Semalam,unimate eca kongsi satu berita yang sedikit menyedihkan.Rasa macam semangat terbang melayang je masa tu,aduh......dahlah tengah praktikal sekarang ne,tambah lah daku down!!!!.
Maybe ramai yang tak tahu yang pelajar universiti swasta macam eca ne,kurang atau dalam bahasa lebih mudah...tidak diterima bekerja di sekolah-sekolah kerajaan.urm,sedihkan?!.....even kami ne diterima menjalani latihan mengajar disekolah kerajaan,tapi tiada lagi 'confirmation' mengenai peluang penempatan disekolah kerajaan.
Sekarang ne pula,sudah ada kenyataan rasmi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri melalui blog KPM.
![]() |
bacaan lanjut : klik sini.
nampaknya memang takkan ada peluang untuk kami kan?!.urm,sedih tau.Kadang-kadang tu terfikir nak berhenti belajar je,tapi memandangkan dah masuk final year,takkan nak berhenti.Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.Betul tak?!....sedih dan pedih,tapi ini bukan pematah semangat.Mungkin tiada rezeki mengajar di sekolah kerajaan,mana tahu rezekinya di sekolah swasta..atau mungkin bakal membuka pusat tuisyen sendiri atau akan berjaya dengan bekerja dari rumah.[Klik Sini]
ajal maut,jatuh bangun,semua atas ketentuanNya,
menolak serta menidakkan apa yang terjadi,sama seperti menyekutukan.
Maka,daku berserah atas segalanya,anda ada rezeki ku,disitu lah aku.
andai bukan rezeki,mendidik tetap dalam setiap semangatku.
#cewahhh,terlebih semangat pulak dah!.hehehe =)