Resepi Puding Kastard Pisang

Resepi Puding Kastard Pisang

Assalammualaikum.

ok ok, hari ne hari sabtu dan eca tahu eca ada kelas jam8pagi - 5petang.Sila bergedik-gedik cari eca di Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial, UMS...sila bawa bubur ayam McD sebab daku kebulur sangat nak makan bubur....tapi sebelum daku kebulur, meh sini nak kongsi resepi puding kastard pisang.
*rujuk entry ne tuk puding kastard jagung*

adakah gambar ini cukup buat anda terliur?!..jom lihat resepi yang simple neyh ::

1) 1 gelas kastard.
2) 1sisir pisang.
3) 2 cawan air
4) 1 tin susu cair.
5) 3sudu susu pekat *tak manis sangat ne*
6) 2sudu gula
7) Mixed Fruit (guna kismis je lagi sedap)



cara nak buat simple dan mudah je oke?!
1) kupas pisang, potong & goreng tanpa tepung.Ketepikan setelah selesai.
2) Masukkan kastard & air ke dalam bekas dan sebatikan agar tidak berketul-ketul.
3) Atas api yang perlahan, gaulkan kastard & air tadi.Kemudian masukkan susu cair, susu pekat, gula.
4) Gaul sehingga aduanan tu jadi agak likat/pekat.Padamkan api.
5) Tuang adunan kastard ke dalam bekas, kemudian susun pisang.Langkah ini diulang sehingga adunan kastard & pisang habis.Selepas tu, boleh letakkan mixed fruit atau kismis di atas adunan tadi.

*eca letak mixed fruit sebab tak jumpa kismis kat Gmart....okelah kalerpul sangat ye!*
Thanks buat cik peguam, Innanie atas perkongsian resepi yang sedap ini! :)


gigih gila daku update sebelum pegi kelas tau!..
ne sebab kawan-kawan (ramai tu kawan-kawan) cakap,
"oiiii, Bila nak update belog hah?!"... =.="
tetiba rasa nak UMUM satu dunia, SAYA DAH UPDATE BELOG! =P