Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia semua.

SABAHAN  BLOGGER | Di Bawah Bayu, Kami Bersatu. Hari ini Eca nak ceritakan sedikit tentang Sabahan Blogger..Dah tentu-tentulah kan members group ini terdiri daripada blogger-blogger di negeri Sabah...ye, kami tak ramai, tapi kami ada. So, jom kenal satu demi satu Sabahan Blogger yer.

Sabahan Blogger Lepaking after event

tu diaaaa, gambar kami selepas cover event di Putatan. Dah cover event tu, dak Eca ajak member-member yang lain gi Kak Kiah Cake House tu sesi kenal-kenal dan lepak-lepak. Seriously, Eca pun tak kenal mereka sangat. Sebelum ne cuma pernah jumpa dengan beberapa orang tapi takdelah sampai duk bersembang bergelak tawa macam ne...kali ini, jumpa lebih ramai lagi & jom Eca kenalkan mereka di dalam gambar tu dulu.

Blogger Junzie atau lebih dikenali sebagai Mrs Hafizie. dah terang lagi bersuluh ada Mrs so Blogger Junzie sebenarnya dah berkahwin hampir enam tahun dan masih ttc (try-to-conceive). Kita doakan untuk mereka berdua. Untuk pengetahuan korang, Ju ne juga online seller untuk produk Diamond Gold Skincare...jom stalk Blog Junzie



Allah mengatur takdir kadang dengan jalan yang kita tak terfikir, Kadang dengan cara yang tak mampu kita singkir...Kata-kata yang cukup indah..Malah, kalau korang tengok pemilik blog ini, masyallah syurga!...hahaha. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkerja sebagai setiausaha. Yang menarik, beliau juga seorang online seller yang menjual tudung Amaris secara online. Boleh skodeng FB beliau k! Blog Liza Izara



I Blog About Everything. Yes she is!...kalau korang nak tahu, pemilik blog ini seorang yang peramah dan periah. Tak sangka pulak usia dah 3*...tapi still jiwa muda gituuuu..gi masuk blog Yatie sebab dia memang banyak cerita nak kongsi dengan korang!Blog Yatie


Adik kami yang seorang ne masih menuntut di UMS dalam jurusan teknologi rangkaian macam tu! Mula kenal ingat pendiam...nasib baik peramah. Bukan pe, Eca kan susah gak buka mulut kekadang lebih lebih kalau baru kenal orang tu! Blog Natrah

Sebenarnya, ramai lagi komuniti Sabahan Blogger. Korang boleh klik banner Sabahan Blogger di sidebar Eca ne tuk baca dan kenali Sabahan Blogger dengan lebih rapat lagi.

till next entry!!!
xoxo , ecadwinkyasha.