5 Anugerah Wanita dianugerahkan Allah SWT #3

5 Anugerah Wanita dianugerahkan Allah SWT #3

Assalammualaikum.



11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
sumber : FACEBOOK

eca cakap-cakap :: jadilah wanita yang menjadi inspirasi.

Post a Comment

8 Comments

  1. banyakkan yg di anugerahkan ALLAH...
    cuma tinggal laksanakan je..

    ReplyDelete
  2. subhanaAllah indah sungguh kan hehe..

    ReplyDelete
  3. akak xtidur lagi , alhamdulillah masa dimanfaatkan dgn share maklumat bfaedah .

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..
    moga dapat dilaksanakan

    ReplyDelete
  5. SUbhanallah semoga kita2 para wanita ni tergolong dalam golongan di atas... In Sha Allah

    ReplyDelete
  6. moga boleh tergolong kalangan wanita itu..

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*