Al-Fatihah dan Alhamdulillah.


Assalammualaikum.



eca dengan ini merendah diri memohon agar kesemua pembaca blog ini,membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada dua sahabat baik eca, arwah Jennifer(mention in this blog as Miss Jenn) dan arwah Ady Mohd Firdaus(mention in this blog,adek axxu) yang telah pergi menghadap Ilahi pada Sabtu,7 April 2012.

..dan kita panjangkan kesyukuran ke atas Allah SWT kerana sahabat baik eca,Miss Rain (Sahariana Darwis a.k.a Rainbow) telah selamat menjalani pembedahan di bahagian kaki pada hari ini.Sewaktu eca menulis entry ini,eca baru sahaja menerima berita dari adik sepupu Miss Rain yang berada di Hospital Queen Elizabeth II (SMC Damai) yang Miss Rain sudah keluar dari bilik pembedahan.

Apa yang terjadi,eca akan ceritakan kemudian.Untuk bercerita lebih lanjut,eca perlukan emosi yang stabil.Selain itu,eca juga ingin memohon maaf dari kesemua blogger yang meminta khidmat eca sebelum ini memberi eca tempoh masa sedikit.Eca sendiri dalam keadaan yang tidak stabil,tidak boleh ditinggalkan bersendirian dalam tempoh yang lama.

Terima kasih eca ucapkan buat semua yang memahami.
...dan eca juga memohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki jika ada yang menghubungi eca tapi tidak dijawab mahupun tidak dilayan sebaiknya.Harap semuanya memahami.

Satu yang eca pinta dari semua rakan-rakan yang melawat Miss Rain di ICU,Hospital Queen Elizabeth II(SMC Damai) agar tidak menunjukkan semangat yang lemah dan tangisan terutama dihadapan Mamak Siah.Sesungguhnya Mamak Siah perlukan sokongan dari kita semua.

serta,berdoa untuk saudara Abu (abang axxu eca) agar dipulihkan semangat serta ditetapkan iman.

eca sendiri tidak sanggup untuk menulis panjang.Masih teringat kejadian malam tersebut,dalam hati eca cuma satu,"jika badan ini boleh dibelah empat,akan ku belah empat..agar aku dapat berada disisi setiap rakan-rakanku.".



polis tanya:"kamu ne siapa dengan mereka".....eca jawab:"kawan-kawan yang juga keluarga saya".

.eca akan bercerita panjang,untuk ketahui sedikit cerita,baca SINI.




Al-Fatihah dan Alhamdulillah.

6 comments.. read them below or add one

anisalya anisalya 10 April, 2012
takziah buat keluarga mangsa. sabr la eca.
sue zainun sue zainun 10 April, 2012
al fatihah..dont worry psl edit blog tu ye..take your time :)
Insan Biasa Insan Biasa 10 April, 2012
Al-fatehah buat arwah Ady Mohd Firdaus. Dan Moga aman disana buat mendiang Jeniffer L. Sevilla.

Jeniffer L. Sevilla bukan islam right..? jadi lebih elok jika kita sebutkan mendiang Jeniffer L. Sevilla, bukan arwah.
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 10 April, 2012
sabar ye eca.. kuatka semnagat..
fieda fieda 10 April, 2012
takziah buat kedua dua keluarga arwah..
al fatihah..
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 11 April, 2012
@Insan Biasa she is MUSLIM!!!!.....please dont judge by a name!..

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*