Menjejak Kaki ke Sekolah.


Assalammualaikum.

Ingat tak entry yang lalu,eca ada mention tentang "lapor diri" di sekolah.yeah,,we did it.Maksud eca,kami (eca dan dua kawan praktikal) sudah berjumpa dengan tuan pengetua SM Lok Yuk Kudat.

100 years | 1921-2011

Tuan pengetua ini adalah merupakan pengetua yang baru saja menerajui sekolah ini.So,sistem pun agak berlainan dari zaman eca menuntut ilmu disini.Nasib je,masih ramai lagi guru-guru eca yang mengajar disini....yeah,jumpa cikgu lama :)

Kelmarin,tak sempat nak ronda-ronda sekolah lagi,kawan dua orang tu nak balik dah...Sementara tunggu bapa ambil eca,sempat jugalah bercerita dengan pakcik guard sekolah tu.
eca : eh,pakcik masih kerja disini.Sejak dari aku sekolah disini lagi pakcik keja sini.
pakcik guard : kau ne anak si Awang Aman kan...dulu pengawas disini kan?
eca : ya pakcik...ne datang lapor diri tadi.
pakcik guard : jadi cikgu disini ka?
eca : praktikal seja pakcik 3 bulan.
pakcik guard : Tercapai juga nak hasrat kau mau jadi cikgu di sekolah lama.


owh,sweet pula dah bila pakcik guard cakap macam tu...ish ish ish.
Sementara tunggu bapa ambil,sempat pula merenung 'public phone TM" tu...kenangan betul,zaman takde phone...pastu takde kredit phone,public phone tu lah harapan nusa dan bangsa.Sempat lagi tokkk,gayut dengan mantan kekasih lama.Masa tu SPM!..ish ish,tinggal kenangan semuanya!

phone sebelah kanan tu pula,baru je.

Tapi kedua-dua phone neyh tak leh guna...ish ish ish,apake jadah simpan barang takleh guna ne?!.Ini jugalah punca kenapa para pelajar bawa HP ke sekolah.erkkk,eca tahu la,sebab zaman eca sekolah dulu pun,daku bawa HP juga...hikhikhik.tapi tak peduli!..nanti kalau ada student daku yang didapati bersalah SMS/on call/main games dalam kelas,sah sah daku nak 'pinjam' harta mereka buat seminggu dua.kot-kot student lagi advance pakai iphone ke,samsung tab ke,BB ke...nangis airmata teacher ooo,teacher pakai HP itamputih je *-*"

pengetua suruh datang balik 5 June 2012.
sebab nak atur jadual untuk kami bertiga.
eh eh,macam tak caya je daku nak mengajar.
persoalannya,bersediakah diriku?!


oh yeah,nak kongsi dengan korang semua..Papa Hot sudah tegur blog ini.Jom baca yer....
entry di SINI,kalau korang sudi baca =)

{ 26 comments.. read them below or add one }

~~zana@pb~~ ~~zana@pb~~ 29 May, 2012
Assalammualaikum, Sabah di Kudat ye? Kak pb di Putatan, selamat berkenalan. Bila2 kami turun Kudat, boleh la jumpa.
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 29 May, 2012
wah... dah hampir jd pendidik eca ni.... ada rasa berdebar2 tak.. hihii
Riena Haiqal Riena Haiqal 29 May, 2012
Selamat menjadi cikgu... Good Luck to you.. :)
tercapai sudah hasrat murni mu mo jadi cikgu kan.. semoga menjadi cikgu yang paling baik dan paling disukai pelajar :)
Wanieys Wanieys 29 May, 2012
public phone kat mn2 skang ni mmg byk y rosak...boleh kira ja bp yg bley guna heheeee
Mrs Lurve Mrs Lurve 29 May, 2012
bestnya masuk sekolah, tingin pulak rasa nak jd student sekolah hahahahaha mcm apa ag
Ezy Chiaki Ezy Chiaki 29 May, 2012
selamat mengajar!
hihi
fieda fieda 30 May, 2012
wah..akhirnya eca kembali ke sekolah eca semula ye..
Papa Mifz Papa Mifz 30 May, 2012
budak2 skrg hp canggih2 kan...
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 30 May, 2012
suka la kan dpt tmpt sndiri..huihi.
LiYa HaNiF :: LiYa HaNiF :: 30 May, 2012
seronoknya dapat berbakti dekat sekolah yang kita belajar dahulu... neway good luck ye eca.. salam kenal :)
MamaEma MamaEma 30 May, 2012
Alhamdulillah...tak lama lagi akan jadi cikgu tetap kan..
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 30 May, 2012
@~~zana@pb~~ wasalam..leh leh je,infomr je bila ke kudat :)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 30 May, 2012
@IntaNBerliaN nervous system dri bawah sampai atas oke?!.hahaha :P
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 30 May, 2012
@Riena Haiqal hahaha.tercapai juga bha ne =)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 30 May, 2012
@Wanieys sbb sume org dah mampu milik HP sendiri.tu yg public phone pun asyik nak rosak je..majuk la tu.hahah
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 30 May, 2012
@Mrs Lurve kali ne nak masuk sebab nak jadi cikgu :D

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*