Resepi 'Sinagol' Ikan Yu


Assalammualaikum.

Hari ini nak kongsi satu resepi yang eca perolehi dari mama....dan,semestinya  dah hampir 'pakar' masak masakan ini.Cuma belum sesedap masakan mama lerr >,<". Sinagol ikan yu ne lebih kurang ala-ala serunding ikan.Cuma takde la tahan lama seperti serunding tu yer.Jom kita salin resepi.

Bahan-bahan :
Ikan Yu (pilih yang lembut isinya)
Bawang merah,bawang putih,halia,serai,kunyit.
Cili giling
cili padi (nak pedas,tambah banyak-banyak)
Air asam jawa
Lada hijau
Kelapa parut
minyak,garam,air

Cara memasaknya :
1) Didihkan air dan lembutkan ikan.
2) Setelah ikan lembut,bersihkan kulitnya.[Kulit ikan yu ne kasar ye,so korang kena bersihkan  @ buang je senang ceta..hikhikhik]
Ikan direbus dan dibersihkan kulitnya.*abaikan tangan daku yang comel itu*


3) Tumbuk/Blend bawang merah,bawang putih,halia,kunyit.
4) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk/blend berserta serai
5) Setelah naik bau,masukkan cili giling dan tumis sehingga keluar minyak.
6) Setelah keluar minyak,masukkan ikan yu dan hancurkan isi ikan yu.
7) Selepas tu,masukkan air asam jawa.

8) Selepas agak sedikit kering,korang masukkan pula lada hijau yang dihiris nipis dan biarkan ia masak seketika.

9) Masukkan pula kelapa parut dan gaul sebati.
10) Masukkan garam berserta ajinomoto.
11) Biarkan dalam api sederhana sehingga kering.(eca suka yang kering,so tunggu lama)


"sinagol" ikan yu ne sedap dimakan bersama nasi putih yang panas-panas.Kalau orang Semporna,mereka juga gunakan ikan buntal bagi menggantikan ikan yu ne,tapi perlu 'skill' sebabnya perlu buang racun ikan buntal tu dulu.Ikan pari pun boleh juga,tapi eca dah biasa guna ikan yu,even ikan yu sekarang dah tak banyak lagi dan tak boleh ditangkap lagi.hikhikhik.

so,agak-agak korang nak try tak?.mudah je nak masak ne...dan sedap untuk dimakan.=)
kalau malas masak,call je food deliver...nombor phone ada kat SINI.


p/s : Sebenarnya dah lama nak update pasal resepi ne.Ini pun gambar eca ambil masa mid-semester break bulan March dulu.Tapi takde masa nak update.urmm,lauk kegemaran Arwah Ady & menjadi kegemaran Miss Rain masa kenduri dirumah eca sebelum 'kejadian kemalangan' berlaku.I miss them T______T"

{ 7 comments.. read them below or add one }

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 08 June, 2012
beshnya.. meh pos sni..hihi.
sueshe sueshe 08 June, 2012
klu ayah k.sue, suka masak kari ikan yu 2..mmg mavelesssss.....rs cam da lame giler xmakan ikan yu neh..huhu
Sally Yatiey Sally Yatiey 08 June, 2012
Best2 :D hee. Sedappppp
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 09 June, 2012
xpnh dgr nama resepi ni... emmm tp mn nak dpt ikn yu.. mcm susah je... hihii
Norzie hany Norzie hany 09 June, 2012
Salam kenal.
Nampak sedap...boleh cuba ni.
Azi Azi 10 June, 2012
akak ada kawan kat tawau, lelaki dia kata selalu makan ikan buntal. kiranya dia ber'skill' la nak buang racun tu yea..
fieda fieda 10 June, 2012
ermm...sedap ker eca..boleh try nanti..

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*