Hotel DeLeeton,penginapan strategik di Kota Kinabalu,Sabah.

Hotel DeLeeton,penginapan strategik di Kota Kinabalu,Sabah.

Assalammualaikum.

eca nak kongsi dengan korang satu hotel di Kota Kinabalu,Sabah.Hotel ini terletak betul-betul di tengah kesibukan bandaraya Kota Kinabalu.Bukan sahaja terletak ditengah kota,malah hotel ini juga mampu memberi keselesaan dan lebih selamat buat para tetamunya.



Hotel DeLeeton terletak di Asia City Complex,seberang dari salah sebuah shopping complex iaitu Centre Point KK.Korang cuma perlu menyeberang jalan je....kemudahan teksi & bas (CityBus) amat mudah diperolehi.Selain itu,anda tidak perlu susah hati memikirkan tempat makan even dah midnight.Ini kerana setiap malam,terdapat Pasar Malam Asia City tidak jauh dari hotel ini.

view dari dalam bilik hotel menghadap Kg Air.

Jika anda berminat untuk mendapatkan brooch Sabah yang popular itu,anda tidak perlu berjalan jauh.Lebih kurang 5minit ke Pasar Malam Kg Air mahupun 7-10minit ke Pasar Malam Sinsuran.Untuk ke Pasar Pilipin juga memakan masa dalam 8-10minit.Tak perlu nak naik teksi pun pusing-pusing KK kalau nak ke Pasar Pilipin,jalan kaki je dari Hotel De Leeton neyh.

Harga Bilik untuk hotel ini :
Standard Single      : RM90
Standard  Double   : RM100

Superior Single      : RM110
Superior Double    : RM120
Deluxe Single        : RM130
Deluxe Double       : RM130
Family Room         : RM190

Harga Tambahan untuk tilam & bantal :
Tilam  : RM 50
Bantal : RM30

untuk kesemua harga diatas,TIDAK TERMASUK SARAPAN PAGI + Makanan Ringan dalam bilik.
Check-in : 2pm , Check-out : 12pm

Eca,sepupu & anak sedara eca bermalam disini pada malam tahun baru 2013 tu..sebabnya sepupu eca dari kampung nak balik IPG....singgah sebentar d KK nak ENJOY sebelum memulakan semester baru beliau.Kami ambil Standard Single Room.....bertiga pun dah rasa lebih selesa.Kalau nak berempat  pun,takde hal lah!..Bayangkan lah,kami balik ke bilik lebih kurang jam3pagi sebab sepupu eca ajak lepak d McD Api-Api Centre (bangunan bersebelahan dengan Centre Point KK)...persekitaran hotel tersebut tidak begitu membahayakan berbanding jika memilih hotel di kawasan Kg Air.Hotel ne ada lif,takyah risau nak angkut barang-barang SHOPPING korang tu.

Jika korang bercuti ke Kota Kinabalu Sabah,boleh la menginap disini yer :

Hotel DeLeeton
Lot 45-46,Block E,Asia City
88000,Kota Kinabalu Sabah.
No Telepon : 088-252222
No Fax : 088-267999


RM90,not too bad dengan ruang yang menyelesakan.
even sebenarnya...ada juga hotel yang agak murah tapi agak jauh dari CP & sedikit membahayakan.
btw,hari tu...eca g Asia City ne..ada abang PDRM bertugas berhampiran kawasan ini
see...tak berapa bahaya juga kan ^__________^,



Post a Comment

10 Comments

  1. HOO TETIBA JELES LAH PULAK.

    ReplyDelete
  2. nanti bila2 kesabah bolehlah mginap di hotel ni...

    ReplyDelete
  3. bagus-bagus.. nanti saya boleh check in kat sana..hehehe

    ReplyDelete
  4. nicelah eca..teringin nk lepak2 cmtu ^_^

    ReplyDelete
  5. salam kenal dari fifi..

    mase fifi bercuti ke sabah pon fifi tinggal kat hotel ni.. :) rindunye dekat sabah..

    ReplyDelete
  6. bolehla rujuk if nak ke sbh plak kan..hihi

    ReplyDelete
  7. wah2... strategik yer sini... xpernah nampak pulak..hee

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*