Membeli barangan terpakai.

Membeli barangan terpakai.

Assalammualaikum.

Pernah beli barang terpakai...yang orang dok panggil secondhand.....barang bundle...korang pernah tak?!.Bagi eca,tak salah beli barangan terpakai ne,asal bijak memilih.Betul tak?!......

Mari eca senaraikan TIPS ketika memilih barangan terpakai secara online ::

1) Kenali Penjual.
Adalah lebih baik jika anda mengenali penjual/peniaga barangan tersebut.Bukan sahaja lebih memudahkan pengurusan,malah anda juga mungkin dapat pelbagai kelebihan lain.(Maybe akan dapat diskaun,hehehe).Selain itu,ianya juga boleh mengelakkan anda lebih ditipu.

2) Gambar.
Barang terpakai merupakan barang yang pernah digunakan sebelum itu,anda harus ingat itu.So,untuk mengelakkan anda tertipu,boleh lah meminta peniaga untuk mempamerkan barangan yang ingin anda beli.Semoleknya,minta detail daripada peniaga mengenai barangan yang anda inginkan.

3) Harga yang berpatutan.
Dah sah-sah barangan itu merupakan barangan terpakai,harganya mungkin jauh lebih murah.So,anda digalakkan survey dahulu harga barangan tersebut dan bandingkan harga dengan peniaga yang lain.Adalah lebih molek jika anda boleh C.O.D iaitu (cash on deliver atau collect on deliver),nampak peniaga lebih serius dalam urusan jualbeli.

Tips ini bukan sahaja untuk membeli barangan terpakai secara online,malah untuk membeli apa juga barangan secara online....jangan sampai tertipu ye kalian.Kang terbang melayang duit kita tue,betul tak?!.

oke,actually eca ada beli barangan terpakai secara online.Lama dah sebenarnya,tapi asyik pending je nak upload kat blog.eca beli novel terpakai.sumpah,novel tu masih dalam keadaan yang baik,macam baru keluar dari kilang pun ada.Ini dia novel yang eca maksudkan ;;


3buah novel  :
1) Syurga di Wajahmu - Laila Hanni (RM12)
2) Kau Laksana Bulan - Aina Emir (RM12)
3) Hirisan Cinta - Lily Haslina Nasir (RM5)

campur harga pos daftar RM3,murah kan?!.Malah yang lebih mengejutkan,dua novel baru (novel dibawah) masih baru sangat-sangat.Macam tak pernah disentuh pun.......eca beli dengan sapa?!....meh meh,nak kenalkan dengan tuan punya blogshop barangan terpakai ::

comelkan orangnya?!.

pemilik blog bernama : Azidah (Azi)
blog personal : Azi Azidah
blogshop barang terpakai : AntiqueShop

dan juga perniagaan sewa lori :

AZA TRANS ENTREPRISE
Khidmat lori sewa 1, 3 & 5 tan
h/p : 017 - 240 9824 (EDY)
email : edyeda@gmail.com

anda digalakkan untuk HUBUNGI terus Kak Azi melalui SMS yer,baru laju je proses jual beli.

pendapat eca : 
Servis bagus,Harga berpatutan....tak rugi membeli berkali-kali...akak!,,,tolong RESERVED novel Gelora Kasih ye....next week,eca bank-in kan duit :)

rama-rama berlagu riang,
menari ditaman bersama teman,
hati ku kini berlahu riang,
dapat novel yang diidam-idamkan.

*ouch,berpantun lak eca kan?*
jom ramai-ramai terjah blog tersebut yer.....btw,eca pun kira nak buka bisnes juga.
its coming soon,tunggu eca tak busy dengan kerja.

Post a Comment

14 Comments

  1. wah.. baru saya dapat tau keujudan blog yang jual barangan terpakai ni. boleh terjah ni

    ReplyDelete
  2. adeh.. malunya review..
    ok nanti aku reserve tuk eca.
    eca nak wat biz apa tu yea, xsbr tunggu launching....

    ReplyDelete
  3. wah..untg ni klu novel baru bli 2nd punye..xde la smpi 20++ trus berpantun ye eca bila dpt novel yg diidamkan.hihihi.

    ReplyDelete
  4. Azi... memang kenal ni.. anak dia dengan anak saya sama tarikh lahir.. hehehehehe. (^_^)
    penah nak beli novel dari beliau, tapi akibat masalah2 yang tak dapat nak dielakkan terpaksa cancelled.. tapi memang rasa bersalah sangat..

    ReplyDelete
  5. duit pos cuma rm3 mmg murah eca..

    ReplyDelete
  6. mmg ada barangan terpakai yang nampak baru. tak salah nak beli pun. cuma ada orang suka jaga standard la kunun. ngeee...

    ReplyDelete
  7. Win win situation :) elok dr membazir.

    ReplyDelete
  8. dni penah beli pre-loved item jugak :D

    ReplyDelete
  9. leeza sendiri kadang2 suka beli buku terpakai.
    yeah....

    ReplyDelete
  10. wah..baru tahu ada blog barang terpakai.. nak terjah la..hehe

    ReplyDelete
  11. kwn PM ada sorang bukak kedai bundle...

    ReplyDelete
  12. eca ni mmg peminat novel yer.. :)

    ReplyDelete
  13. suke jugak beli bundle, tgk barang yg mcm mane hihihihihi...

    ReplyDelete
  14. boleh tiru style dorang ini jual barang. Maka tidaklah barang2 tersebut terbiar sia2. Lagipun boleh tambah incme utk belanja raya.hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*