Assalammualaikum.

sedar tak sedar,dah 10 hari dua orang kawan baik eca pergi tinggalkan dunia.10hari yang eca lalui,sepi.Masih teringat-ingat mereka.Jika dulu,setiap malam,kalau tidak bertemu dan makan malam di kedai makan depan apartment eca,kami hanya berbual di Facebook sahaja.

Kini,hanya doa buat mereka mendekatkan eca kepadaNya.Mereka ada disisi Allah SWT sekarang,hanya doa eca mampu kirimkan kepada mereka.

Beberapa hari selepas kejadian,eca cuma menangis bila ditinggalkan sendirian.Sampai family pun naik risau.Tapi eca kuatkan semangat sebab eca tahu mereka yang disana tak ingin melihat tangisan itu.Apatah lagi Miss Rain masih berada di ICU ketika itu.eca sedaya upaya tidak mengalirkan airmata ketika berada di sekeliling keluarga Miss Rain...kan eca kuat?!..

Alhamdulillah,petang tadi Miss Rain masuk operation room lagi,untuk kali ke-tiga.Tapi eca tiada di hospital waktu itu.Bukan taknak datang,tapi tugasan sebagai seorang pelajar lebih-lebih lagi assignment dan test perlu eca selesaikan minggu ini.Insyaallah,bila free,eca akan datang kesana lagi.

Pembedahan Miss Rain kali ini adalah untuk membuang kaki beliau yang tidak berfungsi lagi.Tindakan ini terpaksa diambil oleh doktor bagi mengelakkan kerosakan pada sistem badan yang lain.eca doakan agar Miss Rain tabah menghadapi dugaan ini.amin.(doa buat Miss Rain ya kawan-kawan)

semasa menaip entry ini,eca sedang buat revision untuk Test Language Deficient Learner yang akan eca ambil hari Selasa,Jam 5-7 pm.sambil rehat-rehatkan otak,tulis cerita untuk kalian.Nak BW rasa malas pula,bukan apa...tak best bila terjah blog sikit-sikit...nanti tak ingat pula nak STUDY.jangan risau,,nanti eca terjah semua siap komen,G+,like yer kawan-kawanku.#korang tak marah kan?!.

sambil study dengar lagu.suka lagu ne,teringat kat kawan-kawan yang dah tiada.


pahit manis perjuangan,kita rasai bersama.
perjuangan mereka yang belum selesai,eca akan selesaikan.
Insyaallah,akan habis study hujung tahun ne,konvo tahun depan.
amin amin amin.


p/s : sayu je rasa bila teringat arwah Ady's mom cakap,"besar hati si Daus mau jadi cikgu".Lebih-lebih lagi,bila beliau pesan melalui mama eca,"belajar baik-baik,capai cita-cita".Insyaallah.