23to23| you dont know my name.

23to23| you dont know my name.




^_ASSALAMMUALAIKUM_^


nama I,eh eh..nak tahu nama panjang ke nama pendek?!.err...

nama dalam ic: Siti Ashah Awang Aman.dalam mykad itulah nama I.siap nama bapa weii.....tapi kan,nama tu unik.cuba cari orang lain yang nama sama macam I,takde kan?!.hikhikhik(ketawa bangga!).tapi betullah,ada tak orang nama sama macam nama I?!.

tapi nama tu susah nak sebut!.taktahu la napa...sejak dari sekolah lagi memang ramai yang tak reti nak sebut nama I.asall weeiii,susah sangat ke sebut ASHAH./as/ /hah/!.bukan /a/ /shah/...bukan /ai/ /shah/..err,geram.Kadang-kala ada orang panggil Aishah,I tak tengok pun..yerlah bukan nama kita kan.Kang dia panggil orang lain,I pula yang menyahut....er,malulah eh!..Ingat yer bakal suami(awak wajib baca ini dan belajar menyebut nama saya mulai sekarang.hakhakhak!)...dalam ASHAH,takde /i/,/e/ dan /y/.so,please pronounce it properly :P

nama kita ada 'siti',siapa tahu apa maksudnya tu?.I sendiri tak tahu eh apa maksud nya.tapi isteri Rasulullah SAW ,Siti Khadijah sendiri ada 'siti'...so,mesti lah ada maksud yang baguskan?...eh,penyanyi number #1 negara pun ada "siti"...so,pendek ceta...nama 'siti' ne hebat!.Sapa yang nama dia ada 'siti',kita geng (^.^)

TAPI.....I tak suka sebenarnya orang panggil I 'siti'.Sebab kalau I berjalan dengan kakak dan adik perempuan I,mesti tiga-tiga menoleh,nama anak perempuan mama&bapa saya bermula dengan 'siti'...cikgu I masa sekolah & lecturer suka panggil Siti,sebab tak reti sebut ASHAH kot :P
Then,I tak suka sesangat orang panggil I  'as',..sebab kalau panggil 'as',komfirm kami adik-beradik semuanya menoleh.hakhakhak.susah kan?!.banyak betul yang tak boleh.Apa leh buat,dah parents dah letak nama kami macam tu..ala-ala berirama gitu..Siti Asmah,Asrizam,Siti Ashah.,Siti Asrinah,Ashrulnizam...dapat abang ipar lak,nama Aswan!.hahaha,tak kemana 'as'nye tue....ngeeek (>,<)

tapi korang jangan lah pening pula...I prefer dikenali sebagai Eca atau Asha.Dua-dua selesa.tapi kalau nak nampak manja-manja boleh la panggil kita 'sayang'.(lelaki sahaja!) <----ayat nak kena tampar bapa!.

eca cakap-cakap:...


lelaki,kalau time kapel..jangan dok panggil nama GF kamu tu 'sayang','manja','bucuk2x','baby'..takut nanti masa akad nikah baru tak reti neybut,kang malu.
parents,letak nama anak mengikut nama yang bersesuaian,rujuk buku...rujuk pakar.Sebab nama itu seperti doa kita kepada anak.(Dulu ada seorang kawan ne cakap,"anak aku nanti aku letak Orkid,Melati,Mawar...wangi jak dorang,lawa lagi!).

Post a Comment

0 Comments