saya rindu dia.


Assalammualaikum.

seriously,saya rindu dia.
dia selalu mendengar semua masalah sambil kutuk yang mana patut.
dia selalu memahami saya dan sentiasa cuba berikan terbaik untuk saya.
waktu saya mula berblogging,dia ada disisi saya.
sambil  ketawa kau cakap,"adooi ca,45sen seja masuk..sabar kau dek,teruskan usahamu"
tapi sempat juga belanja dia makan KFC dengan duit hasil edit blog orang.

ini masa kami lepak Tg Aru.

kau ingat kak,macam mana kita kenal rapat~
kau datang rumah sewa aku,masa tu aku masak,kau makan.
esok-esok,aku duduk diam di surau kolej,
kau datang bawa Ice Lemon Tea.
aku hairan,kau cakap...."aku bagi kau tu".
sejak tu kan kak..kita kenal rapat.
aku pemalu orangnya,kau pun pemalu
tapi sebenarnya kita banyak cakap kan.

ini masa kita hadiri kahwin abang si abu di Lubok.
HP abangmu Sidi hilang masa ne kan kak....
terus kau tiada mood.aku pun ikut tiada mood.

satu hari,dia jatuh cinta.dengan seorang tentera bertahi lalat di pipi.
saya juga jatuh cinta dengan seorang tentera laut yang bertahi lalat di pipi.
tapi dia kecewa,bila orang yang dia sayang tu,sebenarnya milik orang.
saya juga kecewa atas sebab yang sama.
kami sama kan...macam kembar?!..
bila kami sedar,..kami cuma mampu mengutuk satu sama lain.
kau ingat kak,aku cakap,"comel tahi lalat dia".
kau setuju.

ada satu malam,kau minta teman,
kau cakap,mau jumpa kawan~~
sekali yang datang jemput kita,satu bas besar.
aku mampu senyum jak kak.
sampai rumah,ketawa nda ingat dunia.
lepas tu kau kutuk orang tu,"gila eh,kalau aku tau dia bawa bas..aku bawa kita satu rumah bha"

malas rotate,sebab kita macam ne kan kak.
bengong je,sampai orang naik hairan dengan kita.
kita perempuan pelik kan~.~

ada satu malam,
ada wayang hantu di TV3..aku ingat tajuk dia kak..Black Water.
aku fokus dengan blog,kau datang duduk sebelah meja aku,
last-last aku cakap,"kau takut tu kan kak ceta hantu".
kau ketawa sebab kau tahu aku pun takut kan kak..kita off tv.
tapi lepas tu,kita keluar pergi depan apartment,
beli makanan dan lepak depan dewan sampai sekuriti tegur kita suruh balik.
kita degil kan kak...mana dengar cakap orang.jam 2 pagi baru kita balik rumah kan kak.
cuci kaki,masuk tidur.

kami lima beradik axxu.sekarang tinggal kami bertiga suda =,="

2009,kita kenal.
2010,kita satu bilik,sebelah katil.
Nov 2010,kita satu rumah kecil.
Jan 2011,kita beli katil...kau cakap,"kau tidur diatas ca,kalau aku tidur diatas,nanti aku jatuh".
Apr 2012,kau accident kak.
Ogos 2012,kau kasi tinggal aku kak.
teda suda kawan aku yang faham aku macam mana kau faham aku.
teda suda tempat bermanja kunu kan kak.
aduhh,rindu betul aku dengan kau.
hari ne aku p rumah nenekmu...macam kau selalu cerita.
tapi kau tiada....aku rasa macam,"kau ada tapi kau nda mau jumpa aku".
tapi aku ingat semua yang kamu cakap dengan aku,
"kami tunggu kau dirumah ca"....
tunggu aku,masaku kan tiba juga kak.


Al-fatihah sahabatku,kakakku,
Sahariana Darwis
13 Ogos 1988 - 13 Ogos 2012
"sahabat selamanya"


{ 18 comments.. read them below or add one }

Miss azieni Miss azieni 12 November, 2012
sedihnye. :'( alfatihah untuk kawan akak.

http://missazieni.blogspot.com/2012/11/rahsia-tomok-terbongkar.html
Riena Haiqal Riena Haiqal 12 November, 2012
Alfatihah buat arwah.. semoga dia tenang disana... kita banykkan berdoa semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
PERMATABIRU PERMATABIRU 12 November, 2012
takziah..sedih baca entry nie..sahabat terbaek sukar dicari penganti..
Yana Halim Yana Halim 12 November, 2012
sedih akak baca. Al-Fatihah utk arwah...
Unknown Unknown 12 November, 2012
Alfatihah....
kalau boleh nk tahu arwaah meningal sebab ape??? smoga tenang disana..
ayut ayut 12 November, 2012
sahabat yg mmg payah dicri ganti...al fatihah..semoga dia berbahagia di sana ye eca..eca doakan utk dia.smpi masa kite pon akn ikut dia..
sdih la.....teringt akan diri sndri T_T
Miss N™ Miss N™ 12 November, 2012
sebak dada baca ni eca..!
eca tentu menangiskan bila tulis entry ni..

alfatihah buat arwah..kenang dia dalam doamu eca...
Unknown Unknown 12 November, 2012
sedihnya..sahabat sejati telah pergi selamanya eh eca.. moga Allah cucuri rahmat buat arwah...
Unknown Unknown 12 November, 2012
sabar ye awak.... banyakkan sedekah Al-Fatihah dan yassin kepada dia di sana...
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 13 November, 2012
sedihnya.. al- Fatihah utk arwah..
aziazib aziazib 14 November, 2012
alfatihah..
lahir dan perginya sahabat eca tu sama tarikh...

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*