Assalammualaikum

tak kuharap kasih berbunga,
namun kudoa ia harum hendaknya,
tak kuminta kasih didunia,
cuma ingin kekal diakhirat sana.

andai kupunya dua jiwa,
kan kuberi satu untukmu,
andai kupunya pelbagai cita,
hanya ingin kau selalu disisiku.

sakura kembang ditaman cinta,
lembut bayu mengalun melodinya,
bukannya ingin bercinta-cinta,
mengharap kasih hingga ke syurga.

rerama ditaman riang berterbangan,
kesana-sini berdua-dua,
antara kita tercipta kenangan,
terpahat dijiwa buat selamanya.



buat kamu,yang ada dia.
hargai dia,sebelum dia pergi.
sayangi dia,sebelum dia membenci.
kasihi dia,hingga akhir waktunya.

^,^


p/s :: kak Ina (blogger IntaNBerliaN) da nak bersalin....da buka 2cm katanya.
kita doakan sama-sama yer....
tak menahan eca sms dia macam ne,"jangan putus asa meneran ye kak".
macam daku ada pengalaman pulak dahhh..lalalalala~