Apa Seronoknya Blogging : KWM CONTEST 2013



Blog Cerita Dari Hati
D/A  www.ecadwinkyasha.com
Jalan Celcom Broadband
Negeri SukaHati.


Menemui Encik Merah yang kurang kacak tapi comel,
saya,Eca Dwinky Asha,pemilik blog Cerita Dari Hati,dengan ini turut serta dalam kontest yang encik anjurkan iaitu Apa Seronoknya Blogging : KWM CONTEST 2013.


kehadapan encik,
sebelum saya mengolah lebih lanjut,izinkan saya memperkenalkan asal-usul blog yang pink ini.Saya mula berblogging pada Mei 2010 namun mula aktif pada akhir tahun 2011.Saya mula aktif apabila menyedari terlalu banyak perkara yang menyeronokkan boleh kita lakukan dengan berblog.Dari menggunakan subdomain .blogspot.com sehingga berdomain sendiri yang berharga RM30/tahun,banyak turun naik yang telah saya alami.Malahan,saya lebih percaya blog saya dari orang lain.

Apa yang seronoknya dengan blogging?...mari saya kupaskan satu persatu.
Pertama,blogging wujudkan satu persahabatan.Bagi saya,sahabat alam maya sangat sukar dicari..bak kata orang,sahabat ketawa merata,sahabat menangis bersama payah.Tapi bagi saya,semua sahabat di alam maya,mereka adalah yang terbaik.Tanpa perlu bersua muka,mereka lebih tahu sebenarnya apa yang kita luahkan dan mereka sering ambil berat.Saya amat percaya hal tersebut.Buktinya,bila tak update beberapa hari,ada sudah yang bertanya kenapa tak upadate?..busy ke?..sakit ke sampai tak update?..mereka lebih memahami,sangat.

Kedua,blogging mengajar erti menulis dengan jujur.Sebagai blogger,saya seringkali diingatkan dang diajar agar menulis dengan jujur.Apabila menulis,semua hasil penulisan itu bukan sekadar penulisan tapi ianya lebih kepada isihati diolah dalam bentuk penulisan.ya,saya menulis dari hati.marah,suka,duka,ketawa,menangis...saya luahkan dalam blog.Maka,saya amat jujur dalam menulis.Itu juga menegaskan saya kurang berminat dengan entry copypaste semata-mata dengan tujuan menaikkan traffik blog,melainkan entry tersebut sesuai dengan niche blog ini dan backlink diberikan kepada penulis asal entry tersebut serta entry yang dikongsi itu mendapat keizinan dari empunya entry.

Ketiga,blogging buat saya lebih peka kepada isu semasa.Dengan blogwalking,saya sekurang-kurangnya melawat lebih dari 30blog setiap hari.Ekoran dari blogwalking tersebut,saya pasti akan membaca isu-isu semasa yang diupdate oleh rakan-rakan blog yang lain.Biarpun tidak melihat Buletin Utama,saya tetap tahu perkembangan semasa malah saya lebih tahu perkara-perkara yang tidak dipaparkan di dalam berita TV.

Keempat,blogging beri saya sumber rezeki.Tanpa saya sedari,saya mula mendapat duit sendiri melalui blog.Bukan sekadar kerja yang saya lakukan iaitu servis edit blog yang mula mendapat perhatian,malahan juga melalui iklan-iklan yang saya letakkan didalam blog.Bukan itu sahaja,dengan menyertai segmen,contest mahupun giveaway teman-teman blogger yang lain,peti pos dirumah sewa sering berisi dengan hadiah-hadiah kalian.Ini sudah cukup membuatkan teman serumah irihati...tambahan lagi,bila cek sering datang..pasti orangtua tersenyum gembira sebabnya mereka tidak perlu berikan duit belanja yang lebih pada waktu tersebut.Nampak tak,saya dah kurangkan perbelanjaan orangtua saya..hikhikhik.

sebenarnya,jika diolah lebih mendalam,banyak lagi yang seronoknya dengan blogging.tidak akan terhitung pahit manis dengan blogging.Apatah lagi,jika blog kita mula mendapat perhatian ramai.Inshaallah,akan lebih banyak perkara manis akan datang kepada kita.

sekian sahaja entry yang melayakkan saya untuk turut serta dalam contest ini.Jika teman-teman lain nak turut serta dan kongsikan apa yang seronok dengan blogging,mari sertai Apa Seronoknya Blogging : KWM CONTEST 2013 sebelum 1 April 2013.

yang ingin menang,
ecadwinkyasha


p/s : kalau SKEMA sangat entry ini,korang boleh KLIK X ditepi tu eh.hikhikhik
^_____^,

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

0 comment... add one now

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*