Kenali Sabahat "Gunting dalam Lipatan" |Part 2|

Kenali Sabahat "Gunting dalam Lipatan" |Part 2|

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

.....continued

8.Ada masanya sahabat 'gunting dalam lipatan' akan beri kamu hadiah,akan tetapi hadiah tersebut bukanlah terlalu berharga.Namun,ianya berjaya membuatkan kamu menghargainya sehinggakan dapat menutup sedikit keburukannya.
9.Bijak menyorokkan semua keburukannya dan sering buat orang simpati dengannya melalui kisah sedihnya yang ditindas oleh sesetengah pihak.
10.Hidupnya selalu nampak macam tenang sahaja seperti tidak pernah punya musuh,tetapi bak kata pepatah 'air yang tenang jangan dianggap tiada buaya'.Kamu mungkin menjadi seorang daripadanya.
11.Bagi yang ada teman lelaki,biasanya ini adalah sasaran utama.Apabila kamu ada perselisihan faham dengan si dia,pasti si sahabat akan menjadi sukarela menjadi orang tengah untuk mendamaikan kamu dan teman lelaki,tetapi ingatlah mungkin beliau akan menyampaikan sesuatu yang berbeza kepada teman lelaki kamu.Silap-silap,sang kekasih kamu menjadi sang kekasihnya pula.
12.Si dia begitu mengambil berat tentang kamu serta setiap hari tidak pernah lupa untuk bertanya khabar.Tujuannya cuma satu iaitu untuk memastikan kamu akan terus mempercayai kebaikannya.
13.Beliau sering cuba untuk melaga-lagakan atau memburuk-burukkan kamu dengan teman yang lain tanpa sebarang sebab.
14.Membuat cerita yang tidak ada bukti yang sahih.(memfitnah sudah neyh!)
15.Tidak pernah mengaku kesilapan sendiri,tetapi sering melihat dan memperbesarkan kesilapan orang lain.

Cuba lihat ciri-ciri yang telah I senaraikan dientry ini dan entry terdahulu.Ada tak terdapat pada diri sahabat kamu?!.Kalau ada,silalah berhati-hati oke.Janganlah silap memilih kawan yang akan membinasakan kamu suatu hari nanti,takut akan memakan diri kamu sendiri.Sahabat sejati sukar dicari ibarat kata orang 'sahabat ketawa ramai,kala menangis semua hilang'.So,carilah yang sesuai oke?!.hikhikhik.

omelan eca:.
saya mungkin tak kaya,tak cantik,tak pandai.tapi saya pentingkan persahabatan.bukan kerana duit,bukan kerana rupa,bukan kerana kepandaian.Apa yang saya cari dalam persahabatan adalah perkongsian.Meraka yang sudi menjadi pendengar setia setiap omelan,selimut yang akan menenangkan hati,selipar yang akan membawa saya kemana sahaja,payung yang akan melindungi dari hujan dan panas,..dan paling penting sudi menerima saya seadanya.Kerana yang pasti,saya juga akan melakukan hal yang sama!.#kadang-kala,saya lupa untuk ucapkan "saya sayang kawan-kawan saya"...seperti kamu juga!

Post a Comment

0 Comments