Resepi Agar-agar Pandan Bersantan


Assalammualaikum.

lama rasa tak share resepi kat blog ne.Kali ini nak share resepi agar-agar yang eca suka makan...kalau beli RM2 kat tamu, konfirm eca sorang yang habiskan.Buat sendiri baru puas hati tau, apatah lagi cara membuatnya senang sangat....yang penting kerajinan korang tu je :)

lama dah peram dalam draft sebenarnya.HAHA!!


Bahan-bahan :
10 gram Agar-agar
3/4 cawan gula
1 biji Telur
150ml Santan pekat
600ml Air
setitik pewarna hijau
perisa pandan (orang bandar tak jumpa daun pandan, kita beli je perisa pandan kat kedai erk~)
secubit garam






Cara Membuatnya yang simple tu... :
Didihkan agar-agar di dalam periuk bersama 600ml air
Masukkan perisa pandan,pewarna hijau,gula dan secubit garam
Kacau hingga agar-agar dan gula pasir larut
Pecahkan sebiji telur ke dalam santan dan kacau sehingga sebati (eca masukkan dalam blender & blend sekali)
Masukkan santan bertelur tadi ke dalam periuk
Kacau sebentar dan tutup api
Tapis adunan agar-agar dan tuangkan ke dalam acuan yang di kehendaki
Biarkan agar-gar menjadi sejuk dan beku Masukkan ke dalam peti sejuk & sedap dimakan kalau sejuk-sejuk gitu :)

seriously, sangat simple & harga bahan pun eca rasa tidak melebihi RM10.So, bolehlah korang cuba petang nanti yer sebagai hidangan minum petang...Disebabkan eca 'tengah misi turunkan berat", makanan ini cuma mampu dipandang di dalam gambar.HAHA!..so,boleh tak kalau korang tolong buat & makan untuk eca.hikhik~