23to23 | hidup ini praktikal

23to23 | hidup ini praktikal


^_ASSALAMMUALAIKUM_^

praktikal?!.
tetiba pula nak cakap pasal praktikal disini,paam-paam je lah tuan punya blog nak menjalani latihan mengajar a.k.a  praktikal lagi 5bulan ++.tapi dalam entry ini,lain ceritanya....



hidup ini indah,tapi tak selalunya,namun jika kita menjalani hidup dengan penuh kesyukuran dan sentiasa menghargai apa yang diberikan,nescaya hidup ini akan jadi lebih indah,apatah lagi dengan restu dariNya.

owh,ayat...panjang dan mendalam.tepuk dada tanya minda.Benar atau sebaliknya.Dalam meniti kehidupan,kita takkan lari dari membuat kesilapan.Ya,tiada insan yang tidak pernah lari dari membuat silap.Kesilapan akan sentiasa berlaku,hanya kita yang mampu mengelak dari ia berlaku.Kesilapan dalam memilih kawan,dalam memilih calon suami/isteri,dalam proses pembelajaran mahupun apa sahaja yang kita lakukan.Ia sentiasa menghampiri kita.Mungkin kita akan rasa menyesal tapi itulah yang akan mematangkan diri kita.Kekesalan ekoran dari kesilapan yang berlaku akan menjadikan kita lebih berhati-hati dan membuatkan kita agar berfikir sedalam-dalam lautan sebelum melakukan sesuatu perkara.

.hidup ini suatu experimen.
setiap hari nak cuba....nak rasa 'sedap'nya bau rokok,beli dan hisap rokok.Satu kali hisap dah suka,lantas kesilapan itu berulang sentiasa.Satu kali hisap tak suka,insyaallah kita akan menjauhnya.Seperti juga hal-hal lain.Sekali cuba,nak lagi....tapi sampai bila?!...Itu semua dari kita.

.praktikalnya hidup.
cubaan.kita diuji olehNya...hidup berputar umpama roda,kadang seperti ombak menghempas kepantai atau mungkin awan yang berarak.berubah-ubah dan tidak dapat kita ramalkan.Hari ini,kita mungkin gembira tidak mungkin esok tetap bergembira.Hari ini kita menangis,tidak mungkin selamanya begitu.

lantas,
praktikkan hidup ini sebaiknya.
dengan restu dariNya,insyaallah hidup akan terasa sempurna dan jadi lebih indah.

( >____________<)

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*