tu yang tengah HOT bercinta dan bakal ke jinjang pelamin. :)

Post a Comment

0 Comments