Tips Memilih Dewan sebagai Tempat Perkahwinan

Tips Memilih Dewan sebagai Tempat Perkahwinan

Assalammualaikum.

Ramai diantara pasangan pengantin memilih untuk mengadakan majlis persandingan di dewan atas beberapa faktor.Terutamanya ruang kawasan rumah yang terhad.Bila mengadakan majlis persandingan di dewan,terlalu banyak perkara perlu diambil kira apatah lagi ianya melibatkan bajet yang besar.Jom baca tips menyediakan dan menghias Dewan Perkahwinan

Tips Memilih Dewan sebagai Tempat Perkahwinan/Persandingan 

Tips Memilih Dewan 

1) Pasangan pengantin haruslah memilih dewan yang memenuhi kelengkapan yang lengkap bagi memudahkan  tetamu untuk datang.Antaranya adalah ruang tempat letak kereta, ruang solat, tandas dan sebagainya.Jangan biarkan tetamu anda tertekan apatah lagi jika tiada ruangan tempat letak kereta.

2)  Bila anda menyewa dewan,pastikan anda menyewa dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 3 - 5 hari.Satu/dua hari sebelum majlis perkahwinan dan selebihnya selepas majlis perkahwinan.Ini membolehkan penghias pelamin menyediakan pelamin anda kemudian dapat membuka kembali pelamin tersebut.Tempoh masa yang panjang juga boleh mengelakkan anda dikenakan 'charge' tambahan kerana lambat mengosongkan dewan.Selain itu,bila menyewa dalam tempoh masa yang agak lama,kamu juga boleh meminta diskaun untuk menyewa dewan.

3) Pastikan dewan tersebut menyediakan kerusi serta meja ataupun sebaliknya.Jika tidak,pastikan pihak berkenaan menyediakan segala kelengkapan tersebut.Ataupun,anda boleh meminta pihak katerer untuk menyediakan kerusi serta meja untuk tetamu yang hadir.

4) Pastikan jumlah kapasiti yang boleh dimuatkan dalam dewan yang telah dipilih.Pastikan ianya mampu menampung jumlah tetamu yang kamu jemput.Jangan biarkan tetamu kamu tergapai-gapai mencari tempat kosong pulak yer.

5) Jika anda memilih untuk menempah perkhidmatan perancang majlis perkahwinan (wedding planner),pastikan agar mereka dapat meninjau kawasan dewan supaya tidak berlaku kekocohan ataupun keadaan kelam kabut pada saat-saat akhir.


Tips Bajet Perkahwinan di Dewan.

Melakukan perkahwinan di dewan menuntut lebih banyak bajet daripada melakukan perkahwinan dirumah.Antara bajet-bajet yang perlu kamu ambil kira dan perlu dilebihkan nilainya adalah ::
1) Sewa Dewan.
2) Katering.
3) Menghias dewan.
4) Pelamin.
Pastikan anda menyediakan bajet yang lebih.Serta sediakan juga bajet kecemasan supaya keluarga pengantin tidak perlu pening kepala mencari duit lebih.

Tips Menghias  Dewan Perkahwinan

1) Untuk menghias dewan,pastikan ianya tidak berbeza dengan tema yang telah dipilih,iaitu tema pelamin dan tema perkahwinan itu sendiri.

2) Pencahayaan adalah amat penting dalam dewan.Andainya dewan yang digunakan adalah dewan tertutup,tekankan lebih kepada kekuatan spotlight.Walaupun ia perkara kecil tetapi impaknya amat besar.Tanpa cahaya yang baik,pelamin yang cantik dan hiasan dewan yang gah,akan kelihatan seperti biasa sahaja.
Mana-mana jurugambar profesional juga berpendapat,tanpa cahaya yang baik,kualiti sesuatu gambar akan kelihatan biasa-biasa sahaja.Biarpun ada bantuan editing dari pelbagai software seperti  photoshop atau lightroom,gambar tidak akan menarik tanpa pencahayaan yang baik.

3) Bila menghias pelamin ataupun dewan,pastikan hubungkait diantara dekorasi pelamin dan dekorasi dewan itu sendiri.Antara perkara lain yang perlu dititkberat adalah ::
  • Saiz pelamin - pastikan penghias dewan perkahwinan dimaklumkan mengenai jenis pelamin yang digunakan.Terutama dari segi saiz,warna dan tema.Agar ia tidak kelihatan janggal di antara hiasan dewan dan hiasan pelamin
  • Bunga - mesti tahu sama ada mahu menggunakan fresh flowers ataupun bunga tiruan sahaja
  • Perlu pastikan segala aksesori dan material yang digunakan semuanya bertepatan dengan keiginan dan kehendak anda sebagai pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan.Biarlah ia menjadi majlis terindah dalam hidup anda kan..

eca cakap-cakap :: Kadang kala memilih untuk melakukan persandingan di dewan bukan sahaja melibatkan banyak kos malahan kita terpaksa memikirkan jumlah jemputan kita......so,pilihlah yang terbaik ye =)



dah jangan tanya majlis eca buat kat mana nanti?!....calon pun belum ada.grrrrrrrrrrrrr.

PERHATIAN. :: GAMBAR-GAMBAR diatas adalah milik peribadi.Gambar tersebut diambil setahun yang lalu bersempena dengan Majlis Persandingan abang sepupu eca.Harap Maklum.

Post a Comment

12 Comments

  1. tips ni berguna utk kak bilanak2 mau kawen nnt..

    ReplyDelete
  2. tidak mungkin k bt di dewan..huhuhu...berpeluh den nnt -_-"
    hahaha

    ReplyDelete
  3. tips ni berguna sangat..untuk anak saya jugak..walaupon baru berumur 2 tahun..hahaha

    Nak mintak tolong semua dan reader yang lain tolong support Mummy menang hadiah iPhone 5 Gadget Impian

    1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian

    2. Klik butang G+ (Google Plus)

    3. Jangan lupa follow blog Mummy!

    Mintak sangat jasa baik korang.

    Thanks

    ReplyDelete
  4. bgus tips ni..bleh guna nnti..hihi.

    ReplyDelete
  5. good idea.... yeahhhh nice tips.

    ReplyDelete
  6. wah.... bagus ni.. nanti eca nak kawin dah senang dah..semua dalam tangan.hehehehe

    ReplyDelete
  7. ok juga buat kat dewan.. tapi nur nak buat di rumahlah...

    ReplyDelete
  8. bgs persediaan dr awal... hehe

    ReplyDelete
  9. akak br nak tanya eca nak kawen dh ke.. hihiii

    nsb dh bg jwpn.. ehhehe

    ReplyDelete
  10. banyak pro n kontra buat kat dewan ni.. tapi jijah lagi selesa buat di rumah.. lagi meriah...

    ReplyDelete
  11. lebih seronok buat kat rumah sebab boleh tunggu tetamu sampai ke malam sambil guling2 depan tv..ekekeke

    ReplyDelete
  12. skrg ni senang amik pakej kawin jer tapi paling paling pun 15 ribu... mau pengsan...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*