Tips Elakkan Limit Quota Gambar di Blog.


Assalammualaikum.

Simpati pada rakan-rakan blogger yang dah mencapai limit kuota gambar didalam blog masing-masing....eca pun tunggu TURN eca bila nak sampai limit.Nak kata tak letak gambar pada blog,rasanya gambar daku besar semacam je kan......pastu,duk bergosip pulak dengan WANITA HEBAT ne,tanya kot-kot limit beliau da sampai,katanya tak lagi...so,gosip dimukabuku buat eca menulis entry ini.....

Bagaimana Elakkan Limit Quota Gambar di Blog [TIPS]

1)  Resize Gambar.
Saiz gambar yang diambil menggunakan handphone (2.5mp dan keatas), DSLR mahupun Camera Digital biasa agak tinggi saiznya.So,adalah lebih baik jika anda resize terlebih dahulu setiap gambar yang bakal anda masukkan ke dalam blog.
Caranya : Gunakan Photoscape...pada ruangan editor,cari "Resize"...resize kepada saiz 1000px,900px atau 800px...eca selalu guna 900px & 1000px.MakCik ne guna 800px,tapi gambar kat blog dia..superb terang oke!!!.*kena dapatkan kamera macam beliau satu!!!*
kalau amik gambar guna Mr Kens~,sah hang laptop eca..besar ooo size dia.


2) Recycle Gambar.
ini kes macam eca la..pemalas nak mampus upload gambar..so,dipendekkan cerita..asyik recycle gambar je budak ne....tak salah pun.hehehe.
boleh teka,gambar ini dari ENTRY mana?!.hehehehe

3)  Upload Gambar pada image hosting lain.
Boleh upload gambar pada image hosting yang lain.Contohnya,upload ke Photobucket ataupun Facebook.As long as korang boleh dapatkan URL Image berkenaan.Kemudian,baru korang masukkan gambar tu ke blog.

Kenapa eca katakan cara ini boleh elakkan anda dari mendapat limitation?!....Sebabnya ::
Bila kita upload gambar ke dalam blog,ia akan buatkan kita 'memakan' jumlah hosting gambar yang dibekalkan.Namun,jika kita dah upload gambar kat image hosting yang lain,kita hanya 'recycle' gambar dari image hosting tersebut.So,kira macam,jumlah hosting gambar yang dibekalkan setiap blog tak diganggu.Cuma kiranya kita menumpang gambar dari hosting lain.

Sama juga seperti,kita kongsi gambar dari blog-blog WP.Kalau kita kongsi terus melalui URL Image,bandwidth blog tersebut akan cepat habis...tu pasal,kalau korang perasan,blog WP (wordpress)...memang mempunyai bandwidth yang agak tinggi,terutama blog gosip-gosip tu kan.hikhik.#ala,mengaku je la korang pena buat kan...terus amik URL je...tolonglah bantu blog-blog tu dengan cara Save Image As (melalui right click),pastu Upload kan ke blog korang...kang nanti blog-blog macam tu habis limit bandwidth,dah takde ceta gosip...Sama juga bila korang ambil background dari blog-blog lain,kesian tau kat dorang tu.Bayar memahal,korang lak guna suka hati.. ^,^

Kepada yang dah LIMIT Quota Gambar tu,boleh gunakan cara ke #3 tuk UPLOAD gambar ke dalam BLOG memasing yer..Semoga cara ini dapat membantu korang....BTW,kalau rasa-rasa nak kongsi gambar dari blog eca,mohon SAVE IMAGE As ye...hikhikhik =)

*gambar kat blog eca gunakan camera HP Vivaz je noks...tak larat nak usung Mr Kens~ kesana kemari.kena dapatkan kamera compact harga RM500 kebawah macam ne...ke ada orang nak baig FREE ne?...cepat MENGAKU!!!!.*

{ 18 comments.. read them below or add one }

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 27 November, 2012
yui kena praktikan amik url la..huhu
Solehah Shamsuddin Solehah Shamsuddin 27 November, 2012
memang btl akak ckp ni.tapi kan dh da yg dapat atasi cmne nk tmbhkan ruang upload gmbr yg percuma tanpa perlu bayar
nur anis nur anis 27 November, 2012
eh..boleh sampai limit ye..tak tahu pulak..huhu..
nur anis nur anis 27 November, 2012
eh..boleh sampai limit ye..tak tahu pulak..huhu..
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 27 November, 2012
hhahhahahhah gelak kak ina baca entry ni... ayat2 eca ni selalu buat kak ina gelak tau.. hehehhe

eh, tpkan baru kak ina, yg upenya kalau kita copy paste je gambar, blog org tu limit gambar dia makin kurang... hahha...

kak ina lah salah sorg yg suka wat camtu... hihii
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 27 November, 2012
nanti sggah lagi sbb kedai awk tutup arini.. hihii
Mrs Velentine Mrs Velentine 27 November, 2012
ok tq...mmg diperlukan ni..
Leeza dayasari [santai leeza] Leeza dayasari [santai leeza] 27 November, 2012
thx eca. leeza kena cuba ni. sbb leeza rs dh nk hampir limit. yer kot.....
huuuu sbb pernah diberi warning. then leeza del maan2 gmbr yg tak diperlukan mean gmbr header yg dh tak guna.
Meera Ishak Meera Ishak 27 November, 2012
nak tanye. kalau dah limit quota gambar maksud nye lepas tu dah takbole post ape2 gambar dekat blog ke?
Masya Masya 27 November, 2012
tq eca bg tau.. tu lah ade jugak terbaca kwn² yg kene limit ni x blh upload gambar...
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 27 November, 2012
tu laa . ramai yg kne . haha . tak sgka pulak ad limit jugak dkat blog . seb baik mee slalu resize ..
Cik Nur Cik Nur 27 November, 2012
Nur guna kamera VGA je eca..
rendah saiznya..hihihi
boni kacak boni kacak 27 November, 2012
tak sangka kan..saya ingatkan selama ni unlimited..rupanya ada juga limit dia..
azizah :) azizah :) 27 November, 2012
<-- ni gara2 tak resize gambar la ni tu yg limit.. so sekarang atas nasihat eca akak resize gambar sampai jadi 300px..bahaha :p
nabila azmi nabila azmi 27 November, 2012
hi awak..thanks erk for the tips.. runsing dh beberpe bulan..huhuhu

follow here too=)
ayut ayut 28 November, 2012
hihihi...slalu gak trus copy link jer..oppss.sori la klu mkn quota blog mereka :D bek eca..diterima nasihat itu :)
Anastasyea Aida Anastasyea Aida 28 November, 2012
Tips yg bagus utk digunakan :)

www.anastasyea.com

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*