Sop Nama Saya #ReviewBlogger

Sop Nama Saya #ReviewBlogger

Assalammualaikum.
nak kenal blogger yang selalu juga cerita pasal anak-anak?..jom kenali Bro Sop.
Sop Nama Saya
[Blog Ini Adalah Mengenai Saya]

Antara blog hebat yang eca kenali dan korang pun patut kenali.Blog beliau dulunya beralamatkan gnesop.com namun sudah beralih ke sop.name.my.Blog yang kini mendapat PageRank 3.
(moga-moga blog ecadwinkyasha.com mencapai tahap macam tu juga *-*)

Apa yang menarik pada blog Bro Sop ini ialah ::
1) Cerita-cerita mengenai anak-anak, Azfar,Azwar & Auni.
- cerita yang dikongsikan bersahaja tapi pengalaman yang sangat berhargai bagi seorang ayah dikongsi bersama pembaca.

2) Segmen Tanya Anda.
- antara segmen yang tak perlu korang buat entry...namun diakhir entry tersebut,pembaca amat dialu-alukan untuk menyuarakan pendapat korang.

3) Review Blog.
- walaupun lama dah tak buat,tapi entry-entry review blog yang dahulu selalu eca jejaki.Bukan apa,setiap review blog yang bro Sop siapkan secara tidak langsung memberi eca ilham Do's & Dont's In Your Blog.Sebab bukan sahaja review dari bro Sop yang berharga malahan komen dari Geng Review itu sendiri.

4) Tempat-tempat menarik.
- kemana je bro Sop pergi,mesti beliau akan siapkan satu post mengenai tempat tu.Kita pun teruja nak baca sebab bila kita pulak yang bercuti kat sana,mesti akan teringat review mengenai tempat tu.

Recommendation untuk blog Bro Sop (segan lak sebenarnya,sebab blog tu hebat..so,boleh abaikan yer!)
1) Satukan widget follower. -adalah lebih baik disatukan widget Google+ Follower,Fanpage Like, Google Friend Connect - eca tak nampak pulak GFC ne,dah buang ke?)

2) Penggunaan border pada ruangan sidebar/footer widget atau pada post. -Dengan adanya border,boleh juga pembaca membezakan mana satu entry mana satu widget...dan ianya adalah lebih kemas.

3) Keep Up Good Work & kalau ada job,pass lah satu kat eca =)

kepada bro Sop,
Terima Kasih atas tunjuk ajar dalam blogging...juga terima kasih kerana sentiasa menyokong. =)
mari terjah beliau : Sop Nama Saya.

p/s : segmen review blogger?!...ada juga yang menyokong..
tunggu je announcement dari eca yer~
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Post a Comment

0 Comments