Kenali Sabahat "Gunting dalam Lipatan"

Kenali Sabahat "Gunting dalam Lipatan"

^_ASSALAMMUALAIKUM_^


'Rambut sama hitam,hati lain-lain'.Pepatah ini sering kita pegang dalam kehidupan seharian.Walaupun rambut sama-sama kaler hitam,tapi isi hati kita tidak pernah sama.Begitu juga dalam persahabatan.Biar berapa lama kita berkawan,mahupun berapa rapatnya kita dengan sahabat kita,betapa baiknya si dia dihadapan kita,tak mustahil si sahabat akan menjadi 'gunting dalam lipatan'.

Kebiasaanya,'si gunting dalam lipatan' ini adalah untuk melihat kalian jatuh mahupun mengambil kesempatan diatas kelemahan kamu.Selain itu,golongan ini juga mempunyai perasaan hasad dengki apabila kalian mendapat sesuatu yang tidak beliau miliki.

Golongan ini sukar dikenalpasti namun kita mungkin dapat melihat sifat dan ciri-ciri dimilikinya.Jom kita checkout.


1.Apabila kamu bercakap,si dia akan menyokong cakap kamu tanpa sebarang bantahan.Biarpun ada kalanya apa yang kamu katakan itu tidak rasional atau terlalu mengikut perasaan.

2.Tidak pernah menasihati kamu walaupun sudah jelas kamu melalukan tindakan yang salah.

3.Sentiasa mengajar kamu melakukan perkara yang salah seperti ditempat kerja,si dia mempengaruhi kamu menentang ketua kamu sedangkan dalam masa yang sama dia sendiri sentiasa berbaik-baik dengan ketua.

4.Ada masa-masanya,tindak tanduknya kamu dapat lihat seperti mahu mengenakan kamu.Inilah saatnya kamu perlu berhati-hati.

5.Bila ada rakan-rakan yang memberitahu kamu bahawa dibelakangmu si dia tidak habis-habis membuat cerita buruk tentang kamu.Sedangkan dihadapan kamu,'pijak semut' pun tak mati.

6.Mulutnya sentiasa manis dan bijak berkata-kata.Kamu sering dikatakan menjadi idolanya atau si dia amat mengagumi kamu kononnya apa saja yang kamu lakukan tidak pernah salah dihadapannya.

7.Kalau dari segi kata-kata si dia memang pandai mengambil hati,tetapi kalau soal wang si dia agak kedekut sedikit.Jarang-jarang sekali si dia mahu menghabiskan wangnya semata-mata mahu mengambil hati kamu.Sebabnya,mereka mengambil hati kamu menggunakan air liur,bukan wang ringgit.

Post a Comment

4 Comments

  1. siok ni di ambil sebagai ilmu sma2... aq tggu next epi lagi.. gunting dlm lipatan baik ckit la caa, duri dlm daging NGAM ga 2.... ^^,

    ReplyDelete
  2. (bw) Kawan ktawa ramai,kawan menangis skit..crilah kawan ktawa bnyak2,bru idup hepi..huahaha..

    ReplyDelete
  3. @Athirah Hadrah..amiklah jadi pedoman.kita tak kenal org disekeliling kita.rambut je sama kaler,hati?.

    ReplyDelete
  4. @~SpEakEr Sek0LaH~...klu kawan happy tapi buat sakit hati pun xde guna juga.hehehe.jadi,carilah sahabat untuk selamanya :D

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*