lagi 6 bulan......

lagi 6 bulan......

Assalammualaikum.

sedar-tak-sedar, hari ini berusia 24tahun 6bulan...lagi 6bulan akan menginjak ke usia 25tahun.Alahai...tak sedar masa berlalu.Dah semakain tua..lagi 5tahun akan meningkat 3Series....dan hati mula tertanya-tanya, siapa diri ini selepas 5tahun akan datang......


DULU-DULU, pernah target kononnya pada usia 30tahun, kereta - rumah mesti ADA.Orang tua sekurang-kurangnya dah hantar menunaikan umrah (at least lahhhh, kalau ada rezeki lebih, boleh hantar dorang naik Haji sekali kan?!).Paling penting, di usia tu, ada dah cukup sepasang. (nak lebih-lebih kang daku pulak yang tak tentu,hikhikhik)...itu angan-angan dulu lah.


Tak perlu pandang 5tahun kemudian, cukup pandang 6 bulan kemudian aja....Apa akan berlaku?!..urm, ditakdirkan BERJAYA dalam interview ini, maka 6 bulan lagi ,mungkin dah mampu beli sebiji kereta RAV4 (oke, itu angan-angan tapi saya ialah peminat RAV4)..mungkin akan berbangga dengan pusat tuisyen sendirik (mari kerja dengan saya!haha) ataupun mungkin dah mampu memiliki rumah pertamaku (ada angan-angan nak tambah rumah tuuuuuuuu).ITU pun kalau berjaya Interview esok...doa-doakan yer.


kalau tak berjaya, urm..mungkin masih bekerja dengan boss sekarang ne.uwaaaaaaaaa,hari-hari jumpa budak nakal, semput daku dibuatnya ++ tambah kurus lah kau cikgu aisha!.kuikuikuiiiiii.
tapi, doakanlah yer...semoga TEMUDUGA yang akan eca hadiri esok berjalan lancar dan semua kata-kata yang keluar dari mulut ini mampu difahami oleh para penemuduga.AMIN.

Sebaik-baik penentuan, telah ditentukan oleh Allah SWT.amin amin ya rabbal-al-amin.

#dah 24thn 6bln, hadiah mana weiiii?!. :)