Kesan Zikir kepada Otak Manusia

Kesan Zikir kepada Otak Manusia

Assalammualaikum.


Berzikir merupakan satu amalan yang digalakkan serta dituntut dalam Islam.eca masih ingat lagi sewaktu menjalani PLKN dahulu,sementara menunggu waktu Maghrib,kami digalakkan berzikir..laungan zikir akan diperdengarkan melalui pembesar suara dan tentunya akan kedengaran diseluruh kem PLKN KKDB...hinggakan terbawa-bawa sebelum tidur berzikir....Zikir itu menenangkan walaupun ketika itu penat menjalani latihan kawad,kelas kenegaraan dan pelbagai aktiviti.Tapi ternyata zikir mampu memberi kesan positive kepada otak manusia.

Kesan Zikir kepada Otak Manusia.

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.


Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.


Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

sumber : Facebook.
eca tinggalkan anda dengan video zikir penenang hati ini..semoga hati kalian dipagi Jumaat ini lebih lapang dalam menjalankan tugasan harian.Amin.



Jumaat yang indah,
menemai Mama tercinta menguruskan hal beliau di LHDN di pagi hari 
& bekerja pada petang menggantikan teman yang bercuti....
.syabas eca syabas.