Kenapa Mama Cakap BODOH?


Assalammualaikum.
"bodoh" adalah perkataan yang eca elakkan untuk cakap lebih-lebih lagi bila ada anak-anak saudara eca yang kecik-kecik tu...bukan apa, risau dorang terikut-ikut cakap macam tu...tapi ntah kenapa hari tu, tetiba perkataan tu jugaklah terkeluar dari mulut eca.

ceritanya macam ne...Haritu ajak anak saudara eca, si Nurul Hasanah gi G-Mart beli barang dapur.OTW nak balik tu, tunggu la kat simpang keluar dari kawasan kedai tu.Tunggu turn keluar sebab masa tu ada kereta dari belah kanan...ai is pemandu yang baik kan, bagilah signal ke kiri...tetiba kereta yang dari sebelah kanan tu bagi signal terus masuk simpang.

Daku apa lagi, haruslah MARAH kan!..terus tercakap, "Kenapa kau ndak bagi signal bodoh???"
masa tu juga anak saudara eca cakap, "Kenapa mama cakap bodoh?"
erkkkkkk =.=" TERDIAM kejap weii, terus cakap kat anak saudara, "eh..mama cakap kenapa kau ndak bagi signal makcik?" ..dia balas lagi, "mama cakap bodoh"

gua dah senyum-senyum kambing dahhh..sepanjang dari rumah sampai selamat parking kereta, eca cakap kat dia, "mama tak cakap bodoh bha kakak...mama cakap, kenapa kau ndak bagi signal makcik"...ulang-ulang sampai selamat parking kereta dengan harapan dia tak ingat dan harapan besar dia tak akan inform sesapa.Sampai rumah, kemaslah barang-barang belian tadi...Tetiba dia minta eca masakkan maggi kari untuk dia.Sampai tunggu tepi pintu dapur tanya dah masak ke belum.Bila eca hidangkan dia, duduklah berdua kat meja makan sambil tunggu maggi tu sejuk sikit.Tetiba dia cakap kat mummy dia, "Mummy, tadi mama Ca cakap bodoh.Tidak boleh kan mummy cakap bodoh tu"

ne la dia budak yang bijak pandai tu...tak boleh sebut "BODOH" ye depan dia.


adoii anak, kenapa kau ingat!!!...mati-mati eca ingatkan dia takkan gitau sesiapa.Sebabnya eca da ulang-ulang tak cakap bodoh, siap masakkan maggi kari tuk dia tau!.Tetap juga dia ingat.ne kesan suka makan kismis minda ikut adik bongsu eca yang lelaki la tu.aish, terbukti berkesan untuk ingatan ye kismis minda tu..nak makan lah kismis minda, exam ada 11hari lagi ne.hehehe~

moral of the bebelan :
1) Jangan sebut perkataan yang tak baik depan anak-anak kecil.
    Contohnya : BODOH, GILA, BABI, PALUI dan lain-lain.
2) Makanlah Kismis Minda untuk ingatan yang lebih baik.
 ^-^
Nurul Hasanah & Nurul Najihah..jadi anak-anak yang solehah, baik dan bijak ya!

korang ada pengalaman macam eca ne?!
cuba share sikit~