9A SPM. Tahniah Apek.


Assalammualaikum.
hari ini (walau sebenarnya, cerita ini boleh dianggap dah basi!)...eca nak share dekat semua pasal kejayaan adik lelaki eca, Apek yang berjaya mendapat 9A dalam Sijil Peperiksaaan Malaysia 2016.

macam tak menyangka pulak dia lulus dengan cemerlang, walaupun kadang-kadang tension dengar kerisauan dia sebab takut tak lulus SPM...ohya, adik eca ne dulu masa UPSR dapat 2A ke 3A, tak ingat sangat. Tapi masa tu, dia tak boleh masuk Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM. So, dia gi sekolah biasa...masa PT3, dia dapat 6A 2B & bawaklah gelaran Top Student PT3 SMK Kudat II (gelaran tu dia share dengan seorang budak perempuan). Bila dapat result 6A 2B, dia try nak masuk MRSM atau SBP. Alhamdulillah, rezeki dia dapat menyambung ke SM Sains Labuan...tapi kan masa dia kat sana, hanya Allah je tau betapa penatnya melayan karenah anak bongsu seorang tu.

Antara yang dia pena buat dan buat kami sekeluarga mengucap panjang :
1.  Selepas beberapa hari dia bersekolah disana, dia call minta pindah balik SMK Kudat II
2.  Banyak baju & buku hilang =.="
3. Pernah tambah cuti seminggu lepas Raya Aidilfitri & Raya Aidiladha sebab tension nak balik asrama.
4. Tiap-tiap bulan nak kena lawat dia disana. *oke, total cost KK-Menumbok-Labuan include homestay semua kadang-kadang cecah RM500.nangis woooooo!

Kenakalan alam persekolahan, takyah cakap!.Bagi eca, itu biasa..yela, sebagai cikgu, eca sendiri lihat kenakalan budak-budak remaja. As long as, sebagai orang yang lebih berusia dari mereka, kita tegur cara berhemah so dorang pun tak berani memberontak lama.Alhamdulillah, adik eca berjaya tersenarai juga Best Student SM Sains Labuan 9A.

inilah dia adik bongsu eca yang dapat 9A tu.

6 comments.. read them below or add one

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 07 April, 2017
wah..pandainya dia...tahniah ye...
Mrs Pip Mrs Pip 07 April, 2017
Tahniah Apek, semoga lepas ni terus sukses lagi..
Yang penting, kalau nak tersukan pengajian, pilih course yang benar2 Apek suka , so nnt study tu tak lah tertekan ....cheers.
Mrs Velentine Mrs Velentine 07 April, 2017
tahniah..ini sama mcm adik kakak...game nya saja diingat sekali spm n stpm meletup juga result
Jun Zie Jun Zie 08 April, 2017
woaaa thniah utk adik eca .. smoga terus sukses.. insyallah amin =) byk nya kos ?? xpa la.. dia blm biasa kali masa tu bjauhan dr family kan lagipun kalo bongsu ni besa mmg manja gilak2 =D
Nour Adieb Nour Adieb 08 April, 2017
wahhh, tahniah Apek dapat 9A 👏 Moga terus bersemangat untuk menimba ilmu
Unni Anje Unni Anje 12 April, 2017
perhhh hebat la.. tahniah apek!!! 9A tu.. moga sentiasa bjaya dunia akhirat

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*