Assalammualaikum.

pecaya tak dengan rumah terbalik?!....tolong percaya..ianya berada di Malaysia.Lagi tepat berada di negeri Sabah Di Bawah Bayu...#.I'm SABAHAN,bagi yang tidak tahu.Banggalah dengan orang sabah neyh...sabah maju jaya yaw!.

Alexander Yee,pemilik rumah terbalik.


Yee,seorang pemilik firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong  membelanjakan hampir setengah juta ribu ringgit bagi membina rumah terbalik ini yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong,Tamparuli,Tuaran kira-kira 40 kilometer dari pekan tersebut.

Kata Yee lagi,rumah terbalik ini dibina dengan membawa maksud,"jika kita terus mengekplotasikan sumber semulajadi secara berterusan,lambat laun kita akan melihat dunia 'terbalik'(musnah).

Rumah terbalik ini dilengkapi dengan ruang tamu,bilik mandi,ruang makan dan dapur yang menampilkan ciri-ciri tradisional orang Sabah.Kesemua barangan seperti peti sejuk,meja makan,mesin jahit,perhiasan dalaman juga diletakkan secara terbalik.Termasuklah kereta kancil yang terdapat di halaman rumah tersebut.

ruang makan.

kancil yang terbalik.


Pembinaan rumah terbalik ini mengambil masa hampir 6 bulan bagi menyiapkan semuanya,termasuk bumbung,dinding,lantai yang membuatkannya tergantung.

Pengunjung boleh melawat rumah ini dengan kadar :
RM 18 bagi dewasa
RM 5 bagi kanak-kanak
RM 10 (pemegang MyKad-warganegara Malaysia)

untuk maklumat lanjut,anda boleh LIKE rumah terbalik ini di Facebook.|Like Rumah Terbalik-The Up Side Down in Borneo|


sumber: mstar|The Up Side Down in Borneo

eca teringin nak pergi dan ambil gambar disini,siapa boleh temankan dan belanja tiket masuk?.#hehehe.