Review A Good Day to Die Hard

Review A Good Day to Die Hard

Assalammualaikum.

Berkesempatan tengok wayang minggu lalu,walau sebenarnya tak tahu nak tengok wayang apa...Sebabnya eca jenis yang depan kaunter,baru decide nak tengok ceta apa....bukan apa,kalau kita rancang nak tengok satu movie tu,tapi sebenarnya masa tayangan tak sesuai,macam tak best pulak kan...apatah lagi,daku bukan jenis orang yang suka menunggu lama.

so last Friday,berkat memujuk sang skandal,akhirnya dia kata,"oke la tengok la wayang tu"..eca jawab,"wayang AKSI apa neyh..best bha"..dan akhirnya tengok movie ::


Filem ini mengisahkan tentang seorang ayah (John McClane - lakonan Bruce Willis) yang mendapat tahu anaknya (Jack McClane - lakonan Jai Courtney) telah ditangkap Polis Rusia dan akan dibicarakan kerana membunuh.Setibanya di Rusia,John terbabit dalam satu kejadian apabila anaknya melarikan diri dari mahkamah bersama-sama seorang banduan.Pelbagai aksi dan halangan terpaksa mereka tempuh sebelum akhirnya semua persoalan dijawab diakhir cerita.Nak tahu siapa banduan itu?.Apa pula kaitan Jack McClane dengan banduan itu...korang kena tonton sendiri di pawagam berhampiran!!!.

Review Filem A Good Day to Die Hard :

Duration - wayang English jangan korang nak expect macam wayang hindi lak yer..movie ini lebih kurang sejam lebih  sahaja.

Aksi - bagi mereka yang sukakan AKSI,PERANG,DARAH dan yang sewaktu denganya,filem ini HARUS anda tonton....Eca paling suka AKSI dimana Bruce Willis menyelamatkan anaknya ketika mereka hampir menumpaskan penjahat....waktu tu kan,ala korang tengok la sendiri yer..tak syok la eca cerita!!..Tapi,movie ini,memang banyak AKSI yang unexpected sangat-sangat.*sila heret diri sendiri ke panggung wayang*

Moral of Story -
1) Air dicincang takkan putus..eh?!....oke,dalam cerita ini,Jack McClane tu taknak panggil bapak dia "bapak"....they just go by name.Sebabnya,dia rasakan bapak dia ne terlalu pentingkan KERJA sehingga tiada masa untuk anak-anak dia...lastly,baru dia sedar...bapak dia ne hebat orangnya dan sayang dekat dia.

2) Do Not Trust your partner!!! - oke,dalam ceta ne,si banduan itu sebenarnya dikhianati oleh partner dia sendiri....selepas tu,dia nak balas dendam,tapi partner tu dengan angkuhnya berkata,"aku berkuasa"...Lastly,dengan bantuan dan kerjasama seseorang,mereka menumpaskan partner si banduan itu...siapa seseorang itu,korang kena tengok sendiri oke?!.

Eca bagi 4.5/5 bintang..sebab daku suka action movie sebenarnya..hahaha.
tapi masa tengok wayang ne kan,sangat-sangatlah SAKIT HATI bila sang skandal boleh pulak TERTIDUR dalam cinema tu....hilang mood weiiii!.Sebab eca ne jenis yang SUKA MENGULAS dan SUKA EXPECTED apa yang berlaku selepas itu,tapi takdelah sampai RIUH satu panggung...geram tul bila dia tidur...terpaksa SIKU-SIKUkan dia..Dah siku-sikukan dia,boleh lak dia say SORRY SORRY SORRY,grrrr!!!.pastu tidur balik..dua tiga kali siku,terus tak peduli,sebab tengok couple yang duduk sebelah kami pun,pakwe dia TERTIDUR..eca mampu senyum je dekat amoi cina tu.=.="

Antara filem Die Hard yang lain ialah :
Die Hard (1988)
Die Hard 2: Die Harder (1990)
Die Hard with a Vengeance(1995)
Live Free or Die Hard (2007)
A Good Day to Die Hard (2013)

untuk maklumat lanjut mengenai Filem Die Hard,korang boleh baca diwiki.[Die Hard]

#nak tengok filem Journey To The West lak....orang kata MANTAP.

Post a Comment

0 Comments