Mari sujud kepadaNya.

Mari sujud kepadaNya.



Sujud,
Salah satu daripada rukun solat.Ianya adalah satu perbuatan yang amat menunjukkan kerendahan diri manusia terutama di dalam solat. Setiap rakaat (atau satu rukuk) adalah diwajibkan dengan dua kali sujud.Sujud adalah memadai dengan sekurang-kurangnya bersentuhan dahi dengan tempat solat. Lebih elok atau lengkap lagi, hendaklah ketujuh-tujuh anggota sujud kena atau bersentuhan dengan tempat solat iaitu dahi, dua tapak tangan (setiap muka tapak tangan dan jari-jarinya), dua lutut dan dua tapak kakinya (iaitu muka hujung jari-jari kakinya). Wajib menekan sedikit dahi di tempat sujud untuk lebih tetap keadannya. Keadaan yang sempurna untuk turun bersujud adalah dengan meletakkan kedua-dua lutut dahulu dan diikuti dengan tapak tangan lalu dahi ditetapkan di tempat sujud.

"Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:Aku diarahkan untuk sujud diatas tujuh anggota sujud; diatas dahi dan Nabi menunjukkan ke arah dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kakinya."(Hadis Riwayat Bukhari  dan Muslimin)

Sujud dalam solat mampu membantu kita dalam sistem pernafasan.Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk,iaitu sujud fizikal iaitu ketika bersolat dan sujud spiritual berbentk ketaatan kita kepada Allah SWT.Sujud mampu melegakan sistem pernafasan serta mengembalikan kedudukan organ-organ dalaman ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud juga boleh:.....
1) Memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2) Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3) Melegakan sakit hernia atau burut.
4) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5) Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6) Mengurangkan kesakitan bagi pesakit appendiks atau limpa.
7) Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8) Meringankan bahagian pelvis
9) Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10) Menggerakkan otot bahu.dada.leher,perut serta punggung ketika sujud dan bangun daripada sujud.
11) Pergerakan itu menjadikan otot menjadi lebih kuat dan elastik serta memastikan perjalanan darah semakin baik.
12) Mengurangkan kegemukan.
13) Organ terpenting dalam tubuh manusia iaitu otak menerima bekalan darah dan oksigen.
14) Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Kesimpulannya disini,sujud boleh mempengaruhi kesihatan kita.Dengan itu,tidak perlulah kita berfikir untuk melakukan diet yang berterusan yang mungkin akan memberi kesan negatif terhadap tubuh badan kita.Yakinlah dengan melakukan solat serta amal ibadah kepadaNya,kita akan memiliki tubuh yang lebih sihat,hati yang lebih tenang dan peroleh lebih banyak pahala.


Jaga tubuh kita seiring kita menjaga amal ibadah kita :)

Post a Comment

0 Comments