CONTEST : DHUHA ADA KELEBIHANNYA !

CONTEST : DHUHA ADA KELEBIHANNYA !

Assalammualaikum.

Solat Dhuha merujuk kepada solat diwaktu pagi sewaktu matahari sedang naik dianggarkan dalam jam 8 pagi - 11 pagi.Melakukan solat Dhuha sebanyak 2 rakaat memberi banyak kelebihan kepada kita.


Kelebihan Dhuha.

Antara kelebihan dhuha ialah  rezeki yang mudah masuk pada waktu pagi yang juga merupakan bermulanya hari untuk kita semua bekerja mahupun menuntut ilmu.

Kelebihan lain Dhuha disebut juga dalam hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah)

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik). 
"Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

"Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud) 

Cara melaksanakan solat sunat dhuha yang memberi banyak kelebihan

  1.  Membaca niat solat sunat dhuha : "sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
  2. Bacaan Rakaat Pertama adalah surah Al-Fatihah dan As-syam
  3. Bacaan Rakaan Kedua adalah surah Al-Fatihah dan Ad-dhuha
  4. Pada sujud terakhir,bacalah doa ini sebanyak 3 kali :

  • Selesai memberi salam,bacalah doa sunat dhuha ini :

Insyaallah,jika kita istiqamah melakukan ibadah Dhuha,besar ganjaran serta kelebihan dijanjikan kepada kepada kita oleh Allah SWT.Dengan sedikit usaha,pasti segalanya akan berbaloi.Mari kita sama amalkan mengerjakan solat sunat dhuha ini.

Artikel Kelebihan Dhuha dikongsi daripada artikel Halaman Rindu dan beberapa buku agama lainnya.Ditulis khas didalam blog sebagai satu peringatan dan panduan kepada eca juga sahabat blogger yang lain.Selain itu,entry ini juga melayakkan eca untuk bersama memeriahkan Contest ; Dhuha : Ada Kelebihannya! anjuran Pena Islam dan Bizmi Design Artwork.

tarikh tutup : 15 Disember 2012.
"mari kita sama-sama sebarkan ilmu tentang kelebihan solat sunat dhuha"

(Mohon SHARE entry ini melalui button LIKE,Tweet,G+ di bawah ini)

Post a Comment

14 Comments

  1. mmg byk kelebihan dhuha ni..

    apapun, terima kaseh sudi berkongsi.. :)

    ReplyDelete
  2. ooo..ada bcaan jgk ea sujud akhir...baik..yg doa tu dh ada yg bt lagu...sedap dgr..bile slalu dgr mmg blh terikut :)

    ReplyDelete
  3. good sharing sis.....
    like...

    ReplyDelete
  4. banyakknya kelebihan solat dhuha ni..insyaallah akan cuba amalkan..

    ReplyDelete
  5. Tq untuk perkongsian yg sgt bermanfaat yea Eca...

    ReplyDelete
  6. terima kasih sudi join..insyAllah saya akan update info berkenaan contest dari semasa ke semasa..hrp mklum :)

    ReplyDelete
  7. ni contest ke? bagusnya..bermanfaat

    ReplyDelete
  8. good luck eca... akak LIKE!! :-)

    ReplyDelete
  9. Memang bagus. Promosi mencari cinta Ilahi

    ReplyDelete
  10. goodluck akak.mcm best je contest ni

    ReplyDelete
  11. tahniah! sila rujuk sini http://penaislam2u.blogspot.com/2012/12/pengumuman-pemenang-contest-dhuha-ada.html

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*