SOALAN SENSITIF DURING INTERVIEW | Entry Peserta Year End Contest


Assalammualaikum
Berikut adalah entry peserta YEAR END CONTEST.Entry ini adalah dari entry 


Salam and hye peeps,


Based from entry title,soalan sensitif yang dimaksudkan adalah soalan yang mempunyai unsur seperti aspek:
  • Agama/amalan/kepercayaan
  • Bangsa/kaum/etnik
  • Tempat asal
  • Politik
  • Warna kulit
  • Jantina
  • Kekurangan anggota/ketidakupayaan/OKU
  • atau lain-lain lagi

Entry ini adalah lebih menjurus kepada cara untuk menangani soalan sensitif time interview. Biasalah time interview, semua orang somehow akan feel like 'butterfly in their stomach'. Time tue lah nak muntah, nak kencing, nak pitam, nak stress, nak tumbuk orang, nak makan.Ahaks :)

Interview biasanya berlangsung between 45 minute and sometimes boleh sampai 2 jam(maybe,depends ikut interview lah). Thats why, pleasee jangan skip your breakfast,takut nantimenganggu your focus during the interview. Sebabnya sometimes,kita akan feeling excited/takut sangat sampai tak rasa lapar, soo,kalau tak rasa lapar paksa jugak diri untuk makan.

Soalan yang selalu ditanya adalah berkaitan dengan jawatan yang dipohon dan jugak pasal tugas yang bakal dilakukan jika berjaya mendapat jawatan tersebut.

Sekiranya, terdapat soalan yang menyentuh latar belakang pendidikan,ia haruslah boleh dikaitkandengan pekerjaan tersebut seperti:
  • pendidikan 
  • pengalaman kerja
  • penglibatan
  • aktiviti/pencapaian professional sebelum itu


Berbalik semula kepada soalan sensitif ketika interview tadi. Seperti mana kita sebagai calon temuduga (Interviewee)  mempunyai etika atau garis panduan yang ditetapkan, penemuduga (Interviewer) juga mempunyai etika atau garis panduan. Antara soalan yang tidak boleh ditanyakan:
  • Soalan yang tiada kaitan dgn jawatan dipohon
  • Soalan yang sensitif/diskriminasi


Jadi sebagai calon temuduga,kita mesti lebih bijak dan matang utuk tangani soalan demikian.
Apa yang anda harus lakukan ialah :
  • Stay positive
  • Jangan anggap solan tersebut berbaur sensitif dan menuduh penemuduga cuba mendikriminasikan kita
  • Mesti ingat!! bahawa setiap soalan yang ditanya mempunyai tujuan tertentu


Ketika ini, kita ada hak untuk meminta penemuduga jelaskan rasional di sebalik pertanyaan tersebut.Gunakan teknik berikut :

“Maafkan saya, boleh Encik/Cik/Puan ulang kembali soalan sebentar tadi.”

“Maafkan saya, saya kurang faham bagaimana adanya perkaitan di antara perkara tersebut dengan jawatan yang saya pohon ini. Boleh Encik/Cik/Puan tolong jelaskan?”


“Maafkan saya, saya tidak melihat rasional dan perkaitan di sebalik soalan itu dan jawatan yang saya pohon ini. Saya tidak rasa selesa untuk memberikan jawapan sekarang.” 

Peringatan!! – penemuduga tidak berhak memaksa anda untuk menjawab soalan yang anda enggan jawab jika ianya tergolong dalam kategori soalan sensitif. Ini kerana temuduga yang baik harus berlangsung dalam keadaan yang profesional, neutral dan selesa untuk kedua-dua pihak. 

Jika berlaku sebarang paksaan, secara lisan apatah lagi dalam bentuk tingkahlaku (seperti tindakan menghentak meja atau jelingan sinis), anda boleh memilih untuk beredar daripada ruang temuduga secara baik.




Nota Penulis : Entry nie sangat berguna kepada para interviewer and also interviewee as tajuk dia adalah lebih general.
    eca cakap-cakap :: Kalau rasa entry ini OKE!..mari tolong LIKE,TWEET,G+ & KOMEN entry ini (melebihi 10perkataan..ucapan GOODLUCK tidak dikira yer!)

    2 comments.. read them below or add one

    ayut ayut 02 December, 2012
    sgt berguna...kdg2x kite ni dh nerves tak reti nk beza dh ni soalan blh taye ke tak..nk jwab cane..blh ke taye bnda ni..blh jd rujukan :)
    eza miza eza miza 12 December, 2012
    wahhh..sht berguna2 kepada bakal2 yang ditemuduga...yang penting kits kena tampil yakin dalaman dan luaran... hehehe

    Terima Kasih atas komen anda.
    Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
    *-*