Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah)



Assalammualaikum
Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah).Ahad lepas  bersamaan 30 April 2017, Eca berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah) bertempat di Ruang Legar Blok K, Royal Plaza, Putatan. Majlis ini dirasmikan oleh YB DSP Yahya Bin Husin, Timbalan Ketua Menteri  merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. 
  
Majlis bermula sekitar jam 8 pagi dimulakan dengan tadarus Al-Quran di pejabat baru Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah). Di kesempatan ini, pihak Glocal Travel & Tours turut mengambil kesempatan memberikan bantuan kepada anak-anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz serta sumbangan kepada beberapa surau dan masjid sekitar daerah Putatan.

GLOCAL TRAVEL & TOURS (CAWANGAN SABAH)
GLOCAL TRAVEL & TOURS (CAWANGAN SABAH)
Datuk Yahya menyampaikan sumbangan daripada Glocal Travel & Tours kepada surau & masjid sekitar daerah Putatan.

PAKEJ UMRAH MURAH
PAKEJ UMRAH MURAH
Datuk Yahya menyampaikan sumbangan daripada Glocal Travel & Tours kepada anak-anak yatim & pelajat sekolah tahfiz.


DATUK YAHYA MEMOTONG REBEN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN GLOCAL TRAVEL & TOURS
DATUK YAHYA MENANDATANGANI GOLDPLATE SEMPENA MAJLIS PERASMIAN GLOCAL TRAVEL & TOURS

    
Penyampaian Cendera Kenangan daripada CEO Glocal Travel & Tours, Encik Mohd Idzham Mohd Isa kepada YB DSP Yahya Bin Hussin atas kesudian merasmikan Pejabat Baru Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah). Turut ditemani oleh  Ust Haji Lamsin (Duta & Ketua Muttawif Glocal Travel & Tours) serta isteri CEO.

Bukan itu sahaja, bagi pengunjung yang hadir semasa majlis tersebut turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu diskaun 50% bagi pakej umrah yang ditawarkan. Malah, CEO Glocal Travel & Tours, Encik Mohd Idzham Mohd Isa turut membuat kejutan dengan memberi tawaran diskaun sebanyak RM1000 dan RM500 kepada pengunjung bertuah. Nak tahu siapa antara yang bertuah itu, tengok gambar kat bawah ni :

TAHNIAH KEPADA SEMUA BAKAL JEMAAH UMRAH.

ehh, buddak ne pun menang jugak yer?..Diskaun RM500 dengarnya.


Untuk pengetahuan korang, Glocal Travel & Tours ne sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia malah kini Glocal  Travel & Tours mempunyai tiga cawangan iaitu di Kedah, Selangor & Sabah. Malah, yang lebih membanggakan Glocal Travel & Tours juga kini menghantar hampir 6000 kumpulan ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Tambahan pula, syarikat Glocal Travel & Tours mempunyai rekod baik dalam perkhidmatan mereka. Yela, Datuk Yahya dalam ucapan perasmian beliau turut mengingatkan bahawa individu yang ingin menunaikan umrah wajar memilih syarikat travel yang mempunyai rekod baik bagi mengelakkan mereka tertipu. Betul tak?..kan sekarang ne banyak kes-kes jemaah tersadai di lapangan terbang. So, untuk elakkan kejadiaan sedemikian daripada berlaku, kenapa tidak kita memilih syarikat yang mempunyai rekod baik seperti Glocal Travel & Tours.
antara pengunjung yang hadir dan mendaftar untuk pakej umrah pada hari tersebut. 

KENAPA KORANG KENA MEMILIH GLOCAL TRAVEL & TOURS sebagai agen umrah korang?
1. Glocal Travel mempunyai tiga cawangan di seluruh Malaysia : Kedah, Selangor & Sabah.
2. Terdapat dua pakej umrah yang ditawarkan iaitu Pakej 9 hari & Pakej 12 hari dengan harga yang berpatutan.
3. Turut menawarkan Badal Haji serendah RM 2200 malah turut diberikan Air Zam-zam, Tasbi, Sejadah, Minyak Wangi & Sijil Pelaksanaan Ibadah Haji.
4. Staff-staff yang mesra dalam melayani para Jemaah umrah.
5. Pakej lengkap dengan tiket, hotel, makan & minum, bagasi serta turut menjanjikan keselesaan kepada para Jemaah.

nak pakej umrah yang menarik daripada Glocal Travel & Tours
nanti Eca share dengan korang ya!

Jumpa di entry akan datang!


30 April 2017 | Royal Plaza, Putatan
Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours

{ 9 comments.. read them below or add one }

Mrs Pip Mrs Pip 03 May, 2017
Bestnya dpt dtg event ni ...
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 04 May, 2017
Alhamdulillah kak.rezeki dtg event.
ubai ismail ubai ismail 04 May, 2017
Bagus maklumat ni. orang pun dok cari pakej menarik untuk buat umrah kan.
:)

http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html
Precious Cla Precious Cla 04 May, 2017
Nice article ! I thought Glocal Travel & Tours s/b ni baru beroperasi rupanya dah ada 3 cawangan within Malaysia. Btw, untunglah yang menang lucky draw tu ^^ ;)
Asha Lya Asha Lya 04 May, 2017
Wahh rezki org tu tahniah eca
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 05 May, 2017
tu la.ndak disangka2 bah 3 cawangan suda kan?
Unni Anje Unni Anje 06 May, 2017
Wahhh daapt discount eca.. ada aura2 pi umrah da ni... tahniah..

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*