Resepi Kek Kukus Coklat Cheese

Resepi Kek Kukus Coklat Cheese

Assalammualaikum.

Hari ini eca nak kongsi satu resepi kek coklat yang superb sedap yang eca buat last Friday sempena hari terakhir eca mengajar...nak jamu kawan-kawan sekerja kat sekolah tu...eca buat pagi sebelum pergi sekolah (baca Praktikal Tamat Part 1)

kalau da terliur,jangan salahkan eca oke!

so,here we go the recipes ::

Kek Kukus Coklat Cheese

 Bahan-bahan ::

Kek Coklat
Bahan (A)
1 cawan koko (apa sahaja jenis koko)
1 cawan minyak (minyak jagung atau minyak masak biasa pun boleh)
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
-Masak diatas api yang sederhana-

Bahan (B)
1 cawan tepung naik sendiri yang telah diayak.

Bahan (C)
3 biji telur Gred A.
-dipukul sehingga kembang keputihan-

Cara-cara memasak ::
Bahan (A) dimasukkan kedalam bahan (C)
kemudian masukkan bahan (B) dimasukkan dan dikacau sehingga sebati.

Kek Cheese
250g cream cheese
60g gula castor
25ml air sejuk (air yang disejukkan didalam peti ais)
25g tepung naik sendiri yang telah diayak
1biji telur Gred A (dimasukkan kemudian)


Cara-cara memasak :
Pukul cream cheese gula & air sehingga sedikit sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Masukkan telur dan pukul sehingga kembang sedikit.
Masukkan tepung dan gaul sebati.


ataupun (resepi kedua ini,eca buat sebab hari tu takde gula castor)

250g cream cheese
25g tepung naik sendiri yang telah diayak
1biji telur Gred A (dimasukkan kemudian)
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair

Cara-cara memasak :
Pukul cream cheese bersama susu pekat dan susu cair.
Setelah kembang sedikit,masukkan telur dan pukul lagi.
Selepas tu masukkan tepung dan gaul sebati


Diatas dapur,sediakan pengukus dan jerang air didalam kukusan.
Pastikan air telah mendidih baru dimasukkan loyang berisi adunan kek coklat.
(Adunan kek coklat tu boleh lah dibahagikan dua bahagian.Kalau jenis nak segera macam eca,tak perlu kot)
Biarkan adunan kek coklat masak dan pastikan loyang anda ditutup menggunakan aluminium foil.
Setelah masak,masukkan adunan kek cheese pulak yer.
Selepas masak,bolehlah masukkan adunan kek coklat sekali lagi.

simple kan?!.so apa lagi,buatlah sendiri dan khabarkan kepada eca camna rasanya =)

Post a Comment

31 Comments

  1. sedang menelan ayaq liur . gulp ! cheese *pengsan X_X

    i'm a cheese-maniac :)

    ReplyDelete
  2. sedapnye...tp nk wt sndri cm mls jer..hihi

    ReplyDelete
  3. Saya pandai makan, tak pandai buat. Mohon buatkan.

    ReplyDelete
  4. wah ble cuba ni..cubit2 nuffnang & hearbeat..

    ReplyDelete
  5. nak buat...tapi tunggu gaji..cheese mahal...hikhik

    ReplyDelete
  6. dah terliur ni, cepat pos hantar kat cni satu

    ReplyDelete
  7. wah sedapnya kek ni.. mo buat la ...

    ReplyDelete
  8. sedapnya..buatkan utk yui eca..huhu.

    ReplyDelete
  9. Super Duper Truper nih Eca.. Yummy.. Coklat dan Cheese kombinasi hebat heee

    ReplyDelete
  10. alahaiiii seda0p pulak nampak kek ni.. :-)

    ReplyDelete
  11. waaaaa...... yummmieee... sodap, sodap.

    ReplyDelete
  12. sedappnyer...tp ngh diet..hehehehe

    ReplyDelete
  13. ari tue tgk kat fb eca dh t'liur..
    now eca show kat blog lak, meleleh dh air liur nie.. huhu~..
    nk wat aa nnti..
    thanks share resepi tau.. ^_^

    ReplyDelete
  14. amboi..sdapnya yang coklat tu..nyum nyum

    ReplyDelete
  15. saya dah terliur ni.. macam mana ni???hehehe

    ReplyDelete
  16. wahhh.. eca bestnyerr hehee ^_^
    de masa nk buat lah :)

    ReplyDelete
  17. terima kasih dengan resepi kek tu, nanti kalau ada masa boleh datang sini lagi hehe

    ReplyDelete
  18. Salam kenal tuan rumah! Hehehe.. Jalan2 singgah cari resepi.. Nyum! Dapnyer kek! Nanti nak cubalah.. Thanks for sharing!

    Oh, btw, follow sini dah #1430! ^__^

    ReplyDelete
  19. Sedapnya...nnt M nak try wat gak la...

    ReplyDelete
  20. nampak jd dgn sempurna...nak buat..!nak3x...tp bile -_-" smpan dulu ea resepi Eca :)

    ReplyDelete
  21. assalammualaikum. dari segmen mk. salam ukhwah.

    nak cuba resepi nie.. syukran taw.

    ReplyDelete
  22. nmpk sedap tp akk kek kek ni mmg fail...

    ReplyDelete
  23. air liur kak fieda tgh meleleh leleh ni...

    ReplyDelete
  24. meleleh leleh air liurku ini tau..

    ReplyDelete
  25. alamak... memang terlir la kak eza.. erkkk

    ReplyDelete
  26. Tengok kek tue...nampak sedaplah eca...rasa nak gigit screen komputer...hihihi

    ReplyDelete
  27. wah rajinnya buat resepi..sha mmg terliur bab mkann ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*