Fadilat Ramadhan #1

Fadilat Ramadhan #1

Assalammualaikum.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

"semoga bulan mulia ini lebih bermakna"

Post a Comment

7 Comments

  1. ...selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya. Insya Allah.Mudah2an setiap kebaikan diterima.amin :)

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH...
    Terima kaseh sudi berkongsi eca... :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..semoga amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT..

    ReplyDelete
  4. insya-Allah.. amalan kita di bulan ramadhan ini diterima-Nya dan semoga amalan2 berterusan sehingga ke bulan2 yg seterusnya..

    ReplyDelete
  5. gambar bateri tu ada makna tersirat yg baik... hmmm

    ReplyDelete
  6. jom2 cas bateri kaw2 untuk bulan ramadhan :)

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah semoga amalan kita diterima Allah

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*