Assalammualaikum.

kat entry Wordless Wednesday #62,ada yang tertanya-tanya apatu..cucur ke popcorn.hikhikhik....Actually,itu adalah Popcorn Ayam yang eca sediakan untuk menu makan-makan Khamis lalu.


Resepi Popcorn Ayam versi eca :
1) setengah kilo isi ayam yang dipotong dadu.
2) Sebiji telur.
3) 3 sudu makan serbuk cili.
4) Tepung Goreng Ayam (cari yang pedas punya)
5) Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara memasak Popcorn Ayam :
1) Isi ayam dipotong dadu,dibersihkan kemudian ditoskan.
2) Selepas itu,tuang sedikit tepung goreng kebekas mengandungi isi ayam tu.(sedikit je tau,dalam 1-2sudu makan.lepas tu korang gaul sebatikan!)
3) Pecahkan telur ke dalam bekas tadi kemudian gaul lagi.
4) Selepas korang gaul sebati,ketepikan sebentar kemudian panaskan minyak.
5) Selepas tu,masukkan 3 sudu makan serbuk cili (nak lagi pedas,tambah je ikut sukahati korang)
6) Gaul sebati serbuk cili dengan isi ayam.
7) Kemudian masukkan tepung goreng ayam kedalam bekas tadi,gaul sebati.
8) Last,gorenglah sehingga garing.

tips : 
1) setiap kali eca nak buat popcorn atau cucur,eca suka letak sedikit minyak kedalam adunan tu.Sebab ianya agak lebih garing tau.
2) tak perlu nak campurkan air kedalam adunan tu oke,sebabnya ayam tu akan mengeluarkan air lagipun dah ada telurkan.
3) Pastikan minyak dipanaskan sebelum memasukkan isi ayam tu,jika tidak alamatnya 'rosak'lah hasil gorengan kamu.

nampak je rumit,tapi sebenarnya TIDAKlah SUSAH MANA pun kan?!..hikhikhik.
korang pun boleh cuba sendiri tau mahupun pelbagaikan resepi ini.
Oh ya,kak Ina (IntaNBerliaN) pun pernah berkongsi resepi ini di Blog beliau.Baca Entry
jom cuba,konfirm sedap.


ehem!.Makcik,dah boleh masuk meminang dengan segera oke?!