berpisah juga akhirnya!

berpisah juga akhirnya!

Assalammualaikum.

sungguh perpisahan itu bukan eca yang pinta, tapi perpisahan ini perlu demi masa depan yang cemerlang, terbilang dan gemilang....dan engkau da KENAPA eca?!..hehe.meh meh nak story kat kome-kome semua, kawe dah berhenti kerja di tempat lama..yer, selepas setahun dua bulan bekerja disana.
 agak-agak dorang rindu tak Cikgu Ai Sha dorang ne?!

Banyak kenangan pahit-manis-masam-tawar eca alami disana.Nangis, konfirm la.Sebenarnya, eca memang nak berhenti selepas murid-murid eca HABIS UPSR.taknaklah tinggalkan mereka  tergapai-gapai..dah sebati kan dengan Cikgu Ai Sha dorang ne.nak dua bulan lagi UPSR ada cikgu baru pulak.Sepanjang eca disana, memang banyak sangat peningkatan murid-murid eca...ada yang dari sukar nak bina ayat, dah reti bina ayat....tapi nak buat camna, eca berhenti kerja untuk kerja yang lebih baik.....

sebenarnya, eca dapat tawaran kerja Pengajar di Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu...tapi bukan sebagai penjawat awam TETAP..i'olls KONTRAK je.kontrak 3bulan, kalau tunjukkan prestasi baik,insyaallah diteruskan lagi kontrak tu.*harap-harap kontrak berterusan, ai kan baik (masuk bakul angkat sendirikkkkkk)*

minggu ne KELAS belum MULA..so, a bit free.Tapi kena lah sediakan Rancangan Pengajaran dan bahan-bahan.Actually, benda tu semua da ada..cuma tunggu nak PRINT aje lagi.Tak reti nak guna printer canggih sini u'olls.kena tunggu senior-senior dulu yerk.Tapi eca dah masuk kelas relief, gantikan cikgu yang bercuti.SO far, oke-oke lah yer!!!.Eca ngajo nanti budak-budak Kolej Vokasional maksudnya lepasan PMR.Dorang tu ambil Diploman 4tahun, dah tak duduk SPM lagi.So, tu yang ada subjek-subjek teras.

ehemmm, eca ajar apa eh???...ajar mengurat boleh?hikhikhik <--- SOLEHAH gelak camne tau!!!!
eca ajar subjek Bahasa Melayu & Sejarah...mesti cikgu BM eca tersenyum-senyum.SEJARAH?!..janganlah cikgu sejarah eca ngucap panjang yer...budak asha ne dalam kelas membuta aje kejanya masa sejarah =.="

next week dah mula kelas, dah mula jumpa students, dah mula ngajo ye Cik Asha.sila-sila bertabah untuk 3bulan akan datang.doakan eca!

tau COMEL, tak yah cakap a..ai malu~


kepada PELAJARku,
boleh jangan panggil saya PUAN,
saya tak kawen lagi, tunggu orang masuk meminang,
cepat-cepatlah eh makcik!~