Bangking Menyerang [Tips Menghalau Pepijat]

Bangking Menyerang [Tips Menghalau Pepijat]

Assalammualaikum.
Bangking tu nama sabahan bagi PEPIJAT.(ce try google apa itu pepijat).oh yeah,pepijat tu kiranya kutu tilam.

Bangking(pepijat) ne dah lama dekat rumah sewa eca...selepas eca balik dari praktikal,housemates yang lain da gitau,tapi masa tu tak ambil kisah pun,sebabnya eca tak kena...masa tu langsung tak tahu rupa BANGKING (pepijat) tu.....After mid-sem break,masa tu eca rasa "GATAL" tiap-tiap malam.

pepjiat bangking
yang berjaya diBUNUH pada hujung minggu yang dulu-dulu.*failedBM*

Bila bangun esok pagi,kaki eca masa kena gigitan..da serupa LOVEBITE macam tu!..ini tak boleh jadi.so eca cuba cari cara-cara nak menghalau bangking (pepijat)  ::

Tips Menghalau/Mematikan Pepijat.


1. buka kesemua cadar & sarung bantal kamu.Hantar ke dobi untuk dicuci.
kenapa eca suh hantar dobi?!..sebab di dobi,mesin basuh mereka berkuasa tinggi.KONONnya penggunaan api cepat membantu mempercepatkan kutu tilam mati.hikhikhik

2. Jemur tilam & bantal anda ditengah terik matahari.
supaya bangking/pepijat rasa panas dan lari ke tempat yang lebih lembab

3. Pada kawasan tempat tidur anda,pastikan anda menyembur racun serangga.
gunakan Ridsect/Shieldtox untuk bunuh lipas tu ye kawan-kawan.Ianya berwarna HITAM.Jangan guna ridsect bunuh nyamuk...ko sembur satu tin kecil...tak berkesan langsung.Bangking tu gelakkan ko adalah!
yang tuk bunuh nyamuk housemate punya.
eca just beli tuk bunuh lipas.*berkesan*

4. Jika boleh,bersihkan kawasan tempat tidur anda sentiasa.Sapu & Mop lantai.Jika anda mop lantai,dicadangkan gunakan air panas.hikhikhik.

5. Jika ada masa terluang,pastikan anda membakar lilin didalam bilik.
Macam bilik eca tu kan,luar bilik adalah kawasan mencuci & menjemur kain.Sah-sah sentiasa lembab.Ditambah pula dengan bilik berhawa dingin 24jam.....mana tak bangking bersuka ria kan?!.So,dari ko bakar bilik yang sah-sah akan membakar satu bangunan..just biarkan lilin terpasang.Korang JAGALAH,jangan dibiarkan.oh yea,,eca letak lilin tu bawah katil masa jemur tilam.

6. Pastikan ada pewangi dalam BILIK.
kaw-kaw punya wangian oke?!....eh,tipu je...adalah digalakkan menggunakan wangian Serai Wangi.Tapi dekat SABAH (KK especially),eca tak tahu mana nak cari benda tu..yang eca tahu,Tandas Grace Point FoodCourt je ada...rasa macam nak gi curi je!!!.hahahaha.[TIPS gunakan serai wangi eca jumpa dekat blog kak Suri,TERJAH SINI].SO,eca gunakan alternatif lain,guna pewangi PANDAN..RM7++ je korang!.
wangi?!...bolehlah~

Masa gi berjimba dengan Puan Jijah hari tu,sempat singgah di Familia Wisma Merdeka.Rembat pewangi Lavender satu...balik rumah terus bakar..kaw-kaw wangi dia.Masa shopping dengan family,rembat lagi wangian Jasmine & Berry.*wangi gila bilik daku..tapi daku je yang rajin buat*


7. Cuci Pakaian dengan Air Panas.
Jangan dok ingat bangking ne kat tilam je..ada gak berjangkit ke baju kita.So,dinasihatkan...cuci baju kamu dengan air panas...kalau malas nak masak air lagi,pergi hantar je dekat DOBI. [IKLAN : DOBI depan Apartment eca,harga dia RM2.50/kg untuk pakaian.Cadar,Sarung Bantal,Tuala,harga lain-lain.Sebut nama ECA tiga kali,konfirm makcik tu cakap,"kau gila?".hakhakhak]


itu je tips merapu dari eca.....semua TIPS itu berjaya oke?!.eca pun bebas dari gangguan bangking.kalau ada pun tak terasa sangat,sebab BILIK WANGI tetiap malam oke?!...bila wangi,tidur pun smooth ++ musim hujan....kan best..best la sangat sampai dua kali tuang kelas =.="

so,kalau ada masalah dengan bangking, cepat-cepat BAKAR TILAM.hahaha =P

p/s :: habis duit beli pewangi bilik & spray takpe,asal PEPIJAT tiada lagi!.ohyeah ^,^

Post a Comment

9 Comments

  1. bru tau dikenali banking gak..hihi..

    tp last tu mmg kmpem okla..bakar je tilam tu..hihi.

    ReplyDelete
  2. oo..bangkin itu pepijat...hihihi..

    isap darahkan menda ni...

    kalau bakar tilam,selesai masalahlah eca..hihihi

    ReplyDelete
  3. ooo baru tahu banking ni.. baru nampak wajahnya... hehe jijah pon kdg2 tak sedar ada ke tak pepijat kat tilam ni.. mudah2an takde lah..

    ReplyDelete
  4. ingat apalah bangkin tadi..

    ReplyDelete
  5. sakit badan gatal-gatal kena benda alah ni


    Peluang Memenangi Android

    ReplyDelete
  6. oh bangkin tue pepijat kah??nda baru tau...gatal ni tau

    ReplyDelete
  7. wahhhh berjimba ke?? syonyer...heheee :D

    ReplyDelete
  8. sokong idea Yui..bakar tilam..hahaha.klu bnda ni ada kompem gatal badan nnt...yg pntg mmg kna jg kebersihan :)

    ReplyDelete
  9. oo..nama dia banking jugak ye..

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*