Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


Assalammualaikum

Pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh memohon untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di institusi pendidikan guru (IPG) seluruh Malaysia.Permohonan kini dibuka bermula 22 March sehingga 5 April 2012.

Syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut ::
1. Calon mestilah seorang warganegara Malaysia.
2. Calon berumur tidak melebihi 20tahun pada 31 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
4. Calon mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran.
DAN
calon hendaklah sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran yang berikut:
 a) Bahasa Melayu
b) Sejarah
c) satu mata pelajaran lain serta ;
d) LULUS Bahasa Inggeris.


Cara memohon adalah seperti berikut ::
1. Setiap pemohon hendaklah mendapat Nombor Pengenalan Individu bernilai RM6.00 yang boleh dibeli melalui Bank Simpanan Nasional.
2. Pemohon hendaklah membuat permohonan atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://moe.gov.my
3. Setiap satu nombor PIN hanya untuk satu permohonana SAHAJA.
4. Pemohon boleh menggunakan Nombor Pengenalan Individu untuk memindah butiran atau mengemaskini permohonan.
5. Sebarang maklumat yang didapati tidak benar dan tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.


Untuk maklumat lanjut,calon boleh melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengklik pautan INI.
Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan baru,sila KLIK SINI.


:: eca cakap-cakap ::
jangan tunggu lama-lama sehingga tarikh akhir permohonan.Cepat grab peluang ini.....Insyaallah,bagi yang bercita-cita untuk menjadi pendidik,mungkin rezeki anda disini.
dulu eca pun cuba juga,tapi tak dapat.Bukan rezeki eca agaknya disini.takpe...ada rezeki lain menanti eca agaknya.so,kalau bercita-cita nak menjadi pendidik,mari REBUT peluang ini!

                                           

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

0 comment... add one now

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*