Petua Mengesan Kehadiran Sihir


Assalammualaikum.

Sihir,mungkin ada yang tidak percaya.Namun,dalam diam ianya wujud dan boleh membunuh kita.Apatah lagi,jika iman tidak kuat,badan lemah......Tanpa kita sedari,sihir itu ada dimana-mana.Mari teruskan bacaan mengenai petua mengesan kehadiran sihir dalam badan manusia.
(tidak perlu percaya,cuma moleklah kiranya kita lebih berwaspada)


1. Jika anda kerap mendengar bunyi berdesing dalam kepala menunjukkan anda disihir. Tukang sihir mungkin memuja roh anda dan menghantar jin/syaitan dalam roh anda. Kesihatan anda selepas itu merosot dari hari ke hari, badan selalu terasa lemah dan tidak bersemangat. Lama kelamaan akan mendapat penyakit misteri dan jika tidak diubati boleh merana dan membawa kematian.
2. Untuk mematikan sihir yang dihantar kepada anda, amati bunyi desing dalam kepala. Jika tiba-tiba terasa bunyi berdesing dalam kepala anda, cepat-cepat baca “Auzubillah himinas syaito nirajim” dan terus membaca “Bismillah hirrah manirrahim”. Bunyi tersebut pasti akan berhenti. Ini bermakna syaitan yang cuba memasuki akan terbakar dan gagal memasuki roh anda untuk menyihir.
3. Setelah itu cepat-cepat minum air limau nipis dengan membaca 3 kul dan selawat syifa. Mandi air limau nipis samada waktu mghrib/pagi lepas subuh.
4. Untuk mengelak perbuatah sihir /buatan manusia jahat, rahsiakan tarikh lahir dan nama ibu anda. Jangan beri kepada orang sembarangan. Sihir berlaku melalui alam roh dan syaitan memasuki roh anda jika ia mengetahui tarikh lahir dan nama ibu anda


selalu juga terdengar bunyi berdesing dalam kepala,especially dekat dengan leher ne,tak ambil peduli...sebab ingat tu tanda-tanda tak cukup rehat..ngeee,pasne perlu berwaspada....dan sentiasa amalkan selawat syifa.eca tinggalkan anda dengan video penawar sihir dari Ustaz Sharhan Shafie :



^-^ ,semoga ianya menjadi amalan kita =)

{ 20 comments.. read them below or add one }

Evagurl Evagurl 28 August, 2012
huu kdg2 ade jgk bunyi berdesing kt telinga..

mintak jauh la dr mende2 ni sume.. nauzubillah....
AnonymousAnonymous 28 August, 2012
takut la sihir2 ni kan? :( mintak2 dijauhkan
Unknown Unknown 28 August, 2012
nice info ni... mudah2an kita di jauhkan dr benda buruk camni..
ayut ayut 28 August, 2012
benda ni mmg kena ati2..oorg klu nk dengki mmg ad je caranya...
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 28 August, 2012
tq share echa..kdg2 org amik mudah je bnda cmni kan.
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 28 August, 2012
ooo yeke... baru akak tau.. :-)

P/s : aik, eca nak bg adiah kat alisha ke.. hihii.. buat susah2 je.. cewah.. muahhahha

btw, kad raya eca tu akka dah dpt... balik dr kg baru ni tgk dah ada dlm peti surat.. thanks ek eca.. :-)
Unknown Unknown 28 August, 2012
thanks, tahu juga skit2 petua mcm nie.....tu la kan kadang kita tak ambil peduli pun tapi sebenarnya banyak jer amalan sihir nie :)
Unknown Unknown 28 August, 2012
terima kasih eca atas perkongsian artikel ini. Boleh juga diamalkan dengan membaca ayat kursi dan 4 kul sebelum tidur. Semoga dijauhkan dari gangguan makhluk jahat.
syiela syiela 28 August, 2012
Nauzubillah.. minta simpang dari menda2 sihir ni
rAIHan rAIHan 28 August, 2012
minta dijauhkan dr perkara nie. tq eca. kad raya dah dpt. :)
Miss N™ Miss N™ 28 August, 2012
kadang melalui mimpi pun kita boleh tahu tau...
Cendol Cendol 28 August, 2012
huh mintak simpanggg!!amalkan al-mathurat dan ayat kursi selalu..
busuk hati dengki org yg mnyihir ni!
Shida Radzuan Shida Radzuan 28 August, 2012
huhu..takot gak tkena sihir nih..huhuhu nice sharing eca :)
Lelaki Lelaki 28 August, 2012
selalu berdesing teliga jer...:)
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda 28 August, 2012
thanks for sharing eca..

yup, kite mmg kne slalu b'doa agar dijauhkn dr sihir2 nie.. sy br je start amalkn, hehe..
Si Matatajam Si Matatajam 30 August, 2012
Nice sharing dear...moga dijauhkan dari jadi mangsa sihir ni... Nauzubillahiminzalik...
caliph shuriken caliph shuriken 06 September, 2012
nice sharing.. terutama skali info no. 4
mselim3 mselim3 07 September, 2012
Perkongsian yang menarik...bagus, i likes...istiqamah ok.
Moga ada ganjaran..insaallah.

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*