Selepas Setahun

Selepas Setahun

Assalammualaikum.

pejam celik pejam celik,setahun sudah berlalu.Hari ini,7 April 2013 genap setahun pemergian teman-teman tersayang ekoran kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari rumah family eca di Kota Belud,Sabah.

seriously,setahun tanpa mereka,eca masih bagaikan tak percaya...eca masih beranggapan mereka menanti  eca disatu tempat kerana sehingga hari ini,terngiang-ngiang di gegendang telinga ayat terakhir mereka.

"kami tunggu kau dirumah ca."

itulah ayat yang berulang kali mereka ungkapkan petang itu.Bagaikan tak percaya,makan lauk kenduri itulah saat terakhir kami semua makan bersama,bergurau bersama...apatah lagi,pada hari tersebut adalah hari kami berjanji memakai pakaian yang sama iaitu Lepaking Team Official Shirt.

Bagai baru semalam kami duduk beramai-ramai diruang tamu rumah kecil ini...dimana lutut bertemu lutut,yela rumah kan sempit,nak muatkan 10orang,gitulah caranya....meriah sungguh waktu dulu.Apatah lagi, makanan yang sedikit itu dipenuhi kegembiraan yang melimpah ruah,itulah kita semua.Berbeza cara,berbeza fahaman,berbeza rupa,berbeza bangsa namun saling melengkapi,saling menghormati.


Al-Fatihah.
Damailah kau teman didunia sana,daku kan titipkan doa buat kalian.
aku rindu waktu dulu.
aku rindu kamu.
aku rindu kita.

Ya Allah,tempatkanlah teman-temanku disisi-Mu.Sebagaimana mereka dekat dihati kami,dekatkanlah mereka didunia sana.Balaslah segala kebaikan,hati yang murni mereka di dunia ini dengan harum syurga-MU di dunia sana.Ku titipkan doa ini,agar mereka tak pernah luput dari kenangan,agar mereka terus tersenyum menanti kehadiran kami teman-temannya disini didunia sana.


teman, 
biar ramai yang melangkah dalam hidup ini,
tiada yang dapat menggantikan kehadiran kalian.


Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.