Tinggalkan ibu di Hotel Bajet...sampainya hati!


Assalammualaikum


Mengalir air mata jernih seorang ibu tua yang lumpuh tatkala menyedari dirinya yang sudah berusia 66 tahun ditinggalkan bersendirian di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa,Kampung Baru sejak beberapa hari yang lalu.

Faridah Maulud yang sebelum ini tinggal bersendirian di kampungnya di Johor,diambil oleh anaknya yang masih bujang lebih kurang sebulan yang lalu untuk dibawa ke ibukota.Beliau yang ditemui oleh pekerja hotel terbabit berada dalam keadaan meniarap di lantai sewaktu memeriksa bilik yang disewa setelah anak ibu tua ini,seorang lelaki yang berusia 27tahun telah gagal menjelaskan bayaran empat hari sehingga menimbulkan tanda tanya kepada pihat  pengurusan hotel.




Sewaktu ditemui oleh Harian Metro,warga emas ini kelihatan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan beliau ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang kini membantu menguruskan dirinya termasuk mandi dan menganti lampin pakai buang.

sumber : Harian Metro.
video : YouTube|Harian Metro Channel

Ya Allah,sampainya hati anak ibu tua ini tidak menjenguk ibunya kembali.Semoga anak ibu tua ini terbuka pintu hatinya untuk melihat keadaan ibunya.Semoga anaknya tidak akan diperlakukan sedemikian oleh bakal-bakal anaknya kelak.Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat ibu tua ini.


p/s : adik rindu mama.

{ 12 comments.. read them below or add one }

Zaza Iman Zaza Iman 09 March, 2012
ya Allah...sdh rasanya..sama2 lah kita berdoa..
Niza Romli Niza Romli 10 March, 2012
ya allah, sedihnya...
sampai hati betul lelaki tu buat mak dia camni...
sal ya sal ya 11 March, 2012
mungkin anak dia ada masalah kot. kalau ikutkat, dia boleh je tinggalkan mak dia dan tak balik2. tp kenapa dia mbik mak dia kan? satu je tentang reporter ni, dia orang ambik cerita masa kejadian dan cerita macam2. takde la dia nak check kenapa anak tu tak dtg jenguk mak dia. kita yg baca nnt dok menyumpah pulak ke anaknya. tak baik la kan? huhuhu... betul tak eca?
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 11 March, 2012
Ya Allah Ya Tuhanku... napelah ada gak ank gini.. sampai hati...
emarieys emarieys 12 March, 2012
Terungkai sudah sebab anak tinggalkan ibunya di sana kan..
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 16 March, 2012
@^_^ Zaza Nur Iman,dah bersatu mereka ne.alhamdulillah.
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 16 March, 2012
@anisalyabetul betul..eca sokong...reporter ne xsiasat dlu lebih detail..huhu
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 16 March, 2012
@Syaza Zul,mereka dah bersatu..we should be happy for them :)

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*