Assalammualaikum.
Menjawab pertanyaan beberapa teman blogger..bagaimana nak maintain traffik even kita tak online mahupun  tiada entry baru....untuk pengetahuaan,traffik eca bukan tinggi sangat pun,cukup tuk jaga rating exabytes je....takut lak tak dapat kontrak 3 bulan lagi.hikhikhik.

eca kupaskan satu persatu yer =)

Bloglist/Feed.

apa bagusnya jika kita mendapat tempat di bloglist rakan-rakan blogger namun lebih baik jika dapat letakkan feed kita.Dengan adanya blog kita tersenarai didalam bloglist orang lain,tak mustahil jika blogger lain ternampak UPDATE kita dan teringin masuk ke blog kita kan?.bertukar bloglist mahupun feed dapat menguntungkan kedua-dua pihak....baru la terjalinnya satu networking sesama blogger,betul tak?!

pendek kata,tolong-menolong gitu.[ps:: kalau blog eca ada dalam bloglist kamu,inform k,nanti eca masukkan blog kamu dalam bloglist eca]


PING ENTRY.

Ramai diantara teman-teman blogger gemar PING ENTRY terbaru mereka di laman sosial seperti Facebook dan lain-lain.Ada juga yang ping di laman ping seperti blogr.my,apesal.com,busuk.org dan macam-macam lagi.Namun,eca dapati,ramai yang PING pada masa yang sama.Maksudnya disini,PING serentak ke semua laman ping...bukan tak boleh tapi caranya tak berkesan.

cara yang berkesan ialah :
1) Pastikan anda gunakan widget yang akan UPDATE entry anda terus ke FB,contohnya: RSS Graffiti.So,sejurus selepas update entry,tak perlu nak susah PING ke FB dahulu.
2) Sejam kemudian,PING di blogr.my,busuk.org,apesal.com
3) waktu-waktu puncak (waktu teman-teman ramai berFACEBOOK,ping di FB & group FB)

Insyaallah,kalau buat camtu....memang traffik akan naik lagi baik.Jangan pulak asyik PING merata,sampai orang lain pun bosan nak tengok da.kan kan =)


blogr.my & busuk.org ternyata TERBAIK...facebook juga :)

Blogwalking & Komen

ramai yang blogwalking tapi jarang sangat nak tinggalkan komen.Kalau macam tu,bagaimana blogger lain nak balas kunjungan korang?.Sekurang-kurangnya,tinggalkan jejak di ruangan chatbox..tapi lebih baik komen,sebab ada kemungkinan blogger lain akan datang komen juga kat blog korang.so,tanak silent reader lagi k.

SEO

ada yang cakap,blog peribadi tak perlu sangat nak main SEO.perghh,anda SALAH!!!!.Actually,kalau kena dengan entry,tak salah main sedikit SEO kan...contohnya,anda cerita mengenai makan-makan di Secret Recipes...tak salah kalau letakkan sekali alamat SR tu..kot-kot ada yang tercari-cari kan..mainkan keyword dalam entry kamu,itu lagi penting!.

INI BUKTI HASIL PENANAMAN KEYWORD dalam entry :
antara entry popular.LOL.


eca cakap-cakap :
traffik eca pun ada turun naiknya..kena juga usaha lebih dan lakukan sedikit pengorbanan masa & tenaga.yang penting kepuasan berblogging,betul kan?

*kalau rasa entry ini berguna,mohon KLIK iklan diatas sekali.hikhik*