1st Teaching Practical Briefing

1st Teaching Practical Briefing



^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Last Friday,I ada briefing mengenai 'teaching practical'.yeahhh,waktu yang dinanti bakal tiba dalam 6bulan lagi.Lagi 6bulan,akan menjalani latihan mengajar disekolah.Bakal-cikgu mestilah buat latihan mengajar dekat sekolah,takkan dekat shopping mall pula kan?!.Hari tu,my lecturer yang bertanggungjawab dalam latihan mengajar kami beri banyak sangat informasi,dua jam tak sia-sia,sebab banyak benda yang I masih ragu-ragu sebelum ne sudah terjawab.

Latihan mengajar kami di bahagi kepada dua,iaitu:
1) ROS selama seminggu di sekolah rendah.
2) Latihan mengajar 14minggu di sekolah menengah mengikut major.

Untuk ROS,kami dikehendaki melakukan sedikit kajian mengenai pengurusan sekolah.Selama seminggu tak mengajar tapi kumpul data dan kemudian buat laporan.Manakala,bagi latihan mengajar,kami dikehendaki mengajar mengikut major yang telah kami ambil di Unirazak.Macam I,major I,Language and Literature.So,kena ajar subjek ENGLISH,dan mungkin akan ajar beberapa subjek lain.

Sebelum pergi latihan mengajar,kami kena dapatkan permit kebenaran dari KPM.Barulah kami boleh enter mana-mana sekolah yang telah kami pilih sendiri.So,I mungkin akan kembali mengajar di sekolah lama I iaitu SM Lok Yuk Kudat ataupun di sekolah adik lelaki I,SMK Pekan Kudat II.Siap sedia dengan dua pilihan,sebab kalau pilihan pertama ditolak,ada pilihan kedua.

Sebelum dapat permit,kami kena lengkapkan dan sediakan beberapa dokumen penting terlebih dahulu.Antaranya:

1) Pre-audit/Course Odit Form
2) Registration Form
3) 4pcs Photo
4) Medical Check-up Form
5) MyKad Photocopy

Pre-audit/Course Odit Fom


antara subjek yang kena habiskan dulu sebelum pergi praktikal.
dan yang paling penting subjek major:


ada 3subjek untuk dihabis pada semester akan datang(^.^)
ini benda paling penting tau!.Kalau subjek major tak habis,susah la nak mengajar dekat sekolah.

Hari Isnin nak kena ambil surat dari Kolej untuk buat medical-check-up dekat klinik mahupun hospital.Kalau da buat medical-check-up,kena pastikan segala dokumen lengkap then,hantar dekat bahagian praktikal untuk proses pemperolehan premit mengajar.

Even nampak macam remeh je,sebenarnya tidak!.Lebih-lebih lagi ini melibatkan KPM.Apa-apapun,selesaikan benda ne cepat dan bersedia dari segala-galanya agar lebih mudah untuk nak lalui latihan mengajar.[ehhh,tak sabarnya!].

next briefing tak tahu la bila tapi kena sedia dengan 'practicum handbook'.weeee,sangat-sangat tak sabar tau!



Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*