Hmmm.. nampak macam ngeri sahaja bila baca tajuk. Alhamdulillah, Mia panjatkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk menulis entri jemputan ini di blog Eca. Terima kasih ya Eca.
Kadang-kadang kita tidak perasan yang sebenarnya kita ini tamak bila berblog. Boleh dikatakan syok sendiri. Kita terlupa yang sebenarnya blog kita ini sentiasa diintai dan dikunjungi oleh orang luar. Siapa mereka.. kita pun tidak tahu. Reputasi amat penting bagi satu-satu blog di mana blog amat mencerminkan peribadi blogger itu sendiri.
Blogwalking
Blogwalking adalah perlu, tetapi jangan terlalu taksub sehingga blogwalking beratus-ratus blog sehari. Dah jadi tamak maknanya. Terlalu mengejarkan trafik juga pun tidak boleh. Biarlah bersederhana. Buat mana yang termampu. Jangan sampai abaikan tanggungjawab lain seperti belajar, bekerja dan keluarga.
Memang kalau boleh nak balas kunjungan semua blogger yang bertandang ke blog akan tetapi kekangan masa tentu ada.
Buatlah perancangan untuk blogwalking. Sediakan senarai blog yang ingin dikunjungi. Senarai blog boleh didapati dari shoutbox dan ruangan komen entri. Kemudian blogwalking lah mengikut kemampuan.
Update blog
Bila terlalu banyak idea, kadang-kadang kita jadi tamak terus nak update pada hari itu juga sedangkan pada hari tersebut telah pun update blog. Cuba agihkan idea untuk entri bagi beberapa hari. Jangan tamak untuk update sekaligus. Contohnya, jika ada 6 idea entri, boleh dibuat untuk 3 hari iaitu 2 entri untuk 1 hari.
Digalakkan buat perancangan selama seminggu untuk pengeluaran entri dan juga buat dalam bentuk draft bila idea muncul pada waktu yang tidak terduga. Bukannya apa, takut nanti bila terlupa kan susah…
Kalau tiada perancangan, susahlah nanti. Kelam-kabut nak buat entri dan akan timbulnya blog bersarang sebab tiada idea untuk update blog.
Segmen / Giveaway / Contest
Sememangnya bila dah tergolong dalam komuniti blogger, memang banyak sangat segmen, giveaway dan contest.
Jangan terlalu banyak join segmen / giveaway / contest ini sehingga terlupa identiti asal. Maksudnya, boleh join tapi janganlah lupa untuk update blog dengan perkara lain atau pun kisah sendiri. Pengunjung mungkin akan cepat merasa bosan, sebab asyik update entri segmen / giveaway / contest. Contohnya, kalau di sebelah pagi buat entri segmen / giveaway / contest, di sebelah petang atau malam buatlah entri lain. Sekiranya update blog 1 entri 1 hari, boleh juga diselang-selikan dengan entri lain. Kena pandai gayakan sendiri.
Bila dah buat entri segmen / giveaway / contest, janganlah melepaskan batuk di tangga. Cubalah blogwalking ke semua blog peserta supaya dapat mengenali di antara satu sama lain. Komitmen kena ada. Jangan hanya nakkan trafik sahaja.
Sebenarnya, banyak lagi perkara yang boleh dikupaskan. Yang penting, berblog biar seadanya. Bersyukur atas apa yang ada. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan blog. Carilah blogger-blogger lain yang sudah berjaya dan jadikannya sebagai inspirasi agar anda dapat berblog secara berhemah dan bijak.
Tentang Penulis : Juliana Ngahdirin menggunakan nama blog Mia Liana sinonim dengan tagline Smile Smile Smile.Seorang Isteri & ibu kepada anak perempuannya yang comel.Merupakan penerima anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia Award pada Konvokesyen ke-13 OUM.
Jom Follow Blog --> MiaLiana.com
Jom Like FANPAGE --> MiaLiana Fanpage
eca cakap-cakap : kalau nak jadi blogger syok sendiri..baik buat blog tuk tatapan & bacaan sendiri.Pastu,jangan BISING lau tiada orang komen ka apa.hikhikhik.