Resepi Kek Keju

[ Eca Dwinky Asha][ Monday, March 19, 2012][ ]
Assalammualaikum.


Kek keju memang amat sedap dan semakin diminati.Kini,kamu juga boleh membuat kek ini dirumah dengan bahan-bahan yang mudah dimiliki serta murah.Tapi kek keju yang bakal eca kongsikan disini bukanlah kek keju seperti yang anda lihat di Secret Recipes tu yer..no no no!.Jom tengok jap rupa kek keju yang ingin eca kongsikan kepada anda semua ^-^

*kek keju semasa Rumah Terbuka eca pada tahun 2008*

Bahan-bahan untuk kek span :
250 gram tepung optima
3 biji telur
2 sudu minyak

Bahan-bahan topping :
1/2 cawan susu cair
250 gram keju Philadelphia (kalau tiada,gunakan keju Cheddar dalam botol)
250 gram keju Cheddar Kraft

Cara memasak :
1) Pukul telur sehingga kembang,gebu dan putih.
2) Masukkan tepung optima sedikit demi sedikit.
3) Masukkan minyak masak
4) Bakarkan dalam ketuhar dengan suhu 250' celcius selama 15-20 minit.
5) Biarkan kek span sejuk dahulu,kemudian buangkan bahagian atas yang hangus dengan mengikisnya.
6) Putarkan keju Philadelphia bersama-sama dengan susu cair sehingga sebati.
7) Kek span dibelah dua.Bahagian tengah disapukan dengan adunan keju bersama susu cair.
8) Sapukan lebihan adunan keju bersama susu cari disekeliling kek span tersebut.
9) Hiriskan keju Cheddar Kraft menggunakan hirisan yang halus/sederhana halus.
10) Taburkan hirisan keju di sekeliling adunan tadi.
11) Sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum menikmatinya.


Tips dari eca :
Apabila anda ingin meletakkan topping/cream disekeliling kek,sila pastikan kek anda disejukkan terlebih dahulu.

"selamat mencuba semuanya.kalau jadi,khabarkan kepada eca yer.
kalau sudi,SEND lah kat SABAH #alamat eca ada diruangan contact me"