Kes Bunuh Diri Bekas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu.


Assalammualaikum.



Kes bekas pelajar politeknik Kota Kinabalu ditemui mati akibat bunuh diri di jemuran (ampaian) rumah sewanya di tingkat 4,Taman Sri Maju,Jalan Sepanggar oleh teman serumahnya.

Andika Alam Usman Duri,23 tahun,bekas pelajar politeknik Kota Kinabalu ditemui tergantung di jemuran rumah sewanya dengan mengunakan wayar periuk nasi elektrik.Dia ditemui oleh rakan serumahnya kira-kira pukul 9 pagi.

Menurut sumber,mangsa yang juga bekas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu pernah mengadu beberapa kali akan sakit dada kepada teman-teman serumah dan pernah beberapa kali mengerang kesakitan di rumah berkenaan.Rakan-rakan mangsa juga beberapa kali telah menasihati agar mangsa mendapatkan rawatan susulan di hospital kerana risaukan keadaan mangsa.

Mangsa yang ditemui kira-kira jam 9 pagi itu lengkap memakai songkok dan berkain pelikat,dipercayai menunaikan solat subuh sebelum menggantung diri.Sebelum itu,kira-kira jam 5 pagi,rakan serumah mangsa dikatakan mendengar jeritan mangsa mengadu sakit dada namun tidak menghiraukan mangsa kerana sudah biasa dengan keadaan terbabit.

Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut,namun pihak polis masih menyiasat motif sebenar mangsa bunuh diri dan hasil siasatan tidak menunjukkan unsur jenayah dalam kes ini.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat sebelum dihantar kepada keluarganya.


:: eca cakap-cakap ::
pelajar mahupun bekas pelajar (sesiapa sahaja) zaman sekarang perlu diberikan IQ dan EQ yang seimbang agar mereka bukan saja cemerlang dari segi akademik,malah seimbang dari aspek rohaniya juga.Ada pelajar yang cemerlang dari aspek akademik,ada diantara mereka yang dianggap genius,namun sedarkan anda bahawa ramai dari kalangan cerdik pandai ini menginap di rumah sakit jiwa.Hal ini berlaku apabila mereka tidak berjaya mengawal emosi dan rohani mereka.Demikian para pelajar zaman sekarang,ada diantara mereka yang dipaksa oleh ibu bapa malahan ada diantara mereka terlalu inginkan kecemerlangan dalam bidang akademik sehingga membawa kepada kehancuran aspek rohani dan emosi.

So,dear student,biar tak cemerlang dari segi akademik asal seimbang emosi dan rohani.Kalau dua-dua tak cemerlang?!....cuba asah bakat terpendam ^-^

teringat kisah classmate eca juga.#sedih!.
Kes Bunuh Diri Bekas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu.

4 comments.. read them below or add one

fieda fieda 28 March, 2012
sayangkan..dah diberi otak cerdik pandai tapi tapi gini jadinya..
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 28 March, 2012
@fieda padah bila tak fikir panjang.
fyna fyna 04 April, 2012
http://www.theborneopost.com/2012/04/04/ada-kesan-lebam-di-badan-ibu-andika-mohon-polis-lakukan-siasatan/
ini adalah link berita terbaru mengenai kematian arwah..kematiannya adalah perbuatan khianat..polis masih melakukan siasatan..wallahualam
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 04 April, 2012
@fyna thanks for the link fyna :)

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*