TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tiada bekalan elektrik.

Assalammualaikum


Bermula jam 03.23pagi semalam,bekalan elektrik di hampir seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus dan mengakibatkan pelbagai masalah hari ini.

punca ketiadaan elektrik

Salah satu pepasangan 66kV di pencawang masuk utama Penampang mengalami kerosakan,justeru menyebabkan ketiadaan bekala elektrik pada hari ini.

Pengarah Urusan SESB,Ahmad Fuad Md Kasin berkata,'lebih 400,000 pengguna terputus bekalan eletrik ekoran daripada kejadian tersebut'.Lantas mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuah terpelantik dan memaksa pihak SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah.

Tambah beliau lagi,'bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula jam 06.40pagi tadi.Punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.

Ekoran dari kejadian luar jangka itu,pihak SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang terlibat.




:: eca cakap-cakap ::
eca tak tahu pun takde elektrik seharian ne.seriously!!!.Semalam tidur dekat pukul 02.++ pagi.Nak tidur awal,tidurku diganggu oleh dua ekor mamat yang minta ditemankan ke 7eleven dan pergi melantak diSubuh hari.Ala,tak jauh pun,kawasan apartment ne je...So,after makan-makan,balik rumah dan sedia beg tuk ke kolej pagi tadi.Bila dah dapat tilam yang empuk dan beberapa biji bantal disusuli dengan aircond yang amat sangat 'mendamaikan',langsung tidur dengan hati yang senang.Bangun pagi pula,seawal jam 07.38pagi,tapi tidur balik....bangun sekali lagi jam 09.10pagi,tidur balik..last-last bangun jam 10.10pagi..tu dia,dah lewat ke kuliah.Lantaklah...bangun dan terus mandi,bersiap dan pergi kuliah,sampai kelas jam 10.55pagi.express kan?!.hahahaha.Balik rumah,on FB...terus ternampak status dari kawan-kawan pasal takde elektrik.
macam tak percaya je takde elektrik dekat Sabah.Bila nampak macam-macam update,lagi la buat eca tergelak.Bukan apa,tu hah..yang rosak tu pencawang yang dekat Jalan Bundusan,Penampang ne kan.......tak jauh dari Sidma Collge (my uni),tak jauh dari apartment ne juga.tapi boleh pula kat sini,oke je kan?!...alhamdulillah,eca tak terasa pun yang takde elektrik ne.syukur.

so,korang yang terkena,sabar je lah.hehehe.kot-kot ada pampasan,bulan ne tak payah bayar elektrik..hahaha,amatlah mustahil.RUGI S.E.S.B macam tu.jadi,,,,bawak-bawak bersabar je lah k!.


p/s: korang mesti rasa eca ne jenis yang suka keluar malam kan?!.owhhh no!...kadang-kadang je keluar,itu pun dekat area-area apartment ne.Nak kuar jauh-jauh,tunggu cousin/abang eca yang bawa oke?!.SO,janganlah korang salah anggap...dan dua ekor mamat yang eca nyatakan diatas sana tu,memang my lepaking team which,PARENT dan FAMILY eca kenal juga!.heho...kan best bila kawan-kawan kita,family kita kenal?!.

BERSIH3.0,terdiam tak terkata!

Assalammualaikum.


cepat ngaku,hari SABTU 28 April 2012,siapa ada gi perhimpunan BERSIH tu?!...
ngaku jangan tak ngaku yer.
eca kelas hari sabtu tu,dari kul 10.30am -02.00pm.Tapi keluar awal,nak pergi hospital melawat Miss Rain with my family...terus stay one night disana.....

even,takde dekat Perhimpunan tu,tapi janganlah buat tak ambil tahu pula kan.
media itu ada,media ini ada.
yang tulis si anu bersalah ada,yang cakap si anu tak bersalah pun ada.
sampai naik pening kan?!.....hohoho.

tapi,dalam banyak-banyak video yang eca tengok,eca paling suka video ini ;;


amik ko makcik!!!!.
janganlah kurang ajar sangat..kita ne warganegara MALAYSIA,
yang kaya dengan sopan santunnya
yang kaya budi bahasanya
yang cantik tutur katanya.

kan kan,dah kena tegur oleh 'orang lain'.
tue la,bila nak menegur (atau lebih tepat lagi,memaki hamun),
jangan sesuka hati macam negara ne ko duduk seorang diri.
ok makcik?!..ne ko cakap engelish dgn omputeh,sekali tengok dia balas ko melayu!.
terdiam terus eh!.kelakar puwn ada.

so,moralnya disini,bahasa jiwa bangsa.eh eh?!.
moralnya,janganlah berlagak biadab dan buat macam negara ne negara ko sorang je.

Alhamdulillah,perhimpunan BERSIH 3.0 di Sabah tiada sebarang unsur-unsur pergaduhan.
eca bangga eca orang SABAH.yeah!!!.jom korang tengok perhimpunan BERSIH 3.0 di Sabah.


perhimpunan yang benar-benar BERSIH kot.
bangga dengan orang SABAH yawww.

yang tidak BERSIH di SABAH ialah...
Pendatang Tanpa Izin (pendatang haram) yang kini sudah ada 'rumah' dan 'tanah' sendiri disini.
Seriously,government kena ambil jalan yang berkesan untuk hantar balik mereka semua ne.
please be doing something!.kalau tak,mereka bakal jadi raja di negeri kita kan?!.


#agak-agak ada tak manifesto mana-mana parti politik yang sebut pasal,"menghantar pulang pendatang haram di sabah"..kalau ada,eca nak gi daftar undi dan undi mereka!!!.(nampak sangat eca tak daftar undi lagi kan?,hikhikhik)


Nurlizz Slimming,bantu tampil lebih cantik.

Assalammualaikum.


jom join My Little Giveaway yang akan berakhir esok.

Nurlizz Slimming,salah satu produk yang begitu berkesan untuk mengurangkan berat badan dan mendapat berat yang ideal bagi tubuh seseorang.Produk yang terhasil dari Teknologi Nano ini amatlah berkualiti.
Antara fungsi Nurlizz Slimming adalah :
  • Membakar lemak
  • Meningkatkan metabolism tubuh
  • Mengawal selera makan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Membekalkan oksigen
  • Membuangkan toksin dalam badan
  • Menstabilkan hormon
  • Membaikpulih struktur kulit agar lebih cantik,putih,menegang dan kelihatan lebih segar
  • Membantu meningkatkan tahao kesihatan dan kecergasan badan
  • Membaikpulih sistem tubuh dan punca segala masalah kesihatan serta obesiti.

Mengapa Nurlizz Slimming menjadi pilihan semua (baik LELAKI mahupun PEREMPUAN) ?
  • Merupakan produk pelansingan terhebat dan sihat tanpa perlu berlapar.
  • Penyelesaian terbaik bagi pelbagai masalah kegemukan (obesiti)
  • Membaikpulih tahap kesihatan
  • Tidak perlu kerap ke tandas
  • Mencantikkan kulit serta membersihkannya dari dalam
  • Hasil keberkesanan yang amat tinggi dan dan memuaskan hati pelanggan
  • Telah terbukti keberkesanannya tanpa perlu was-was dan ragu-ragu.


Nurlizz Slimming merupakan perniagaan sampingan buat seorang guru,isteri dan ibu.Mari kita TERJAH Adeq Rifqi OFFICIAL BLOG dengan tagline 'limpahan cetusan rasa bak buaian kenangan kehidupan'.




Pelbagai kisah dikongsi bersama dalam blog ini...Puan Normala Nasohah berkongsi kisah kehidupan seorang ibu sehingga kerjaya sebagai seorang guru serta businesswoman.Diselang-selikan dengan kisah customer-customer yang berjaya mengurangkan berat badan melalu Nurlizz Slimming...

cerita tentang Rifqi ---> Rifqi
nak petua cantik dari seorang guru ---> Petua Cantik
bila seorang guru buat tutorial,WAJIB BACA!!! ---> Tutorial
dan cerita Nurlizz Slimming ---> nak kurus,BACA ini!!!


dear Sis Mala,
thanks for the Brooch & keychain for the giveaway,really appreciate it.
and I wish you success with Nurlizz Slimming,
hopefully akan semakin meningkat penjualan dari masa ke semasa......

UPDATE!!!!
jom sertai GA ini ---->>> Thank You Cikgu!


My Little Giveaway akan melabuh tirainya menjelang 1 Mei,11.59pm.
Result akan diumumkan beberapa hari selepas itu.

Sir,,,kereta rosak bah!

Assalammualaikum

4 orang mahasiswa terlepas menduduki ujian semester..sebab lewat bangun..malam tadi mereka pigi masuk PUB..lalu mereka memberikan alasan yg lojik kepada pensyarah mereka agar diberi peluang untuk menduduki ujian tersebut keesokan harinya..

SISWA A : Sir..maaf sebab kami terlambat sampai untuk ambik tu ujian tadi..
SISWA B : Ya Sir..tadi kami naik Van yang sama bah..tapi tu tayar Van pecah..
SISWA C : Betul Sir..kesian sama tu dirver Van..kami tolong la tukar tu tayar Van
SISWA D : So Sir..kami minta pertimbangan untuk ambik tu ujian bisuk pagi..buli ka?

Pensyarah : Bah..buli la..tapi bisuk tu soalan ujian ndak sama mcm ujian hari ini ar..
SISWA (Serentak) : Ok Sir! Terima Kasih!

Keesokkan harinya....
Pensyarah : Ok..ini kertas ujian..cuma ada 2 soalan sahaja..SOALAN PERTAMA 10% nilai markah dia..tapi SUBJEKTIF...SOALAN KEDUA 90% nilai markah dia dan berbentuk OBJEKTIF..tapi syarat dia kamu kena duduk lain2 kelas.. sebab nanti kamu meniru..

SISWA : Boleh Sir..tiada hal tu..(dalam hati mereka..ala cuma 2 soalan..lepas tu SOALAN KEDUA OBJEKTIF pula tu..ndak susah)

SOALAN PERTAMA (10% markah)..semua Siswa dapat jawap..sekali SOALAN KEDUA (90% markah)..mau jawab semua mau menangis..sebab SOALAN KEDUA berbunyi..

"SEMASA KAMU NAIK VAN KELMARIN..TAYAR SEBELAH MANAKAH YANG PECAH?"

A. Kanan Depan
B. Kiri Depan
C. Kanan Belakang
D. Kiri Belakang

sumber : Sabahan Troll

:: eca cakap-cakap ::
tak baik menipu dan tak baik lambatkan ambil ujian tu.tak pasal-pasal kena potong markah.
next,tak dapat capai DL diakhir semester.hehehe :)
belajar bahasa sabah kejap :
pigi = pergi
buli = boleh
bisuk = esok
ndak = tidak

buli ka kalau eca ndak pigi kelas hari ne?!.
hikhikhik.

Penaja Contest Blogger & Forum CariCyber.com diperlukan

Assalammualaikum.



Penaja untuk Contest Blogger & Forum CariCyber.com amat diperlukan dan setiap tajaan anda akan mendapat pulangan yang setimpal dari pihak penganjur.tak percaya akan pulangan buat anda?!.mari baca apa yang bakal kami berikan.......#jengjengjeng.

Penaja Contest Blogger & Forum CariCyber.com akan perolehi ;;


Ciri-ciri blog reviewer #ehem,blog kitteww leww teww...<--ayatgediksnakmakanpenamparagaknya!
  • Google pagerank : PR1
  • Alexa Rank : 6,545 (MY)
  • Aktif
  • Lebih 1000 Followers (terima kasih yang sudi FOLLOW)
  • Organic Traffic & Referral Traffic yang tinggi 


Cara-cara untuk menjadi penaja :
  • Emelkan kepada penganjur [admin@caricyber.com] butiran berikut;
  • Tajuk : Penaja Contest Forum CariCyber.com
  • Nama :
  • Nama Syarikat/Perniagaan :
  • Barang Tajaan :
  • Nilai Tajaan (RM) :
  • URL Website/Blog : 



So,BERMINAT tak untuk menaja Contest Blogger & Forum CariCyber.com ne?!.Jangan malu jangan segan,segala pertanyaan dari kamu,kami akan jawab dengan segera!!!!!.

Jemput baca REVIEW PENAJA-PENAJA My Little Giveaway eca pula.Klik SINI!

#jeling kejap dekat penjuru sebelah kiri blog ne..ye yang kat penjuru kiri tu,comel tak banner pink tu?!.cuba tekan sikit!.

Azza Life Story,vector murah ada diSINI

Assalammualaikum.



ada masa lagi untuk sertai My Little Giveaway dan menangi hadiah-hadiah yang menarik!.
penaja kali ini akan berikan anda VECTOR secara percuma.hanya untuk 3 pemenang SAHAJA.



Nur Azzah Umairah Binti Rasid,berusia 18tahun (02 Oktober nanti),lepasan SPM lah kiranya.
Berasala dari Tawau dan kini menetap di Sandakan,Sabah....eh eh,satu negeri pula neyh.
tapi dari tempat eca nak pergi Sandakan,jauh jugalah!.

Seorang blogger yang bergiat aktif dalam mengambil tempahan memvectorkan gambar.Amat menyukai matapelajaran math dan suka mengambil gambar.jom jom baca Tips Belajar Math dari sis Azza ne.konfirm selepas ini korang akan lebih mudah memahami pelajaran tersebut.


*klik untuk maklumat lanjut*

Tempahan Vector memang murah dan korang boleh dapatkan dalam bentuk tranparent (.png) mahupun vector + background mengikut permintaan.Boleh juga vector gambar couple.(sweet je gambar couple divectorkan.#dreaming of something!!!!)

jom survey harga tempahan doodle pula ;;
1 Single Vector = RM 3
2 Single Vector = RM 5
1 Double/Couple Vector = RM 4
1 Double/Couple Vector + Background = RM 5
1 Single Vector + Background = RM 4
1 Single Vector + Header berVector = RM 5
Header BerVector = RM 3


pembayaran boleh dilakukan melalui Topup/Transfer Digi/Celcom

dan BERITA BAIK UNTUK KORANG..
Azza Life Story(Blog Biru Langit) sedang menganjurkan Vector GIveaway
#suka BANNER neyh,sapa dapat TEKA,eca belanja COKLAT.

So,nak tahu apa syarat-syaratnya...JOM TERJAH VECTOR GIVEAWAY!!!


dear sis Azza ;;
thanks for sponsoring and thanks for the  NICE VECTOR of myself.
(vector boleh tengok kat bahagian 'cikguru eca' ditepi neyh --->)
I wish u be more succes in life..all the happiness with you.
congrats for your SPM result and yes,hopefully,you'll achieve your dream.


jom cepat-cepat sertai My Little Giveaway!!!!.

WW #89 |Failure|

Assalammualaikum.



memikirkan sesuatu tanpa mengambil sebarang tindakan,adalah perbuatan sia-sia.
demikian,berbuat sesuatu tanpa berfikir juga adalah sia-sia.



WW #88 |Weekend in college|

Assalammualaikum.



salah tu,weekend=shopping,cinema etc.


WW #87 | Tersadung |

Assalammualaikum.




with troll.jpg cakap 'grrrrrrrrrrrrrrrr'.
selalu macam ne kan?!.huhuhu

WW #86 |Lamaran|

Assalammualaikum.


ehem ehem.
awak,tunggu kita banyak duit yer >,<"

Tagged Time #again.

Assalammualaikum.

eca dapat tag lagi...11 Tag Question.Actually,dulu pun pena gak dapat...jom baca kat sini -> Tagged and Tagging...Kali ini,eca telah di TAG oleh saudara Zhaff One.Jom Baca Rules dulu :

#1.Tak boleh TAG orang yang sama.
#2.Letakkan semua syarat dalam entri.
#3.Pastikan mereka tahu mereka di TAG.
#4.Ceritakan 11 perkara tentang anda di dalam entri.
#5.Jawab semua soalan yang diberikan oleh orang yang TAG anda dan berikan 11 soalan kepada orang yang anda TAG.

jom baca 11 perkara yang korang mungkin tak pernah tahu tentang eca ;;

#1. umur dah 23 tahun pada 17 Januari 2012.
#2. masih single dan tengah crushing dekat someone.(wahh,bertuahnya dia tue)
#3. sedang menuntut dalam semester 8,Bachelor of Education (Language and Literature),Universiti Tun Abdul Razak (Sabah).
#4. tulen Bajau (Bumiputera Sabah) tapi tak reti sangat cakap Bajau tapi faham.
#5.  eca boleh main SMS without tengok keypad.[hp nokia itam putih tu je lah]
#6. hanya boleh nyanyi dengan baik,betul dan sempurna lagu Rossa[Wanita yang kau Pilih &
      Aku Bukan Untukmu]...lepakingteam pun tahu yang eca hanya suka dan boleh nyanyi dua lagu tu je.
#7. eca taksuka dengar lagu kpop tapi suka lah juga tengok korean drama.
#8. eca ada tahi lalat dekat bibir atas belah kiri.#apa erti tu?.
#9. eca suka gigit/hisap ibujari kalau tengah berkhayal.hahaha.buruk betul perangaikan?!.
#10. eca suka cakap 'babi punya babi' bila main Angry Bird.tension gila main angry bird ne.
#11. eca tak suka lelaki yang pegang handbag awek dia kat shopping complex.kalau suami pegangkan handbag isteri,si isteri pegang anak dorang...itu SWEET :)

soalan yang eca dapat dari Zhaff One ;;
1)APA PERASAAN KORANG APABILA MENDAPAT RESULT GEMPAK DALAM EXAM?
eca jawab :: Semestinya eca happy.Result yang gempak tu menandakan betapa kita dah berusaha bersungguh-sungguh  dalam proses pembelajaran (",) 
   
2)APA YANG KORANG LAKUKAN APABILA TIDAK DAPAT TIDUR MALAM?
eca jawab :: Bila tak dapat tidur malam,eca akan on lappy balik,dan start mendesign apa-apa je.Tapi sekarang eca ada satu cara tuk tidur cepat pada waktu malam,..minum milo,SMS kejap dan diakhiri dengan "nyte,assalammualaikum".konfirm cepat tidur...kadang-kadang nak tambah juga tulis,"saya sayang awak",tapi wa malu >,<"

3)PERKARA KEBIASAAN YANG KORANG BUAT BILA DAH PUTUS DENGAN BF/GF?
eca jawab :: bila putus dengan BF,eca suka mengadu dekat BESTFRIEND eca sambil cakap,"takpe lah,bukan jodoh"...wahh,tipu jer!.hahaha.eca suka maki-hamun ex-ex-ex-BF.biar puas.tapi kejap je puwn,lepas dah tenang eca akan SMS dorg balik,"kita masih boleh berkawan kan?". <--baik hati pula!.haha.

4)MAKANAN KESUKAAN KORANG YANG PELIK?
eca jawab :: pelik?.jap yer,eca fikir dulu apa yang pelik ~.~".Maybe biskut mayat disapu dengan jem coklat kot!.tak pelik puwn kan?!...grrr.So,sebenarnya eca suka makan makanan yang biasa-biasa je.

5)KALAU TIADA TEMPAT UNTUK BUANG AIR BESAR MISALNYA KORANG BERADA DI DALAM HUTAN DAN TEMPAT TU TAK DA AIR..APA YANG AKAN KORANG LAKUKAN??
eca jawab :: muahahaha,kalau tempat tu takde air,kita boleh guna daun kan?!.So,gali lubang,berak,lap guna daun sehingga bersih, buang daun tuk tutup tahi tu  dan tutup lubang tu balik.Kalau ada KAIN,leh guna kain kan?.hikhikhik.KALAUlah,ALHAMDULILLAH selama ne takde pula perut meragam kalau masuk hutan ke apa.Kalau korang tahan dari membuang,takut pula nanti 'benda' tu mencair dan menyebabkan korang bakal-terbersss-dalam-seluar!.

6)APABILA KORANG TAHU KORANG TELAH MENDAPAT DURIAN RUNTUH,APAKAH REAKSI KORANG SELEPAS ITU?
eca jawab :: reaksi eca mesti camne --> "arhhhhhh?!...betul betul betul neyh????"...dalam masa yang sama,"Alhamdulillah,rezeki tue".

7) BUKU KESUKAAN KORANG YANG GEMAR DIBACA BERULANG KALI?
eca jawab :: buku?...eca suka baca buku bank eca!.muahahaha.betapa susahnya cari duit dan akhirnya duit itu pula hilang begitu.sedih tau korang!!!. ...then,eca suka baca novel bertajuk,"Andai Itu Takdirnya".baca 15juta kali,15juta kali tu juga la nangis-nangis. TT________TT" demm~

8)MASAKAN YANG KORANG PALING TAK SUKA MAKAN?
eca jawab :: masakan yang tak sedap.konfirm tak makan.and please,jangan OFFER eca bubur kacang oke?!.

9)APABILA LAPTOP KORANG HANG BERKALI-KALI,APAKAH TINDAKAN YANG KORANG AKAN LAKUKAN?
eca jawab :: buat tak tahu,lepas tu SHUT DOWN dengan segera...p tidur >,<

10)APABILA KORANG BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG TENGAH HISTERIA,APAKAH TINDAKAN KORANG?
eca jawab :: melarikan diri sebab takut diapa-apakan.orang HISTERIA kita tak boleh ramal apa yang bakal dia lakukan..Sambil-sambil tu,baca ayat kursi.

11)BERAPA BANYAK KOLEKSI GAMBAR KORANG YANG DI 'SNAP' SENDIRI?
eca jawab :: sejak ada HP SE yang pertama dihadiahkan oleh kaklong,suka SNAP gambar sendiri.hehehe.agak-agak dalam 15album kot XD

12)ADAKAH KORANG TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG SUKA 'SS'??(SS -> SYOK SENDIRI)
eca cakap :: tipu ne,soalan sepatutnya 11 je.so,eca taknak jawab ne.hahahaha. (",)

11 soalan untuk mangsa TAG.
#1. Benda pertama korang akan buat selepas bangun dari tidur?
#2. Bila nampak PETI AIS,apa yang terdapat dalam fikiran korang?.
#3. Kenapa perempuan suka warna PINK?
#4. Pendapat korang mengenai lelaki yang suka warna PINK?
#5. Korang rasa siapa HANDSOME,ayah korang ke suami korang ke BF korang?.
#6. Pendapat korang bila pelajar  berkahwin semasa masih belajar?
#7. Pendapat korang bila masuk blog Cerita Dari Hati,blog eca ne lah!.hehe
#8. Korang rasa eca ne maca mana orangnya....
#9. Ayat pertama yang korang akan ucapkan bila jumpa eca untuk pertama kali.
#10. Kalau korang dapat duuit sebanyak RM100,korang nak buat apa?
#11. Korang sedar tak apa yang korang SEDANG BUAT neyh?.heho XD




so,jawab yer TAG ini.hehohe.
terima kasih ^_^

Finalist My Pinky Moment

Assalammualaikum.


My Pinky Moment,pencarian duta kaler PINK!!.wakakakaka.tak sangka-sangka akhirnya gambar yang dipertaruhkan tersenarai antara Finalist My Pinky Moment.

jap jap,refresh balik ingatan korang tu.....baca entry PINK di sini...dan gambar yang dipertaruhkan ialah :


babychenta,last raya 2011.
umur masa ne, 6bulan ++ rasanya.Sekarang dah setahun 2bulan ++.
tapi badan dia maintan kecil macam tu je.hikhikhik.

erhhh,rindu dengan anak sedara eca ne.Insyaallah Sabtu/Ahad ne nak shopping shopping beli barang for practical use with kaklong and her family.yeehaa ^-^


ohyeahhh.Alhamdulillah...tersenarai juga antara 23 Finalist My Pinky Moment.
Finalist ke-20 : Besar Nanti Nak Jadi Blogger. (macam mama eca lewwtewww)
bersaing dengan gambar-gambar penyertaan yang agak AWESOME juga tue.
rasa macam gambar ne,macam tak layak je =.="
takpe,tak menang pun takpe..dah masuk FINAL tu bersyukur jugalah..berkat usaha meminta LIKE dari korang semua la tu.

jap jap,nak buat persediaan 'speech' JIKA eca dan babychenta menang ;;
"terima kasih buat semua datuk-datuk,nenek-nenek,pakcik-makcik,abang kacak,kakak cantik,adik manis kerana kesudian anda LIKE gambar babychenta.Ucapan khas ditujukan buat Mr Kens~ atas hasil kerja bersama photoshop dan photoscape sehingga terhasilnya gambar yang superperasancun ini.Tahniah kepada diri sendiri kerana menunjukkan kebolehan mengambil gambar.Terima kasih kepada kesayangan,babychenta sebab sentiasa jadi model free buat mama.terima kasih semua....ouchhh,touching sungguh menang neyh.terima kasih semua,jasa korang takkan dilupakan sampai bila-bila...please ingatkan eca kalau eca lupa...terima kasihhh~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~dan tidak lupa kepada blogger eyriqazz dan madammondoq atas contest ini."
*kesat peluh jap*...SAMBUNG;;

"terima kasih kami juga buat blogger _____,blogger ______,blogger ______,blogger ______,blogger_____ dan bla bla bla atas kesudian LIKE gambar ini.Selain itu,ucapan terima kasih kami juga buat semua pekerja canon,photoshop,photoscape atas bantuan membina dslr,software-software edit gambar bagi menaikkan lagi kecantikkan gambar tersebut.Tidak dilupa,tukang jahit baju pink yang cantik dan comel.Peminat-peminat pink serta pencinta-pencinta pink.Ohyeahhh,juga kepada penyanyi Pink."

*macam melampau pula speech macam ne kan?!hahaha*


kalau menang,alhamdulillah.tak menang,bukan rezeki kan kan kan.Rasa rendah diri sesangat.Tambah-tambah bila bersaing dengan gambar Mat Jambu ne.[serius,my VOTE for him!.muahaha]

Greennnpanda Craft,dapatkan hasil craft kesukaan anda!

Assalammualaikum.


ada seminggu sebelum eca tamatkan My Little Giveaway,cepat JOIN!.

Mari kita berkenalan dengan penaja giveaway seterusnya yang bakal berikan korang hadiah berupa Felt Craft(HP Strap) yang comel dan menarik!!!!.


klik SINI untuk ke blogshop ini

Greennnpanda Craft adalah milik seorang blogger iaitu akak Nisa Azman.Blogshop ini merupakan perniagaan sampingan serta hobi beliau...Jom kita skodeng kejap hasil craft yang pernah beliau lakukan :


bunny,bear,cupcake,star keychain/HP Strap


bantal pengantin

comel dan cantik kan?!
eca paling berkenan dengan Angry Bird tu.hehehe!
ada cerita disebalik angry bird.
(tengok gambar Angry Bird diheader Greennnpanda Craft)

selain Greennnpanda Craft,Nisa juga ada sebuah blog personal iaitu, Greennn Inspiration.
Blog personal ne adalah dalam bahasa inggeris yang amat mudah difahami oleh semua.


klik SINI kalau nak melawat.

So,kalau korang nak memperbanyakkan bahan bacaan berbahasa inggeris,eca memang akan cadanagkan korang melawat blog Greennn Inspiration neyh.Bahasa yang mudah dan pengunaan ayat yang gramatis.Kak Nisa ne amik course Bachelor of Linguistic and Literature di UM (tak silap eca!).Subjek pun lebih kurang je dengan eca,tapi eca ambil Bachelor of Education (major in Language and Literature).


eh eh,ne bukan Sis Nisa oke?!..this is her little daughter.
Hannah is 3 years-old already.
"Happy Birthday,Hannah"
May you will be a great girl in the world,success in life,becoming the inspirational woman,
and enjoy the life sweetie :)

muka sis Nisa kalau korang nak tengok,jom terjah cepat Blog Greennn Inspiration dan Greennnpanda Craft.

dear Sis Nisa,
thanks for sponsoring My Little Giveaway.
May you'll achieve more in your life...may all the happiness is with you and your family.
May you will be a great businesswoman,may all the best for you.

p/s :: My Little Giveaway nak tamat next week,or maybe akan dilanjutkan seminggu lagi.Segalanya dalam pertimbangan >,<".Jemput JOIN semua :)
p/s :: lupa nak cakap,blog Greennnpanda Craft,eca yang edit.hehehehe.tapi sorry korang,tempahan ditutup sehingga habis Final Exam.(akhir bulan Mei baru buka balik!)

Miss Librarian,Blog sebagai Medium Dakwah.

Assalammualaikum.

Masih ada masa lagi join My Little Giveaway yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.

jom kita baca REVIEW penaja seterusnya yang bakal berikan sebulan sewa tapak iklan untuk dua pemenang..wah untunglah korang yang bakal menang tue....confirm lepas ne traffic mencanak naik dari blog penaja.



siapa beliau?!.
seorang isteri kepada seorang doktor.


sama padan,sama cantik.
Semoga kekal ke akhir hayat.


bila masuk blog beliau,eca suka dengan cara penulisan yang simple namun berkesan.
Apatah lagi,bila menyentuh tentang hal agama.Maka,tak salah eca katakan sis Maera menjadikan blog beliau sebagai satu medium dakwah.Banyak entry berkenaan agama,yang boleh kita jadikan panduan bersama.

cuba baca entry-entry yang eca maksudkan ;; Artikel Nasihat

selain itu.bagi B2B (bride to be) eca 100% sarankan untuk baca mengenai pelbagai persiapan perkahwinan dari sis Maera.Dari gubahan hantaran,idea-idea menarik dan bermacam-macam lagi,jom cek out juga dalam ruangan D.I.Y dan Tuto Wed.


Bagi kamu yang mementingkan kecantikan,singgah juga dalam ruangan 'Beauty' untuk dapatkan tips-tips menarik agar tampil lebih cantik.Antara yang dikongsi bersama ialah :

dan tak kurang entry kesihatan --> petua kurangkan sengugut
cek out entry-entry lain di ruangan Beauty

dan untuk pengetahuan korang semua,Sis Maera juga ada Blogshop KHAS untuk muslimah.
klik SINI untuk ke Adra Qysara

Antara yang dijual di blogshop tersebut ialah :

"your dignity is priority",suka ayat neyh!.

for Sis Maera,
thanks sebab jadi penaja My Little Giveaway eca yang serba kekurangan ne.
harapan eca,semoga Sis Maera sentiasa dimurahkan rezeki pula.

Jom Terjah secara beramai-ramai ke blog beliau yer.
jom jom! 

p/s :: agaknya sapa la yang akan menang My Little Giveaway ne eh?!..ada beberapa minggu je lagi :) 

Panadol memudaratkan kesihatan.

Assalammualaikum.



sebelum ne,eca ada tulis entry mengenai Makanan Segera,tak elok untuk kesihatan tapi....... ,dah baca dan sambung bacaan lanjut tu tak?!...bahaya kan,so mari kita elakkan makanan segera dalam almari makanan kita.Kali ini,eca nak kongsi pula mengenai Panadol yang memudaratkan kesihatan kita.ye panadol kawan-kawan,tapi ne panadol  actifast/soluble yang korang boleh perolehi di mana-mana kedai.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

sumber : facebook.

dah paham kan mengapa kita tidak digalakkan mengambil panadol ne.Bila rasa sakit kepala ataupun sengal-sengal badan,maka berehatlah.Sebabnya,kita kadang-kadang tak cukup tidur atau pergi bersenam agar peluh keluar (toksik-toksik) keluar dari badan kita.

eca sendiri amalkan meminum minuman isotonik ketika demam ataupun kurang rehat.Alhamdulillah,berkesan....untuk rendaman kaki di air suam tu,tak pernah pula cuba sendiri di rumah.Tapi kalau rendam air di kolam air panas Poring tu..pernah beberapa kali mencuba.Lepas rendam kaki,rasa macam ringan sikit.Bapa,mama dan adik-adik eca pun rendam kaki kat situ gak.memang BEST!

apek yang kelihatan agak selesa,walaupun eca rasa air tu PANAS sangat!.grrr ^.^


Metered Earning,Terima Kasih Nuffnang

Assalammualaikum.



setelah sebulan bertapak,akhirnya Universiti of London-International Programmes dah jadi Metered Earning.sebulan tu alhamdulillah,adalah sikit masuk ke dalam earning nuffnang.syukur-syukur.Ini juga menjadikan jumlah BE yang dah jadi ME bagi blog Cerita Dari Hati adalah sebanyak 8 iklan.



dah 8 BE sejak Ogos tahun lalu.
alhamdulillah,dan BE Uni of London ne merupakan BE yang paling lama serta paling tinggi jumlah terkumpul.
(>___________________<)
ingat nak cashout dah,tapi tunggu dua hari sampai earning-earning dalam minggu ne masuk hari Ahad/Isnin.
then,biarkan nuffnang kosong dan pengembaraan bermula sekali lagi.


a long journey with blog,with nuffnang,with all my dearest family and friends.
after a year,nak cashout buat kali PERTAMA!.
#wtf!!.baru 1st time cashout dah kecoh.

eh eh,blog aku.sila lah jangan jeles.




Kemenangan dengan blog

Assalammualaikum.

Dengan blog je dah boleh menang macam-macam.Caranya mudah je,buat entry-submit entry sebagai tanda penyertaan-tunggu keputusan.Kalau menang rezeki,alhamdulillah.Kalau tak menang,cuba lagi!.

eca bukan lah rajin sangat nak JOIN giveaway atau contest mahupun segmen ne.Ada masa FREE,eca join.Takde masa FREE,eca hold dulu.Kot-kot masih ada waktu sebelum contest TUTUP kan?!.hikhikhik.

tapi,baru-baru ne ada 2 kemenangan eca perolehi dan dapat hadiah saguhati lagi...muahaha.

Mula-mula dapat hadiah saguhati ---> IntaNBerliaN's First Giveaway
menang saguhati je puwn....sebagai tanda penyertaan,dapatlah satu HP Strap.

dan dapat brooch comel dari Kak Ina.#sayang lebih kalau macam ne!.hehehe.

Seterusnya,menang pula disini ---> Contest "LIKE DAN FOLLOW" - Gallery aNNA-JuEaNNa.
hadiahnya berupa photomagnet.muahaha,comel-comel photomagnet tu.
nanti dah ada rumahtangga sendiri,bolehlah letak photomagnet ne di peti ais.

ohye,anda juga boleh dapatkan photomagnet dengan gambar sendiri di Gallery Anna-Jueanna.
ada harga promosi tau!!.so,kalau berkenan,jom lah menempah yer..
(sebut nama eca ek,kot-kot ada kurang harga!!!.hahahaa#tipu je)

seterusnya,MENANG TEMPAT PERTAMA dalam Contest SEO : Cinta Kotak Fibox

hadiah berupa traffic for blog + topup RM10.
topup dah dapat,dah nak habis guna pun.Guna call mama je puwn,yela anak manja kan?!.

btw,percubaan kali pertama dalam JOIN contest SEO sebegini.tak sangka pula da menang.
rahsia kemenangan,banyakkan keywords dalam entry.
(wekk,muntah jap,SEO pun tak berapa nak mahir,dah nak ajar orang!!!.ngeeee)
pasal SEO ne,masih bersifu-sifu dengan Sis Ulan dan Bro Yas


untuk Giveaway atau Contest,eca gunakan blog ecagiveaway.Ada juga yang eca gunakan di blog ne,especially bagi tarikan traffic yang tinggi,contohnya Contest SEO tu...selebihnya,eca selesa gunakan ecagiveaway untuk join.So,kalau rasa rajin nak TAG eca tuk join GA,just drop dekat ishoutbox.

UPDATE!..Kalau korang nak rasa bertuah macam eca,jom sertai My Little Giveaway.

Makanan Segera,tak elok untuk kesihatan tapi ....

Assalammualaikum.

adakah anda sedar bahawa sesetengah makanan tuk tak elok untuk KESIHATAN kita...yeah,sesetengah makanan itu memang tak elok untuk kesihatan tubuh badan kita.Tapi,dah tahu tetap gak nak makan kan?!.Especially student macam eca neyh..tahu tak lok ,tapi............................(alasan banyak punya)

bagi eca tak perlu banyak sangat alasan,sebabnya alasan yang amat TEPAT adalah perkataan MALAS.betul tak?..yela,malas nak masak,malas nak beli banyak bahan,..so,alternatif paling mudah ialah dengan pengambilan makanan segera seperti 
  • Mee Segera 
  • Nescafe 3 in 1
  • makanan dalam tin 


seriously,eca cuba elakkan tiga makanan diatas.Kalau boleh,taknak sentuh langsung...tapi da parents belikan,eca makan dan minum juga.Cuma,tak boleh diamalkan selalu.eca pun dengan senang hati juga 'giveaway'kan makanan dan minuman tersebut kepada kawan-kawan.#mana nak dapat housemate yang gini baik?!.hehehe.

ada pula yang beri alasan kepada eca,bila makanan segera tersebut menjadi pilihan mereka.....


makanan dalam tin pula tahan lama.Selain itu,banyak pilihan dan tinggal dipanaskan sahaja.










 mee segera cepat disediakan.Balik rumah,sambil tunggu air masak,boleh buat kerja lain seperti lipat kain dan lain-lain.






nescafe 3 in 1 pula tinggal campur air.Tak perlu beli gula dan susu.agak jimat disitu.






well,memang la logik alasan tu.Tapi kalau dah hari-hari melantak mee segera,tiap-tiap kali minum 3 in 1,asyik-asyik melantak variasi of makanan dalam tin...tak pandai MUAK ke?!.aduh aduh,eca yang lihat housemate makan mee segera pun dah rasa nak muntah,inikan dia yang hari-hari makan mee segera.

bukan bermaksud eca tak makan ke semua tu,cuma agak jarang.Macam semalam,eca stay up nak siapkan draft assignment,barulah eca bancuh nescafe 3 in 1.Itu pun sebab stok nescafe biasa tu takde.Kalau tak,nescafe 3 in 1 tu tersadai kat bakul simpanan makanan eca je.

Keburukan makanan segera ne takyah nak cakaplah kan..semua dah tahu,pada yang tak tahu,jom layari blog makanan segera ne.Baca,teliti dan renung-renungkan.---> Blog Makanan Segera|membunuh dalam senyap|

.nanti eca akan kongsikan cara eca elakkan makan makanan segera.

Siapa punya angkara???.#cepat ngaku.

Assalammualaikum.

ish ish ish,ada juga yang nak kena cubit-cubit manja nanti ne.pening kepala eca dibuatnya....korang tolong mengaku,ne kerja siapa ne eh........

keywords nuffnang |19 April 2012 | 05.00am

sambil-sambil buat assignment,terus nak tengok nuff.cek earnings berapa masuk hari ne.muahahaha.end up,terkejut pula ada keywords macam ne.

baik punya cerita.
korang cari cerita apa ne eh?!.kat sini semua baik-baik je disampaikan.hehe.

blog paling cantik.
ai tersipu malu noks!!!.blog ne tak cantik pun.header buruk!.takpe takpe,nanti tukar la tue.

ptptn loan release date for unirazak.
duit dah masuk akaun BANK ISLAM masing-masing.gi la ATM cepat!!!.pastu,hujung minggu ne kuar SHOPPING,beli HP baru,makan tempat mahal-mahal...end of semester,merana tiada duit!.hahaha.

btw,eca nak tanya korang ne......ari tu dapat BE kan..uni of london.Tapi sekarang dah jarang nampak iklan tu.So,memang earning pun kurang juga masuknya.sobsobsob..then,iklan jacob,laurier & HTC Digi tu bersilih-ganti pula dekat atas.eh eh,tu tanda nak dapat BE ke?.muahahahaha.kalau dapat lagi,rezeki lah tu,tak dapat,takpe..kita paham,nuffnang ramai kesayangan.siapa lah eca ne kan?!.

p/s: tunggu  Kak Long habis exam baru dapat shopping.Lagipun tunggu SALE sempena Pesta Kaamatan.nak beli kasut and others stuff  for practical uses....praktikal bulan June.ohhhyeah!!!

Mujhe Dosti Karoge #korang layan tak?

Assalammualaikum.

Mujhe Dosti Karoge..siapa sedang tengok tu?!...kita GENG!.hehehe.

pssst..eca pun kaki hindi tau.korang je tak tahu agaknya.Mujhe Dosti Karoge antara cerita yang eca minat sejak dari dulu.Ulanglah berapa kali pun,konfirm tak bosan.Sebab ;;.....


1) Pelakon utama filem ne,Hirthik Roshan,Rani M. & Kareena Kapoor antara favourite pelakon eca.Lakonan mantap weiii.menari pun lengok baik...tak kaku sangat.

2) Lagu-lagu yang BEST dan menghiburkan.Kebanyakan lagu dalam filem ini memang memuaskan hati..catchy sangat dan senang je nak hafal.Selain tu,ada satu scene yang menghimpunkan lagu-lagu lama dari cerita hindi yang popular sebelum ne.

Fakta tentang filem Mujhe Dosti Karoge ::
Genre : Romantik
Release Date : 9 August 2002 (waktu eca form 1,sekarang dah tahun akhir di kolej)
Duration(masa) : 159 minit. (filem hindi takde 60minit oke?!)

*sweet*

kekuatan dalam filem Mujhe Dosti Karoge antaranya ialah medley lagu-lagu hindi dari filem-filem hindi yang popular tu,jom kita nyanyi sama-sama ;;




antara lagu yang terdapat dalam medley ini dipetik dari sini :


  • Naya Daur - Ude Jab Jab Zulfe Teri
  • Kaho Na Pyaar Hai
  • Dil Apna Aur Preet Parai - Ajeeb Dastan Hai Yeh
  • Andaaz - Zindagi Ek Safar
  • Kuch Kuch Hota Hai
  • Dilwale Dulhania Le Jayenge - Mehndi Laga Ke Rakhna

Bagi eca,filem ini mengajar erti sebuah persahabatan dan cinta.Bagaimana kita mengorbankan cinta demi persahabatan dan juga sebaliknya....tapi seperti biasa jugalah,Hindi Movie will ALWAYS have HAPPY ENDING,betul tak?!

What would you do if the one you loved was not actually the one you loved.
What would you do if your best friend was in love with the one you love.
What would you do if your best friends are sacrificing their love for you.

#fikirkan sejenak mengenai ayat diatas!.ermm. 

p/s : yeah,filem dah habis.....and for him (he might reading this),kaho na pyar hai!. (^-^) #ertinya,katakan kau cinta padaku...rawr! #gedik jap boleh?!.

WW #85 |Network Addiction|

Assalammualaikum.



network addict everyone?

WW #84 |Jawatan Kosong|

Assalammualaikum.


Mari sama-sama kita isi jawatan ini *-*

10hari berlalu...sahabatku tenang disana.

Assalammualaikum.

sedar tak sedar,dah 10 hari dua orang kawan baik eca pergi tinggalkan dunia.10hari yang eca lalui,sepi.Masih teringat-ingat mereka.Jika dulu,setiap malam,kalau tidak bertemu dan makan malam di kedai makan depan apartment eca,kami hanya berbual di Facebook sahaja.

Kini,hanya doa buat mereka mendekatkan eca kepadaNya.Mereka ada disisi Allah SWT sekarang,hanya doa eca mampu kirimkan kepada mereka.

Beberapa hari selepas kejadian,eca cuma menangis bila ditinggalkan sendirian.Sampai family pun naik risau.Tapi eca kuatkan semangat sebab eca tahu mereka yang disana tak ingin melihat tangisan itu.Apatah lagi Miss Rain masih berada di ICU ketika itu.eca sedaya upaya tidak mengalirkan airmata ketika berada di sekeliling keluarga Miss Rain...kan eca kuat?!..

Alhamdulillah,petang tadi Miss Rain masuk operation room lagi,untuk kali ke-tiga.Tapi eca tiada di hospital waktu itu.Bukan taknak datang,tapi tugasan sebagai seorang pelajar lebih-lebih lagi assignment dan test perlu eca selesaikan minggu ini.Insyaallah,bila free,eca akan datang kesana lagi.

Pembedahan Miss Rain kali ini adalah untuk membuang kaki beliau yang tidak berfungsi lagi.Tindakan ini terpaksa diambil oleh doktor bagi mengelakkan kerosakan pada sistem badan yang lain.eca doakan agar Miss Rain tabah menghadapi dugaan ini.amin.(doa buat Miss Rain ya kawan-kawan)

semasa menaip entry ini,eca sedang buat revision untuk Test Language Deficient Learner yang akan eca ambil hari Selasa,Jam 5-7 pm.sambil rehat-rehatkan otak,tulis cerita untuk kalian.Nak BW rasa malas pula,bukan apa...tak best bila terjah blog sikit-sikit...nanti tak ingat pula nak STUDY.jangan risau,,nanti eca terjah semua siap komen,G+,like yer kawan-kawanku.#korang tak marah kan?!.

sambil study dengar lagu.suka lagu ne,teringat kat kawan-kawan yang dah tiada.


pahit manis perjuangan,kita rasai bersama.
perjuangan mereka yang belum selesai,eca akan selesaikan.
Insyaallah,akan habis study hujung tahun ne,konvo tahun depan.
amin amin amin.


p/s : sayu je rasa bila teringat arwah Ady's mom cakap,"besar hati si Daus mau jadi cikgu".Lebih-lebih lagi,bila beliau pesan melalui mama eca,"belajar baik-baik,capai cita-cita".Insyaallah.

Bila Blogger Tiada Idea.

Assalammualaikum.


pernah tak alami perkara sedemikian?!.Payah kan?!..Lebih-lebih lagi bila,,kita punya keinginan untuk menulis dan bercerita tapi tiada satu pun cerita yang ingin diceritakan..aduh,tension!!!.

Bila Blogger Tiada Idea,
urmpph,payah macam ne.Traffic mungkin tak jalan.Statik,macam tu sampai sudahnya.Maka,kena fikirkan apa yang perlu dilakukan.

Bila Blogger Tiada Idea,
mungkin ini masanya untuk blogwalking.Berkunjung dari satu blog ke satu blog.Berkenalan dengan lebih rapat dengan blogger-blogger lain.Tak salah rasanya membuat kunjungan terlebih dahulu.Insyaallah,kunjungan akan dibalas kelak.

Bila Blogger Tiada Idea,
mungkin masanya untuk membuat sedikit touch-up keatas blog.Manalah tahu,dengan adanya touch-up tersebut,kita akan kembali segar dan kembali bersemangat untuk terus berblogging.

Bila Blogger Tiada Idea,
mungkin masanya untuk join segmen,giveaway mahupun contest yang dianjurkan.Mungkin rezeki kamu menang hadiah,siapa tahu?!.

Bila Blogger Tiada Idea,
toksah risau sangatlah!...Esok-esok datang balik idea tu...amek kau,satu hari update 7 entry,takde sapa marah.Blog ko,hak ko....... :P

Bila eca tiada idea pula,
eca suka duduk diam-diam,ambil buku lukisan,ambil pensil dan start mendesign.
ntah apa juga eca lukis,tak tahu.
yang pasti,setiap lakaran itu,ada maknanya.
Sama juga dengan kehidupan kita,
Allah dah tulis jalan kehidupan kita,Setiap apa yang berlaku,ada hikmahnya.
So,hadapai dengan tenang apa juga cubaan melanda.


p/s : macam melalut je entry neyh kan?!.Tapi penuh dengan PENGERTIAN.
tepuk dada,tanya selera.
kenali hati,selami jiwa.

Kiddie's House,shopping pakaian BAYI.

Assalammualaikum.

perasan tak,sekarang ne musim para-para blogger menimang cahaya mata baru....Memula Ujang+Yana,lepas tu bro Ben Ashaari diikuti dengan Papa Hot Eyriqazz......disamping itu,eca juga terima khabar baik dari teman-teman blog yang kini berbadan dua,antaranya Mama Rayyan,IntaNBerliaN dan akak Sue Zainun.(sekadar menyebut beberapa nama)....Tahniah buat mereka.

bila sebut pasal kelahiran cahaya mata,mesti persiapan paling gah akan dibuat.Ada yang sempat membeli keperluan di shopping mall...erm,tak larat nak membawa kandungan anda,mari kita window shopping di Kiddie's House pula.



Kesemua pakaian bayi ada di Kiddies House.Pakaian dari usia anak anda 6 bulan lagi!.jom cuci mata....

Pyjama (Pakaian Tidur)

Harga:
1 helai : RM25
2 helai : RM24
3 helai dan ke atas : RM23
4 helai dan keatas : FREE POSTAGE(Semenanjung Sahaja), +RM3(Sabah & Sarawak)

pelbagai corak menarik juga,tapi takde tulis I <3 Mama,kalau ada,konfirm eca grab satu tuk BabyChenta.
sekarang tengok pula Rompers + Skirts.Hanya ada dalam warna PINK dan hijau sahaja.


Harga : RM35
puas hati juga ne,sebab leh pasangkan rompers with skirts,atau guna rompers sahaja,atau lebih seksi dengan skirts..eh eh,budak-budak takleh seksi..kena ajar anak-anak dari kecil berpakaian sopan.So,cari cardigan tuk anak-anak.eh eh,ada ke?!...sembarang je eca ne kan.

ibu-ibu mahupun bakal ibu kena tahu,anak-anak ne mudah terdedah kepada penyakt,kerana mereka ne masih belum mendapat antibodi seperti orang dewasa.So,if kanak-kanak ne terdedah dengan cuaca yang sejuk,cepat je naik panas badan.SO,langkah terbaik adalah dengan memastikan anak-anak anda menggunaka STOKIN....jom cek out stokin yang bergaya ne pula....



Harga :
1 pasang : RM7
2 pasang : RM6

eca berkenan sangat dengan gambar yang dibawah ney,gamabr number 1 & 4 ,ye lah..kan PINK gitu..then,gambar 1 tu ala-ala balerina shoe pula #comel je.Ingat nak grab tuk kesayangan kami,si Baby Chenta..tapi SOLD OUT.Hopefully,ada re-stock la nanti....kena cakap dengan Kak Ida ne.

itu antara yang dijual di Kiddie's House.Nak lebih banyak lagi,jom window shopping di Kiddie's House.
Nak dapatkan status barangan,boleh email Kak Ida di idacahaya81@yahoo.com
Atau boleh SMS Kak Ida di talian 013-9271770
jangan risau,anda akan dilayan dengan kadar segera!!!!.


:: eca cakap-cakap ::
seronok berurusan dengan Kak Ida semasa proses edit blog Kiddie's House.Laju dan cepat dapat feedback.Orangnya pun memahami tugas eca sebagai pelajar sepenuh masa dan faham ketika eca dilanda sedikit masalah minggu lalu.Thanks a lot.Hopefully dapat bekerjasama dilain hari pula.

p/s : minggu ne cuba siapkan dua blog lagi.Sekarang ada dua blog tunggu confirmation dari owner blog untuk pasang template di blog.Then,will continue to next blog pula....minggu ne pula,assignment semua kena hantar dah.....siapsiapsiapkan!. :)

Cosmo Ladies,shopping tudung disini.

Assalammualaikum.

Mencari tudung yang cantik dan bergaya....dan semestinya korang akan dapatkannya dengan harga yang berpatutan.


Cosmo Ladies,salah satu blogshop wajib lawati!!!!.

Pembelian juga boleh dilakukan secara BORONG!.muahmuahmuah,habis bergaya korang beli banyak-banyak.Takpun,leh agih-agih dengan sanak sedara ye dak?!.[kalau nak bagi eca,lagilah eca suka tau!!!.hikhikhik #ketawa sopan,mak mentua lalu.]

TERBARU dari Cosmo Ladies...TUDUNG BAWAL pelbagai jenis.
Dah makin popular tudung bawal sekarang ne ye.Rasanya eca pun kena grab satu ne tuk digunakan semasa praktikal nanti.Takkan nak pakai shawl lilit-lilit pula,poning kepala student eca nanti tengok teacher bergaya ala-ala hana tajima.hahaha.Jom kita cekout tudung bawal terbaru dari Cosmo Ladies.

Material : Bawal Cotton.
Saiz : Bidang 45'
Harga : RM30 (tidak termasuk harga pos)

comel kan tudung bawal ne.eca terberkenan kaler pink+turqoise tu.Jom tengok pula printed tudung bawal.

Material : Cotton
Saiz : Bidang 55'
Harga : RM20 (tidak termasuk harga pos)

Pembelian secara borong :
RM130 (10 helai)
RM300 (20 helai)

Material : Bawal Lembut
Harga : RM13 (offer sekarang RM10)

Pembelian secara borong :
RM80 (10 helai) dengan FREE kos penghantaran.
RM130 (20 helai)

berbaloi-baloi kan?!.Cosmo Ladies juga pernah menaja beberapa selebriti tanah air kita.Antaranya ialah:

 

kak Ogy yang VOGUE dan famous Yuna.

Pemilik Cosmo Ladies ne namanya Zuhra,pemegang Diploma in E-business dai KLMU.
Nak berurusan dengan beliau,boleh contact di email berikut: zuhra_nurhayani@yahoo.com
kalau nak tengok pelbagai koleksi tudung dari Cosmo Ladies,drop je ke Pusat Pemborong GM Klang.
kalau rasa jauh dari korang,jom CEK OUT Cosmo Ladies Blogshop di Cosmo Ladies.

:: eca cakap-cakap ::
Selesai review satu lagi client edit blog.Muahahahaha.Puas Hati eca edit blog ne.begitu kemas dan menepati ciri-ciri yang diminta oleh Zuhra.So far,sepanjang proses tidak banyak yang perlu diubahsuaikan.Cuma,kena buang beberapa widget yang dah lama tersimpan dan tak berguna.Header,Banner,Icon-Icon Menu Tab.Eca bagi dua banner bersaiz 125X125 dan 468X60.Gantikan shoutmix kepada Cbox.Buatkan fancy scroll bar dan scroll bar untuk bloglist bagi memaksimumkan ruangan sidebar.

Bagi yang ingin meminta blog mereka diedit,harap maaf,eca dah TUTUP TEMPAHAN sekarang.Mungkin selepas FINAL EXAM(dua minggu sebelum mulakan praktikal,baru eca on BALIK).Jika tak sabar menunggu,boleh request dengan hantar email,tapi SERIOUSLY,eca hanya akan mulakan proses pada PENGHUJUNG BULAN MEI - AWAL BULAN JUN.[tempahan yang ada sekarang pun masih ada lagi yang tak siap.Harap SABAR MENUNGGU].