TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Amaran Taufan 'Nesat'

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

*Amaran bagi penduduk Sabah*

DARIPADA:PUSAT RAMALAN CUACA,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH:27 September 2011
Our Ref:JMM.RML06/599/46/Jld 13(13)
 
Nasihat Taufan
Di keluarkan pada  02:54PM 27 September 2011
Taufan "Nesat" (20W) dikesan berada di Latitud 16.6 Utara dan Longitud 120.3 Timur, kira-kira 232 km ke Utara-Barat Laut Manila, Filipina pada jam 2.00 petang, 27 September 2011. Taufan ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj.Taufan ini berada kira-kira 1142 km ke Utara-Timur Laut Kudat dan 1216 km Utara-Timur Laut Sandakan, Sabah.

sumber:MOSTI.

*doakan keselamatan I yang jauh dari keluarga ne ye.......

Hadiah Long Haffiz dah sampai.

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Hari tu,I kan ada join "Behind the Photo Contest" kelolan Long Haffiz.Tak menang pun 1st prize(even nak sangat beg Fossil tu).Tapi dapat gak hadiah.hehehe,tak sangka sungguh lah.....Gambar yang I pertandingkan dapat 30votes from you'll.So,tadi hadiah tu baru je sampai.jom kita tengok hadiahnya yer....



hadiah-hadiahnya:...Necktie & Fridge Magnet from London eu!.*sila jeles sikit*
ada gak kad raya dari encik Long Haffiz yang sudah kembali ke London tuk continue study beliau.errr,hadiah tu dua-dua I takleh nak pakai?!.err,nak buat apa neyh..nak bagi korang?!..japjap nak fikir.....rasanya tak kot..dua-dua simpan untuk masa depan :)Necktie tu akan diberi kepada bakal-suami.ceewahhh...SAVE bajet beli barang hantaran.FM tu pula,simpan untuk ICEBOX rumah sendiri,insyaallah.hehehehe.

eh,eh,kalau korang berkenan nak apa-apa barang from London,bolehlah jenguk blog Long Haffiz neyh.
*ne yang buat semangat nak join contest kalau asyik dapat hadiah*

Kenali Sabahat "Gunting dalam Lipatan" |Part 2|

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

.....continued

8.Ada masanya sahabat 'gunting dalam lipatan' akan beri kamu hadiah,akan tetapi hadiah tersebut bukanlah terlalu berharga.Namun,ianya berjaya membuatkan kamu menghargainya sehinggakan dapat menutup sedikit keburukannya.
9.Bijak menyorokkan semua keburukannya dan sering buat orang simpati dengannya melalui kisah sedihnya yang ditindas oleh sesetengah pihak.
10.Hidupnya selalu nampak macam tenang sahaja seperti tidak pernah punya musuh,tetapi bak kata pepatah 'air yang tenang jangan dianggap tiada buaya'.Kamu mungkin menjadi seorang daripadanya.
11.Bagi yang ada teman lelaki,biasanya ini adalah sasaran utama.Apabila kamu ada perselisihan faham dengan si dia,pasti si sahabat akan menjadi sukarela menjadi orang tengah untuk mendamaikan kamu dan teman lelaki,tetapi ingatlah mungkin beliau akan menyampaikan sesuatu yang berbeza kepada teman lelaki kamu.Silap-silap,sang kekasih kamu menjadi sang kekasihnya pula.
12.Si dia begitu mengambil berat tentang kamu serta setiap hari tidak pernah lupa untuk bertanya khabar.Tujuannya cuma satu iaitu untuk memastikan kamu akan terus mempercayai kebaikannya.
13.Beliau sering cuba untuk melaga-lagakan atau memburuk-burukkan kamu dengan teman yang lain tanpa sebarang sebab.
14.Membuat cerita yang tidak ada bukti yang sahih.(memfitnah sudah neyh!)
15.Tidak pernah mengaku kesilapan sendiri,tetapi sering melihat dan memperbesarkan kesilapan orang lain.

Cuba lihat ciri-ciri yang telah I senaraikan dientry ini dan entry terdahulu.Ada tak terdapat pada diri sahabat kamu?!.Kalau ada,silalah berhati-hati oke.Janganlah silap memilih kawan yang akan membinasakan kamu suatu hari nanti,takut akan memakan diri kamu sendiri.Sahabat sejati sukar dicari ibarat kata orang 'sahabat ketawa ramai,kala menangis semua hilang'.So,carilah yang sesuai oke?!.hikhikhik.

omelan eca:.
saya mungkin tak kaya,tak cantik,tak pandai.tapi saya pentingkan persahabatan.bukan kerana duit,bukan kerana rupa,bukan kerana kepandaian.Apa yang saya cari dalam persahabatan adalah perkongsian.Meraka yang sudi menjadi pendengar setia setiap omelan,selimut yang akan menenangkan hati,selipar yang akan membawa saya kemana sahaja,payung yang akan melindungi dari hujan dan panas,..dan paling penting sudi menerima saya seadanya.Kerana yang pasti,saya juga akan melakukan hal yang sama!.#kadang-kala,saya lupa untuk ucapkan "saya sayang kawan-kawan saya"...seperti kamu juga!

serius,saya tidak suka perangai kamu!.

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

*oke,ini entry serius.dan mungkin ada perkataan 18SX keatas.
jangan risau,I akan tapis segala perkataan yang tidak sesuai*

apa perasaan kamu,bila kamu sedang HAPPYily ever after takde terlibat dengan apa-apa event yang menuntut tanggungjawab kamu sepenuhnya dan kamu telah merancang satu *percutian* yang indah bersama si dia dan teman-teman rapat kamu,tetiba kamu dipanggil untuk satu TUGAS yang mungkin dipandang ringan oleh sesiapa sahaja namun sebenarnya TUGASAN itu agak berat?!...tak paam eh ayat berbelit tu,meh I simpulkan kepada kamu.......katakanlah,ditempat kerja/sekolah/kolej kamu,ada satu acara yang besar akan berlaku.dan kamu tidak tahu apa-apa mengenai perancangan acara itu.Dalam waktu yang sama,kamu sebenarnya telah merancang satu aktiviti bersama yang tersayang(family,friends,teman lelaki mungkin).Tetiba,kamu dipanggil untuk datang mesyuarat untuk kali yang .....dan kamu sebenarnya telah dipertanggungjawab untuk satu tugasan yang difikiran orang lain sebenarnya tidak penting...tapi sebenarnya tugasan itu merupakan satu yang amat penting.

TAK KE KORANG MARAH?!.SAKIT HATI?!.

bagi I,dalam apa jua acara yang kamu rancangkan....eloklah jika diadakan satu mesyuarat terlebih dahulu.Jangan main tangkap muat.In case,orang yang kamu pilih itu,ada tuntutan lain yang lebih penting.Tidakkah akan menyusahkan kamu untuk mencari pengganti lain dan sebenarnya ia boleh mencacatkan keseluruhan program.

Ya mungkin bagi sesetangah orang,kehadiran seseorang ajk yang mungkin dianggap tidak penting.Tapi sebenarnya ia bukan seperti itu.Setiap ahlijawatankuasa mahupun sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak,adalah VIP dalam menjayakan sesebuah program.

Dalam apa jua acara sekalipun,biar dari yang kecil sehingga la besar,setiap orang berhak menyuarakan pendapat mereka.Biarpun setiap insan berbeza pendapat,namun kita harus dengarkan pendapat mereka,barulah sesebuah program itu berjalan dengan lebih jayanya.

Seperti juga dalam masakan,tiada garam,takkan ada rasa masinnya.takde gula,tiada rasa manisnya.tiada cuka,tiada rasa masamnya.Macamlah hendak menjadikan satu resepi yang lebih beraneka,jika ramuannya tidak digauli samarata.Sama juga dalam menjayakan sesebuah acara,apa yang kita rasa tak penting,sebenarnya penting.Apa yang kita pandang ringan,itulah sebenarnya tugas paling berat.Seperti dalam kehidupan kita,kita mungkin melihat tugas seorang pengutip sampah itu hina,tapi tanpa mereka yang membanting tulang,kotorlah busuklah sesebuah tempat.

So,jangan pandang ringan pada apa-apa juga tugasan!.

eca cakap-cakap:.
saya bukan marah saya diberi tugasan sedemikian.Malahan saya suka,sebab saya tahu impaknya kepada saya,kepada hasil kerja saya dan lebih penting pada pandangan orang lain terhadap saya.Mungkin kamu melihat saya seperti suka lepas tangan ataupun suka bermain.tapi itulah saya.saya bukan seorang yang suka lepas tangan,saya tahu tugasan saya,apa yang perlu saya lakukan.saya akui,saya seorang yang suka bermain dan bergurau senda,tapi bagi saya,,,bila kita happy,kerja pun tak tension.Bila tak tension,semua orang enjoy dan puas hati.Paling penting,operasi sesuatu program berjalan dengan lancar secara jayanya!.

*kalau kamu ditempat saya,nak marah tak?!.hikhikhik

Kenali Sabahat "Gunting dalam Lipatan"

^_ASSALAMMUALAIKUM_^


'Rambut sama hitam,hati lain-lain'.Pepatah ini sering kita pegang dalam kehidupan seharian.Walaupun rambut sama-sama kaler hitam,tapi isi hati kita tidak pernah sama.Begitu juga dalam persahabatan.Biar berapa lama kita berkawan,mahupun berapa rapatnya kita dengan sahabat kita,betapa baiknya si dia dihadapan kita,tak mustahil si sahabat akan menjadi 'gunting dalam lipatan'.

Kebiasaanya,'si gunting dalam lipatan' ini adalah untuk melihat kalian jatuh mahupun mengambil kesempatan diatas kelemahan kamu.Selain itu,golongan ini juga mempunyai perasaan hasad dengki apabila kalian mendapat sesuatu yang tidak beliau miliki.

Golongan ini sukar dikenalpasti namun kita mungkin dapat melihat sifat dan ciri-ciri dimilikinya.Jom kita checkout.


1.Apabila kamu bercakap,si dia akan menyokong cakap kamu tanpa sebarang bantahan.Biarpun ada kalanya apa yang kamu katakan itu tidak rasional atau terlalu mengikut perasaan.

2.Tidak pernah menasihati kamu walaupun sudah jelas kamu melalukan tindakan yang salah.

3.Sentiasa mengajar kamu melakukan perkara yang salah seperti ditempat kerja,si dia mempengaruhi kamu menentang ketua kamu sedangkan dalam masa yang sama dia sendiri sentiasa berbaik-baik dengan ketua.

4.Ada masa-masanya,tindak tanduknya kamu dapat lihat seperti mahu mengenakan kamu.Inilah saatnya kamu perlu berhati-hati.

5.Bila ada rakan-rakan yang memberitahu kamu bahawa dibelakangmu si dia tidak habis-habis membuat cerita buruk tentang kamu.Sedangkan dihadapan kamu,'pijak semut' pun tak mati.

6.Mulutnya sentiasa manis dan bijak berkata-kata.Kamu sering dikatakan menjadi idolanya atau si dia amat mengagumi kamu kononnya apa saja yang kamu lakukan tidak pernah salah dihadapannya.

7.Kalau dari segi kata-kata si dia memang pandai mengambil hati,tetapi kalau soal wang si dia agak kedekut sedikit.Jarang-jarang sekali si dia mahu menghabiskan wangnya semata-mata mahu mengambil hati kamu.Sebabnya,mereka mengambil hati kamu menggunakan air liur,bukan wang ringgit.

bermimpi ketika tidur

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

orang tua-tua cakap,kita akan dapat mimpi bila tak basuh kaki sebelum tidur?.eh eh,betulke?.apa kaitan lak?.Ada pula yang cakap,semasa kita tidur,roh kita sebenarnya berada di satu alam yang lain,maka apa yang kita mimpikan itu ialah kehidupan roh kita di alam yang lain.Ada lagi teori lain,mimpi itu memberi kita petanda.

konpius deh!.entah yang mana betul yang mana tidak.Tapi ada lagi yang mengatakan kita sebenarnya akan terlupa apa yang kita mimpikan apabila terjaga dari tidur.Fakta ne I percaya,kita sebenarnya akan terlupa paling kurang 50% dari kejadian mimpi kita.

tadi pagi,I bermimpi.Bukan mimpi berada dikayangan oke?!.takde takde nak mimpi duduk dipelaminan,STUDY  tak habis lagi.SILA INGAT wahai eca dwinky asha (^.^).Mimpinya bermula macam neyh,..I tengah online,,,surfing internet.Macam biasa bila I online,laptop atas meja study I.Suasana sunyi je dikawasan rumah sewa neyh.Then,tetiba terdengar macam bunyi tingkap dibuka...ala macam bunyi orang nak pecah masuk,try-try-try buka tingkap dibuka dan ada gak bunyi macam orang tengah mengerudi dinding..Bunyi tu macam datang dari arah bilik I..eh eh,bilik kami(kan kongsi dengan 3orang lagi housemate I).Dijadikan cerita,I puwn pergilah tengok apa yang terjadi...tetiba,masa I nak masuk bilik tu,nampak macam cermin tingkap tu dah terbuka...dan.. I terJAGA dari tidur diikuti bunyi SMS masuk dengan irama lagu nyanyian Brandon T. Jackson & Jessica bertajuk "Baby You Know",dari filem Big Momma Like Father Like Son :D

Rupanya SMS dari Miss Jen...dan untuk pengetahuan korang,Vivaz I ne takkan berhenti 'menyanyi' selagi tak tekan apa-apa button.Thats why,I suka bila minta orang bangunkan I via SMS,takyah CALL,bazir kredit yawww(^-^).Nasib baiklah ada SMS tu yang buat I terjaga,kalau tak,mesti mimpi tu jadi panjang...maybe akan terjadi sebegini::...I nampak muka penceroboh tu dan nanti ada adegan bergelut-gelut dengan penceroboh,pastu,amik pisau,terterkam dia...ooo,tertertusuk kang dekat badan penceroboh tu.Tepon polis,panggil sekuriti apartment ne,...owh,sebelum itu,akan berteriak sehingga mengejutkan jirang tetangga yang sedang elok dibuai mimpi..hahaha,panjang melalut pula imaginasi I kan?!.

Apa-apapun,mimpi itu cuma mainan tidur.Apa yang penting bagi kita yang beragama Islam ini,sebelum tidur amalkan perkara ini:....

1) Ambil wudu'
2) Baca ayat kursi.
3) Baca Al-Fatihah
4) Baca doa tidur
5) Niat agar semuanya terpelihara.

Insyallah,tidur kita akan jadi lebih lena,takde gangguan.Jom kita amalkan yer (*-*)

*korang tahu tak,apa-apa tafsiran mimpi?.Selain mimpi dipatuk ular yang ertinya akan berkahwin tak lama lagi #eh,betul ke?!.nak mimpi tu lah..... XD

EA,a brand new drug


^_ASSALAMMUALAIKUM_^



hah?!.
nampak tak gambar tu?.Ada sesiapa tahu apakah itu?.hikhikhik.itulah Empires & Allies on Facebook.Game terbaru yang I main,setelah sekian lama meninggalkan dunia games FB.Dulu main FarmVille,tapi sesungguhnya I bukan petani FB yang berjaya!.Main Pet Society dan ianya juga sama,I bukan TUAN yang bagus sehingga membiarkan binatang comel peliharaan I berbau busuk.FishVille,Happy Aquarium,Happy Fish,Fish Society dan pelbagai games yang melibat IKAN juga I main,tapi IKAN-IKAN tersebut akhirnya MATI.So,apa kejadian dengan EA ini?!...taktahu lah.Sehingga 'si dia' puwn mengOFFERkan diri untuk bermain EA I..eh eh,ingat I tak pandai main,..memanglah tak pandai sebab baru mula main.tunggu nanti bila LEVEL dah naik!.tu pun baru main sehari da sampai LEVEL7 tau,hari ne naik level9 sebab lambat start.

main EA ne puwn sebab terpengaruh dari 'si dia' juga..eh eh,'si dia' saya ada diantara jiran-jiran EA tu."kat gambar tu,ada si dia",yang mana satu?!.tekalah sendiri XD.

korang pulak camna?!.mesti ada kan main GAMES dekat FB tu,ce ceta sikit.eh eh,lupa lak..jangan duk risau la FB interface berubah lagi,terima je lah...kan bagus juga ada status yang berjalan-jalan kat tepi tu,nampak gak,gambar pun jadi besar..."kalau gambar barang perhiasan kita UPLOAD dekat situ,tak ke semua nampak?.kelas ko yahhh!.."hikhikhik.dah berbelit-belit cerita I neyh kan.apa-apapun,sesapa yang main EA tu,bolehlah ADD I.search for Eca Dwinky Asha--> Add as friend-->Add Neighbour EA!.oke?!.

#ce komen sikit pasal games yang korang suka dekat ruangan komen,atau apa2x je games online yang BEST!.nak try lah..eh eh,ingat lagi Friendster?.dia da tak cam dulu,sekarang FS more to games.


Posisi Cinta Kamu



^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Semua insan boleh dan mudah untuk jatuh cinta sesama kita,namun tidak semua cinta dilafazkan benar-benar lahir dari hati yang penuh keikhlasan.Adakalanya cuma bersandiwara,ada yang melafazkannya kerana menghindar kesunyian.

Menurut seorang tokoh psikologi,John Alan Lee,cinta boleh dikategorikan kepada enam(6) jenis.Jom semak,posisi cinta kamu dan si dia...



Cinta Kilat.

Mencintai seseorang itu kerana tertarik pada rupa parasnya yang menawan/menarik dan sempurna serta mempunyai bentuk tubuh yang diidamkan oleh setiap orang di dunia ini.Cinta sebegini berlaku sepantas kilat tanpa kita sedari.Ohh ya,cinta pandang pertama tergolong dalam jenis cinta ini.



Cinta Mainan.

Mempermainkan perasaan pasangan untuk kesenangan dan kepentingan diri.Sama juga seperti mengambil kesempatan.Contohnya,seseorang memerlukan pasangan untuk tujuan suka-suka(mungkin kerana cemburukan teman-teman yang sudah berkapel) mahupun untuk hidup senang-lenang sahaja.Golongan player(playboy&playgirl) serta kaki kikis tergolong dalam cinta jenis ini.



Cinta Persahabatan.

Bermula dengan persahabatan sehingga timbulnya bibit-bibit cinta tanpa disedari.Perasaan yang menyenangkan antara dua pihak sehingga wujudnya persefahaman yang amat mendalam.Kedua-dua saling memerlukan antara satu sama lain lebih dari persahabatan.Dari rasa sayang sahabat,timbulnya perasaan kasih sayang serta cinta.



Cinta Logik.

Cinta wujud apabila seseorang merasakan akan mendapat keuntungan dan kelebihan dari pasangannya.Contohnya,kamu menerima si dia kerana si dia merupakan pelajar terbaik di sekolah.Secara tidak langsung kamu mendapat manfaat iaitu menjadi teman si dia dan kepopularitinya itu akan membuat kamu menjadi turut popular.



Cinta Mania.

Cinta kamu penuh posesif,cemburu serta manja berlebihan dengan pasangan.Kamu hanya inginkan si dia sahaja dan tidak mempedulikan orang lain disekeliling kamu dan si dia.Bagi kamu,cinta itu adalah satu tempat bergantung dan kamu memerlukan pasangan kamu sentiasa berada disisi dalam apa jua keadaan sekalipun.Falsafah kamu,"tidak boleh hidup tanpa si dia".-ek eleh,sebelum kenal si dia,boleh pula hidup kan?.



Cinta Buta.

Cinta yang sanggup berkorban apa sahaja tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada pasangannya.Paling penting ialah dapat bersama si dia yang tersayang hingga ke akhir hayat biarpun menderita seluruh hidup kamu.



eca cakap-cakap:..
cinta saya?!.mungkin cinta persahabatan,iya.Ianya seharus cinta persahabatan.Sebagaimana kisah bermula dari seorang sahabat sehingga wujud keserasian.Apapun yang terjadi,sahabat adalah segalanya.Mereka mampu merubah kita,mungkin ke jalan yang lurus atau sebaliknya.Maka,cinta persahabatan menjadi pilihan kerana,si dia bukan sahaja boleh menjadi kekasih setia malahan si dia juga sahabat terbaik."saya bangga ada awak sebagai kekasih untuk berkongsi perasaan ini,dan saya bangga ada pendengar,pengkritik,pengutuk seperti awak".Best apa bila kekasih kita juga sahabat kita... >,<"

yeah!..semester baru.





^_ASSALAMMUALAIKUM_^

*yeah!.da SENIOR dah!.lu jangan jeles.ne SENIOR sem 7,sila tabik hormat bila lalu XD.*

SENIORlah sangat!.hahaha.oke,taknak ngaku SENIOR,kang muka bajet comel ne dipanggil 'kakak' oleh sume junior,taknak eu!.Sekarang dah semester 7,means ada 3semester lagi  sebelum tamat study.Selepas semester ini,ada satu semester lagi before I pergi PRAKTIKAL diSEKOLAH.bakal-cikgu-english kena PRAKTIKAL diSEKOLAH bukan diMILIMEWA.hehehehe.

bila fikir pasal nak praktikal,takut sangat.Takut bila preformance ngajar didepan tak bagus.Takut student takpaam.Takut takdapat markah tinggi.ishhh,takut sangat tapi perasaan takut itu sebenarnya hanya pada Yang Maha Kuasa.Apa yang I fikirkan cuma panggilan syaitan je.takyah takut-takut,jalani je praktikal tu sebaik yang boleh.eh eh,lama lagilah!.

ne nak cerita pasal KELAS untuk semester ini.Sem ne,amik 4subjek MAJOR kesemuanya.Mula-mula tengok dekat VOISS,kelas cuma hari Rabu,Jumaat,Sabtu.Sekali tengok Jadual dekat Akademik Coordinator...demmm >,<"

Isnin...ELB4024|Morphology & Syntax 02.45pm-04.45pm
Rabu...ELB4014|An Introduction to Linguistic 12.30pm-02.30pm
Khamis..EPB4044|The Teaching and Appreciation of Literature 02.45pm-04.45pm
Sabtu...ELB4034Phonetics and Phonology..10.15am-12.15pm

tekanan la sikit tengok jadualnye ne...rehat selang sehari,takdapat balik kampung cuti lama.Adeeei,sengsara eh,tapi yang sengsara ne lah best,takde lah BORING sangat duk dekat RUMAH SEWA tue.Sekarang puwn,BORING takde wat pe.Nak gi tengok wayang,shopping ke takleh,kang BAJET nak PERGI BERCUTI  takde.camna?!.

apa-apapun,TAHNIAH dah semester 7 belajar dengan cemerlang dekat UNIRAZAK...hikhikhik.harapan buat semester ini,DEANLIST :D


teman lelaki |fakta 3|



^_ASSALAMMUALAIKUM_^


hanya lelaki yang cukup berani akan katakan ini:..

cinta mungkin akan meninggalkan hatimu bagaikan kepingan-kepingan kaca.tapi,ingatlah bahawa ada seseorang yang akan bersedia untuk mengubati lukamu dengan mengumpulkan kembali pecahan-pecahan kaca tersebut sehingga kamu akan menjadi kuat kembali.


eca cakap:"kadang-kadang hati ini lemah dan tak percaya cinta kerana ingatan dan kenangan masa lalu masih terpahat utuh.Pahit untuk menghapuskannya pergi kerana ianya juga kenangan terindah yang pernah hadir dalam hidup kita.Namun,kenangan lalu biarkanlah berlalu,jangan biarkan kesilapan berulang lagi."

*apasal jiwang semacam je neyh?!*


Pemenang GiveAway 24jam

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

oke,taknak cakap banyak.I nak umumkan pemenang GiveAway 24jam!.

and it goes to
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.mama rayyan comei.

sebab ENTRY beliau lain dari yang lain.
kan da cakap;..entry kena memikat hati Eca Dwinky Asha.
so,SORRY kepada yang tak berjaya ye.
tunggu GIVEAWAY akan datang,bila BAJET suda CUKUP.

kepada mama rayyan:.
sila-sila PM Eca dekat FB|Eca Dwinky Asha| ataupun email ke ecasha.89@gmail.com untuk urusan penerimaan hadiah kemenangan :D

Peserta GiveAway 24jam

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

officially,GIVEAWAY 24jam dah TUTUP!.
dan kita ada 7 peserta semuanya,
rasa macam nak bagi je mereka semua ne HADIAH.
TAPI,LARATkah menyiapkan hadiah-hadiah tu?!.

ini senarai peserta GA kali ini:.

1.IntanBerlian2.fieda3.mama rayyan comei4.fiezahkecik5.seputihsalju6.ieda7.yaya budak suka embun


seperti yang sedia maklum,hadiahnya ialah:..
Edit Blog+Banner+Header+ShoutboxFrame(AjakShoutbox) untuk 1pemenang.
So,tunggu pengumuman pemenang sebentar saja lagi. :D

GiveAway 24jam

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

*UPDATE!!!!!*

gila nak buat GA 24jam.hikhikhik.oke,disebabkan I agak FREE sepanjang minggu ini sebelum kuliah start NEXT WEEK,dengan baikhatinya...I anjurkan 

.GiveAway 24jam.
which HADIAH KEMENANGANnya ialah:.
EDIT BLOG+Header+Banner+ShoutboxFrame(AjakShoutbox) untuk 1pemenang.
*kalau ramai yang JOIN,akan dipertimbangkanlah kemudian yer*

cara mudah nak join:....
buat satu entry kat blog korang bertajuk :: "GiveAway 24jam"
Entry korang perlu memikat hati Eca Dwinky Asha yang comel neyh!.
letakkan banner ini didalam entry korang:...


*dalam entry korang tue....
nyatakan korang nak I edit blog korang camna.untuk header,banner tu sume..SILA SERTAKAN GAMBAR yer kalau nak.takyah I susah2 cari gi,dan bagilah 2 atau 3 gambar.*

next,I nak minta tolong(KALAU SUDI) LIKE kedua-dua CONTEST yang I sedang JOIN neyh.


komen dekat ruangan komen dientry ini,berserta LINK ENTRY kamu itu.
tarikh tutup: 20hb September 2011 | JAM 10.00 MALAM.
tarikh tutup diTUNDA--->
 21hb September 2011|Jam 10.00 PAGI.
*baru ngam 24jam,tamat esok.tamat malam ne baru 12jam,betul ke tidak?!.
inilah susahnya bila budak suka math terjun ke bidang bahasa.

*senarai nama pemenang boleh tengok dekat sidebar,kalau takde nama korang dekat situ,SILA INFORM melalui iShoutbox.
*bagi yang nak gunakan page giveaway mereka untuk join giveaway ini,nyatakan juga page blog yang nak diedit tu yerrr....sekian.berjumpa lagi jam11 nanti dengan keputusannya :D

Bro Ahmad Promote Blog

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Bro Ahmad tu sapa?.tak kenal,kita TERJAH blogger Bro Ahmad dekat www.triposen.com.SEOrang blogger yang sangat ingin membantu untuk Promo Blog kita.Caranya,melalui RSS Feed.

Tak tahu apa itu RSS Feed?!.Cuba tengok kat ruangan atas post ini.Tertulis disitu LATEST FROM ZAZA ZAFRAN....kita dapat lihat beberapa entry terbaru dari Puan Zaza.RSS Feed ini berfungsi untuk menampilkan beberapa entry terbaru sekaligus dapat memikat hati pengunjung lain untuk membaca entry dari others blogger yang ada RSS Feed dalam blog kita.Imbalannya,traffic kita akan bertambah.Dan tak hairan bila follower juga bertambah.[bestnya bila dapat tempat RSS Feed dekat blog Bro Ahmad,dapat juga tingkatkan pengunjung dalam blog ini].

Kalau dapat tempat RSS Feed dekat Blog Bro Ahmad ne memang bertuah,sebab beliau cuma nakkan 11 blog SAHAJA!.Dan RSS Feed kita akan dipromote selama seminggu secara bergilir-gilir.Macam best je kan?!.Apa kata kita jon dekat blog Bro Ahmad neyh: www.triposen.com.

nota kaki eca: Semoga mendapat tempat dekat blog Bro Ahmad even untuk seminggu :)

ANON datang blog,kau ada?!

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

ini alkisah anon datang blog.Bila bercakap mengenai anon,teringat lak,pelbagai kisah rakan-rakan blogger yang lain,ada yang dikritik hebat oleh anon sehingga mematahkan semangat untuk terus berblog...Syukur je la dah setahun lebih berblog ne,ada gak anon yang sudi DROP COMMENT.Nasib la tak kritik yang bukan-bukan.Tapi,kritikan inilah yang sebenarnya menaikkan semangat kita kan?.Betul ke tidak?...hikhikhik.

Ini kisah anon datang komen dekat blog I,tapi komen beliau ne,dekat ruangan SPAM.errrr >.<"
*tak publish lagi weiii,tapi nak bagi korang tengok hasil printscreen ok*

anon cakap:I would like to thnkx for your efforts you've set in composing this website. I'm hoping the same high-grade web site article from you in the upcoming as well. In fact your creative producing abilities has inspired me to obtain my own website now. Genuinely the running a blog is spreading its wings quickly. Your write up is really a great example of it

eca cakap: wow,speechless but thanks so much X_______X"






kenapa saya tak suka cuti panjang?!.

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

weiii,ko bodoh ke apa eca oi!..sapa yang tak suka cuti panjang..ce cakap sikit..manade?!.

opps,jap jap jap,itu luahan hati je!.ne nak cerita sikit,pasal cuti semester I yang dah berakhir baru je!.Esok eh eh,hari ini dan esok,semua SENIOR UNIRAZAK akan pulang ke kolej masing-masing dan REGISTER for OUR NEW SEMESTER...welcoming semester 7/Sept2011!.tak sangka dah 6semester dilalui dan kini bermulanya episod semester7.wahhhhh,,,dah SENIOR betul la tue!..ceh,tak suka sebenarnya..even orang kata SENIOR leh buli JUNIOR,tu takde dalam kamus hidup I oke?!.cuma tak suka la jadi seniors kat UNI sebab,dah rasa diri ini tua sangat >,<"

berbalik kepada tajuk utama kita,kenapa I tak suka cuti panjang?!.
sebabnya tak biasa cuti panjang  bila da mula study dekat UNIRAZAK.Cuma kali ini,dapat lak cuti panjang...even 6weeks sahaja!Sebelum ini,cuti kolej I dalam 3weeks,sebulan..tapi ne 6weeks!.So,tak biasa la...lagipun dekat rumah,asyik tengok TV,makan,minum,tidur,ONLINE...takde istilah gi kelas,takde istilah busy wat assignment,takde takde takde.TU yang buat I taknak cuti panjang.Tambahan pula,bila dekat rumah,takdenya nak pegang pen menulis apa-apa,so SKILL MENYALIN NOTA akan sedikit TERENCAT!.

Bila mula semester baru pula,terkapai-kapai la nak memperbaiki skill tu.nak perah otak ingat banyak fakta,nak kena belajar berjimat-cermat...yela,sebagai seorang pelajar yang tinggal menyewa rumah sendiri,banyak perbelanjaan diperlukan!.nak kena copy notes,print notes,print assignment,beli barang ruma,tengok wayang,topup phone...sume itu memerlukan $$$.so,kena berjimat..kalau dekat rumah parents,$$$ habis ke arah topup je =P

wahai subjek-subjek semester7;
sila berbuat baik kepada cik eca dwinky asha nombor matrix KK0970115,sila jangan bagi assignment susah-susah dan sila jangan nak bagi soalan exam yang payah-payah.simple itu INDAH :)

Kepada Pemandu Wanita,Sila Berhati-hati.

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

kisah ini I share dari lamanmukabuku@Facebook lah!.Untuk semua pemandu-pemandu wanita,lebih-lebih lagi yang sering memandu bersendirian dan diwaktu malam.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti
Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita.
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam..

Pesan Eca:..Pastikan kereta anda selamat sebelum memulakan perjalanan,bukan setakat keadaan luar kereta sahaja,dalam kereta pun kena check juga!.

#wa baru re-new lesen kereta yang dah mati sejak bulan 5 hari tu,hahaha..lambat tul nak renew kan?! 



teman lelaki |fakta 2|

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

.teman lelaki.


lelaki memang tak RETI pujuk perempuan.
tapi,bila bergaduh mereka akan mengalah dulu.

#fakta kadang-kadang tak betul sebab semua tu dari diri kita.
^____^


teman lelaki|fakta1|


^_ASSALAMMUALAIKUM_^



.teman lelaki.
mereka tidak suka bercakap mengenai bekas teman wanita mereka
dan mereka juga tidak suka mengambil tahu mengenai bekas teman lelaki kamu.

takde new entry \lah sangat/




^_ASSALAMMUALAIKUM_^

eh,ada tak yang rindu new entry?.takde,takpe,takkisah(merajuk).
sebenarnya,beberapa hari ne tak UPDATE sebab takde idea..no no no,jangan salah sangka yer.bukan pasal tu.Sebenarnya,I sedang sibuk menyiapkan tugasan edit blog seorang sahabat satu uni yang juga ex-housemate I.Kesian dekat dia,amik masa tul nak siapkan blog tu.Sorry yer.Bukan sengaja nak lambat-lambatkan.Antara sebab I lambat menyiapkan blog beliau....

# dik,nanti ko kemas rumah...bla bla bla.
# kak eca,apa erti perkataan...bla bla bla.
# dik,nanti masak....bla bla bla.
# dik,cuci kain....bla bla bla.
# ca,jaga dulu c nurul(a.k.a babychenta)....
# ca,tolong....bla bla bla.

see,tugasan sebagai surirumah tu banyak.bila nak buka je lappy,ada je tugasan.dan bila je free,ada je menghalang nak edit blog..faktor utama:kemalasan.\heeheehee/.So,hari ini,dah siap 95% edit blog beliau.
5% lagi?.sabar,coming soon.




*klik tuk TERJAH blog dia*

tu banner dia.I buat dalam bentuk animation.Header,Footer&shoutbox frame dia I buat juga.eh eh lupa lak,nama dia Leeya.Nama blog dia Kerajaan Hati Saya!.Background blog dia edhardy(sila google yer).Icon-icon yang I gunakan dalam blog dia [shoutboxclick,favicon,icon homeOlderNewer] sume I amik dari findicons.com.

takde mood nak tulis panjang-panjang sebab otak da penat.errhhh.BTW,adik bongsu I sedang menduduki UPSR,kita doakan beliau mendapat result yang gempak.Dia cakap nak lawan kakak dia ne...Dulu,kakak dia tu dapat 4A 1C..agak-agak dapat tak?!.Kalau dapat,kenalah I usaha kumpul duit tuk belikan beliau PSP.ngeeee...

nak minta korang LIKE kat sini,boleh tak?
Photogenic Style Contest|Contest Aidilfitri

nak edit blog korang?.
tengok dekat sini.|servis edit blog|.harga boleh runding.

alhamdullilah..result naik kali ini.

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

setelah semester Januari 2011 dihadapi dengan pelbagai kegagalan.
masalah cinta,masalah study,dan pelbagai masalah =.="
sehingga mengakibatkan kegagalan pada result yang TERUK sesangat!.
semester lalu,I bangkit kembali.
dan hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



CGPA(pointer keseluruhan) menjadi rahsia peribadi.
ini boleh dikategorikan DL kan?!.
.apapun result ne buat I tersenyum hari ini.

^______________^


kita LIKE ramai-ramai,boleh tak?

"nak duit raya boleh tak?"

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

sekali lagi I memerlukan khidmat mengeLIKE korang semua.Caranya mudah sahaja.

pertama:..
korang kena LIKE MamatFanPage >LIKE<

kedua:..
korang kena LIKE gambar Nurul Hasanah aka babychenta.>LIKE<

*ini gambarnya yang korang kena LIKE tue*

.segala jasa baik korang,I dahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH.

jap jap..korang tak rasa ke babychenta popular diblog ini.
"aiya..nak,ko kasi kalah kepopulariti mama ka neyh?"
+.+"

Majlis Perkahwinan Mohd Ridhwan & Elnie NurAthirah

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

hari Ahad (04.09.2011),bertempat di Dewan Kota Marudu,Sabah...jap jap,kenapa I rasa macam I tulis berita je neyh?!.watdehell tul.hahaha.oke,gini ceritanya.Hari Ahad tu,my cousin adakan majlis bersanding beliau.Nikah dah lama,bulan 5 tu,cuma baru je buat majlisnya.1st cousin I yang buat majlis sanding dekat DEWAN.sebabnya,sekali buat majlis dengan pihak perempuan.Lagipun, bini sepupu I tu saudara baru.Alhamdulillah :)

 
Pengantin tiba kat dewan tu jam2 petang.Turun je dari kereta pengantin yang dah dihias indah tu,pengantin kena buat pusingan pula,berapa kali pusing eh?..kalau tak silap I,3 kali pusing...camna pusing tu,ala cam orang India kahwen,tapi bukan depan unggun api yer dan pengantin kita ne diangkat,takde macam orang India kahwin tu.BTW,ini adat kot from my mother's side.Yela,cousin kita yang kahwin neyh..anak mama tua kita,anak kakak kepada mama kita.kira 1st cousin lah weiiii.




Then,bersanding kat pelamin.Pelamin tu pula,kakak kepada pengantin lelaki yang buat.Ala,I ada gitau kan dulu dekat entry ini|bajetkahwin|...yang cousin I wat pelamin tuk majlis kahwin.SUPERB hasilnya,harga boleh tanya beliau,jangan tanya I bai,I lum nak nikah lagi.

then,tukar lak baju lagi,dari baju kaler gold-ke kaler hijau-ke baju tradisional bajau-ke gaun merah & suits-ke baju kaler purple.eh,nasib takde PINK.kalau tak I jeles.Then,kat majlis tu,ada banyak aktiviti selain menyanyi je.So,takde la BOSAN sangat derrr....so much fun for all,from the younger to the adult guests.
*makan beradat..eh ke beradab,ntahlah...hikhikhik*
nampak hadiah dekat belakang tu?.itu untuk pemenang games yang diadakan & cabutan bertuah.

my mama,mohd ridhwan,elnie nurathirah,mama tua.

then,part romantik lak,,,bila encik pengantin lelaki (cousin I tu lah) nyanyi lagu buat pengantin perempuan.cehhh,tangkap jiwang lak.eh eh dia nyanyi lagu apa eh,jap I ingat..tak salah I,dia nyanyi lagu Bunga Angkasa....lirik dia camne "Indah sinar sang suria,merdu irama sang bayu.....".perghh,lagu feveret  tue.[bai,,lu kena HAFAL lagu ne!]...
*takde gambarlah.WTF tul dslr ne.hahaha*

Malam tu,before the ceremony end,kitaorang adakan acara menari..bermula dengan tarian Joget--> Manuk-manuk Lumbukun --> Sumazau --> Runsai --> and so on.I ada rakam,tapi untuk tontonan sendirian berhad SAHAJA yer.nanti-nanti I free I upload bagi tunjuk kat korang tarian tu camna.

so,memang BEST la majlis tu.Even buat kat dewan...kami enjoy.cuma encik dan puan pengantin nampak penat eh,,sebab kerusi kat pelamin  takde tempat menyandar.kesian mereka.tapi overall,majlis berjalan dengan sempurna.Alhamdullilah. :)

lepas ne giliran sapa lak?!..baru dapat kumpul ramai-ramai camne :))

ne yang malas nak kahwin ne....[huhu]

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

ingat nak kahwin senang ke?!.susah I cakap.....jangankan nak kahwin,nak sedia duit hantaran tu paling payah.Even sekarang ne nak buat LOAN bank punya la senang.Namun,tetap akan ada banyak perkara yang hendak dititiberatkan.
Antaranya nilai hantaran yang kini mengikut taraf pendidikan,contohnya penyataan dibawah ini:


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

*sumber FACEBOOK*
yang ini,status nilai untuk Semanjung Malaysia,tak tahu lah bagi Sabah/Sarawak.

Dah jadi macam satu trend pula kan,nilai hantaran perkahwinan mengikut status pelajaran.Ada yang cakap "macam jual anak pula"....tapi fikirkan kenapa parents bakal-isteri kamu minta macam tu.Pasti ada sebab disebaliknya,betul ke tidak?!...Perkahwinan suatu yang indah,apatah lagi bila direstui oleh ibubapa dan dimeriahkan kehadirannya oleh kaum keluarga.Tidak perlu majlis segah mana,kerana yang wajib itu nikahnya.

‎"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.." Bunyi macam senang? Ini ertinya:.."Aku tanggung dosa² si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dibuat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."

*renung-renungkan dan selamat beramal* 

cuti raya dah habis...cuti sem tinggal dua minggu lagi.


^_ASSALAMMUALAIKUM_^

cehhh,panjang gila tajuk entry tu.watdehel la sangatkan +.+"

keberadaan sekarang di ruang tamu ke-2,di depan TV LCD LG,menonton Dragon Ball yang ada 7biji kesemuanya.cehhh,apa kes I tengok DB?!.Adik I oke,,dia PONTENG hari ini.woit APEK,lu minggu depan nak UPSR,ada hati nak PONTENG-PONTENG.pastu,boleh REQUEST nak telur goreng dengan I.I puwn tengah tak berapa nak sihat neyh >,<".

eh eh,raya ada lagi beberapa minggu,SYAWAL tak habis lagi.tapi kakak & abang I dah balik ke tempat tinggal masing-masing.Sekarang pun,I dengan family yang lain dah balik Kudat,parents dah start keje balik.Adik-adik start belajar balik.I?!.cuti ada dua minggu lagi bai!..lepas tu,takkan ada cuti panjang macam ini sehingga TAHUN HADAPAN,diulang TAHUN HADAPAN oke.sekali lagi TAHUN HADAPAN.grrrrrr.So,sesapa nak datang SABAH hujung tahun ne,nak ajak I cuti-cuti,bolehlah CALLING2x...tak cam hari tu,masa Cik Azizah datang Sabah,tak dapat jumpa,sebab time tu I dekat kampung...sayangnyeee..takpe takpe,nanti DATANG LAGI cik akak oiii..hehehe.hujung tahun boleh tak?!.

hujung tahun neyh,ramai sedara-mara I nak kawen,dah tu kawen timing-timing my STUDY WEEK pula,camna  nak ATTEND neyh?!..ngeeee.bercakap pasal kawen,semalam abang sepupu I baru je melangsungkan majlis persandingan beliau dan isteri tercinta dekat Dewan Kota Marudu.[nanti I update entry basi k].Giliran I bila pula?!.hehehe,baii...lu kumpul duit banyak-banyak bai,cepat-cepat masuk minang,boleh tak?![oke,sumpah gedik.study tak habis lagi daa gatai nak kawen]..maaf,identiti si dia terpaksa dirahsiakan,takut dia lagi popular dops!.

oklah...nak masak dulu,dah tak puasa ne,rutin harian masak tengahhari kembali lagi.argggh,tak suka la!.


*wa lupa,ada orang buat tempahan edit blog,dari bulan pose ari tu tak siap lagi*